Kehidupan baru

3.8K 280 100
                                    

10 tahun kemudian.

Aqilah memandang ke arah hadiah-hadiah yang berada di atas meja. Kesemuanya diberikan oleh rakan tempat kerjanya. Aqilah tersenyum kecil. Akhirnya setelah tiga tahun, tiga bulan dan tujuh belas hari, dia bekerja di Hotel Eternal Love itu, dia bakal dinaikkan pangkat esok.

Dari sekretari biasa, dia akan menjadi pembantu peribadi kepada pengurus hotel itu. Siapa sangka dia akan bekerja sebagai sekretari? Dari kecil lagi, dia bercita-cita hendak menjadi pakar psikologi. Huh. Aqilah melepaskan keluhan.

Bukan dia tidak bersyukur dengan kehidupan sekarang tetapi dia rindu hidupnya yang dulu. Dari Johor ke Selangor. Azwa, Sharrmini dan Hanissyazwani. Sepuluh tahun dia menahan rindu untuk bertemu kembali dengan kawannya. Kawan sehidup semati.

Adakah semua orang marah padanya? Soalan apa ini! Mestilah marah. Semua mesti marah kerana dia tinggalkan mereka tanpa khabar atau alasan. Bukan itu sahaja, tiada sesiapa yang tahu dia berada di mana dan cara untuk berkomunikasi dengannya lagi.

"Aku teringin sangat nak jumpa kau orang balik tapi... Separuh hati aku tak nak jumpa kau orang dah. Aku tak sanggup nak tengok muka kau orang balik. Aku tak tahu macam mana nak terangkan. Mesti kau orang benci aku."

Air mata mula menitis jatuh ke pipi. Aqilah tersedu-sedan.

"Irfan dah dapat hati Azwa ke? Sharrmini dengan Aakil dah kahwin ke? Oh ye, Sharrmini dah masuk Islam ke? Wani? Wani dah berjaya goda Harith? Hahaha...."

Aqilah mengesat air matanya. Mata terpejam menahan rasa sakit. Rasa sedih, rindu dan marah yang dirasainya tidak tergambar dengan kata-kata.

"Zariel." Sebaris nama itu terkeluar dari bibir milik Aqilah.

Aqilah baring di atas katil. Mata dipejamkan rapat-rapat. Kepala digeleng laju apabila wajah Zariel terngiang-ngiang di fikiran.

"Aku minta maaf."

................................................

"Aqilah anak haram."

"Aqilah anak perampas."

"Mak kau gatal eh? Nak aku garukan tak?"

Aqilah yang dari tadi menahan rasa marah terus sahaja menampar muka pelajar lelaki di hadapannya.

"Kau? Kau tampar muka aku? Kau nak kena ke?"

"Memang layak pun kau kena tampar. Kalau ikutkan hati, aku nak je bunuh kau!" jerit Aqilah.

"Dasar perempuan tak guna!"

Tangan yang dinaikkan oleh pelajar lelaki itu untuk menampar Aqilah ditahan seseorang.

"Apa masalah kau? Biar aku tampar perempuan tak sedar diri ni!"

"Kau sakitkan dia, kau berurusan dengan aku!" kata Zariel dengan nada keras.

"Ouh, kau ni budak yang gilakan dia tu! Weh, cari perempuan lainlah. Perempuan kotor ni juga yang kau nak ke kau dah dapat dia?" sindir pelajar itu.

"Wuuuu." sorak pelajar-pelajar yang berkumpul di situ.

Zariel terus sahaja menumbuk muka pelajar lelaki di hadapannya. Dia menolak keras badan budak itu pada dinding. Tidak cukup dengan itu, Zariel menumbuk perut pelajar itu bertubi-tubi.

Pelajar lain mula masuk campur. Ada juga yang bersorak mengapi-apikan lagi keadaan.

"Kalau kau orang nak aku habiskan riwayat kau orang, hinalah Aqilah lagi! Hina! Hina lagi kalau berani!" jerkah Zariel.

Aku Tetap Nak Kau!Where stories live. Discover now