Kontrak

4.2K 329 66
                                    

"Menurut data ni, hasil jualan kek kami taklah teruk sangat penurunannya. Setiap tahun cuma merosot dari lingkungan 3% hingga 5%" jelas Aqilah takut-takut.

Serius! Terangkan data jualan ni lagi menakutkan dari nak tandatangani kontrak! Aqilah mendongak mellihat Encik Muaz dan menunduk kembali apabila pengurus kedai Yummy itu merenungnya seperti mahu telan.

"Saya akan buat apa je asalkan pihak tuan tidak membatalkan kontrak!" Aqilah mengangkat tangan kanannya seakan berjanji.

"Dah. Dah. Saya tak nak dengar. Nampaknya buang masa saya je jumpa dengan awak. Kalau bukan sebab dia, saya tak nak jumpa awak tau." Mendatar suara Encik Muaz berkata.

'Dia? Mamat hensem tadi tu ke?' Aqilah tertanya-tanya dalam hati.

"Saya baru je ambil alih dekat bahagian ni. Dulu, saya kerja sebagai sekretari. Harap Encik Muaz boleh bagi sikit masa untuk saya sesuaikan diri dan selesaikan masalah ni.

Haa! Saya juga sebenarnya bercadang nak buat pembaharuan dalam kek ni. Idea dah ada jadi saya nak cuba untuk buat resipi baru kemudian saya cuma minta sedikit masa Encik Muaz untuk merasa. Boleh ke?" Aqilah tersenyum manis. Ini sahaja jalan akhir yang dia ada.

Encik Muaz berdiri. Dia merenung pemandangan di luar tingkap.

"Dah berapa lama kat bahagian ni?"

Aqilah menghembus nafas lega apabila suara Encik Muaz mulai sedikit lembut. Fuh!

"Tak sampai seminggu." Aqilah jawab berjaga-jaga.

"Patutnya dari dulu team awak kena buat sesuatu bukan dah jadi macam ni baru nak bertindak. Okey, saya nak awak buat dua benda. Pertama, saya nak awak bagi saya rasa kek baru. Kedua, saya nak awak jual semua kek awak yang ada kat kedai saya. Jangan risau boleh makan lagi."

"Betul ke? Okey! Terima kasih, Encik Muaz! Saya janji saya takkan sia-siakan pertemuan kita hari ni! Saya akan buat kek paling sedap kat dunia ni! Hehehe!" Aqilah tersengih gembira.

Aqilah melangkah keluar dari Yummy dengan senyuman lebar. Dia mendail nombor Amsyar untuk menolongnya mengangkat lebih kurang tiga puluh kotak kek.

Isyraf melihat gadis itu dari jauh. Senyuman bahagia yang terukir pada bibir merah jambu itu membuatkan matanya tidak boleh berhenti melihat.

Dia melangkah masuk ke dalam bilik Encik Muaz apabila namanya dipanggil.

'Kita akan jumpa lagi.' getus hatinya.

........................................

"Ada berapa semua sekali?" tanya Raudah.

"Ada 28." jawab Amsyar seperti mahu menangis.

"Mak aih! Banyaknya! Macam mana nak jual ni?" rungut Ridhwan.

"Satu kotak kek berapa ringgit eh?" soal Aqilah.

"RM60! Susahlah nak jual sekotak terus RM60." kata Raudah.

"Kita potonglah. Lagi senang kot nak jual." Aqilah memberi cadangan.

"Hmm, satu potong RM7 gitu. Okey ke?" Amsyar mengira untung mereka.

"Saya nak satu kotak RM100 bukan RM60."

Aqilah dan yang lain terkejut. Suara Zariel Firdaus tiba-tiba menyampuk perbincangan mereka. Semua ternganga mendengar arahan Zariel yang seperti ditaktor.

"Erm, mahal sangat tu, Tuan Zariel. Siapa je nak beli?" kata Raudah takut-takut.

"Ada kena mengena dengan saya ke?" Tajam anak mata Zariel menikan mata Raudah sebelum memandang kepada Aqilah.

Aku Tetap Nak Kau!Where stories live. Discover now