1

22.4K 384 2
                                    

Bella jalan berseorangan di dalam shopping mall setelah kawannya Lin dan Dahlia meminta diri untuk pulang kerana sudah masuk pukul 7.30 malam. Bella seperti biasa tidak suka duduk di rumah ada saja bebelan yang dia terima nanti. Lagi-lagi ini tahun dimana dia akan menduduki peperiksaan terbesar SPM . Ya Bella 17 tahun. Dan esok hari persekolahannya bermula.

Saat dia jalan dalam keadaan termenung. Ada seorang lelaki di hadapannya sedang bermain telefon dan....

Buk!
Mereka terlanggar sesama sendiri. "Hoi! Kau ni main langgar je aku. Tak nampak ke?" Marah Bella. "Excuse me! Bukan saya je ye yang salah. Awak pun. Takkan tak nampak saya depan awak?"leaki itu mahu menang juga. Kemudian lelaki itu bangun dan lihat telefonnya. Buntang mata lelaki itu saat melihat telefonnya. Pecah! "Tengok! Dah pecah. By hook or by crook aku nak kau ganti balik!" Marah lelaki itu. Bella juga bangun dari duduknya dan "eh kau yang langgar aku tetiba suruh aku ganti! Your head!"marah Bella semula. Lelaki itu ketap bibirnya menahan marah. 'Ey perempuan ni lah' monolog hati lelaki itu. Lelaki itu malas mahu melayan, terus beredar.

Bella mendegus saat boloskan diri ke dalam kereta milik abang nya . Honda Civic . Abangnya menghadiah kereta itu atas nama abangnya pada hari jadinya baru baru ini. Bella menghentak stereng kereta. Marah betul Bella dengan lelaki tadi. "Damn it!" jerit Bella dalam kereta. Selepas itu, Bella memandu kereta pulang ke rumah.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cikgu Suami ku?!Where stories live. Discover now