part 30

9.7K 229 4
                                    

Bella sudah keluar dari wad. Kini Bella duduk di rumah mamanya sementara dia betul betul sihat. Bella memulas tombol pintu biliknya, kaki melangkah masuk. Bella menarik nafas dalam dalam dan menghembus dengan perlahan. "rindunya bilik ni" Bella bercakap seorang diri. Bella menghempaskan badan ke atas katil. Bella terlelap sendiri.

Hari sudah malam, Bella terjaga pada pukul 8.00 malam. Bella rasa ada orang di sebelahnya, dia berpaling, "cikgu!" Sedikit terkejut Bella. Afiq juga terkejut dan membuka mata perlahan lahan. "Dah kenapa menjerit jerit ni? Aku baru lelap 10 minit tahu tak?" Marah Afiq. "Cikgu bila sampai?" Tanya Bella. "Kenapa tak suka aku datang ke?" Saja dia ajukan soalan itu. Bella cuma berdiam diri. "Ha betullah tu" kata Afiq. Afiq bangun dari tempat duduknya. "Cikgu nak pergi mana?" Soal Bella. Afiq mengerut dahi. "Tadi cakap tak suka aku datang, aku nak blah lah" balas Afiq dan melangkah ke pintu bilik. Saat Afiq memulas tombol, Afiq berpaling dan "gurau je. cepat lah siap, aku nak bawa kau ambil angin kat tasik" jelas Afiq. Bella sedikit pelik. Bella mengangkat kening. "Cikgu okay?" Tanya Bella. Afiq mengangguk.

Bella hanya mengenakan jeans dan kemeja putih. Bella mengikat rambut kuda. Dia menuruni tangga. Wangian Bella menyebabkan Afiq terkesima sekejap. "Cikgu ?" Bella melambai lambaikan tangan di depan muka Afiq. Afiq sedar. Afiq terus melangkah keluar diikuti Bella.

Sampai sahaja di tasik, ramai kanak kanak sedang bermain. Bella lihat sebuah keluarga lengkap sedang menikmati pemndangan pada waktu malam di tasik. Bella tersenyum, dia rindu akan ayah nya. Afiq perasan akan Bella merenung sebuah keluarga itu terus menukar topik. "Ni tempat aku selalu lepak kalau ada masalah" kata Bella. Bella mengangguk. "Kau ada tempat yang boleh buat kau hilang tension ?" Tanya Afiq lagi. Bella mengerut dahi. 'Kenapa tiba tiba baik nak tanya pasal aku, ah layan jelah' monolog hati Bella sambil mengangguk. "Ada" jawab Bella. "Dekat mana?" Tanya Afiq. "Sini" jawab Bella selamba. Dia tahu Afiq akan terkejut dengan jawapannya itu. Afiq terlopong. Dia memandang Bella, lama. Bella tergelak kecil, Afiq juga begitu. Kemudian Afiq menanggukkan kepalanya. "Jom pergi kat that corner. Sana tak ramai orang sangat" ajak Afiq. Bella yang pelik hanya mengikuti. Sampai di satu tempat duduk, Bella melabuhkan punggungnya dan berjarak sikit dengan Afiq. Tidak selesa. Afiq yang perasan cuma buat tidak tahu sahaja, dia faham. "Cikgu" tegur Bella dahulu. Afiq memandang Bella sambil mengangkat keningnya. Bella hanya lihat di hadapannya sahaja. "Cikgu ada family lagi?" Tanya Bella. Afiq mula mula diam, kemudian dia membuka mulut. "Dulu ada, sekarang takda" selamba jawapan Afiq. Bella mengangguk tanda faham. "But macam mana cikgu boleh teruskan hidup tanpa parents ?" Tanya Bella lagi. "Well life goes on Bella" jawab Afiq. Bella mengangguk cuma. Jam ditangan Afiq sudah menunjukkan pukul 10 malam. Afiq lihat Bella sudah beberapa kali menguap. "Jomlah balik, dah lewat ni" kata Afiq. Bella hanya mengangguk kerana dia memang sangat mengantuk sekarang.

Afiq menekan pedal keretanya. Sampai di lampi isyarat berwarna merah dia berhenti. Afiq terpandang Bella 'lah dah tidur dah. penat lah tu' kata hati Afiq. Saat lampu isyarat bertukar warna hijau, Afiq terus menekan pedal. Tidak lama selepas itu, Afiq terkejut apabila tiba tiba ada satu kepala singgah di bahu kirinya. Bella sudah terlentok tidur di bahu Afiq. Jantung Afiq berdegup laju. 'Nak kejut ke tak? Aduh' monolog hati Afiq. Kemudian Afiq hanya membiarkan sahaja Bella tidur di bahu kirinya. Entah kenapa semenjak ini, dia berkelakuan baik dengan Bella.

Sampai di rumah, Afiq teragak agak mahu mengejut Bella. Apabila Bella bergerak sikit, Afiq terkejut dan terus mengejut Bella. "Bella bangun" . Bella membuka matanga perlahan lahan. Kemudian dia bangun dengan pantas. "Sorry cikgu" kata Bella dengan menundukkan wajahnya. Afiq hanya mengangguk kepala. Dan dua dua masuk ke dalam bilik masing masing.

Cikgu Suami ku?!Where stories live. Discover now