Part 17

9.2K 252 7
                                    

"Bella, malam ni kita pergi surau kat depan tu ye. Ada majlis bacaan yaasin. Bella ikut ye" tanya mama Bella. "Ma.. Bella nak study lah malam ni. Homework pun berlambak tu mama" Jawab Bella. Bella sering beri alasan. "Hm takpelah kalau macam tu" balas Puan Khatijah sambil menayang muka sedih. "Ish okay fine! Bella ikut" kata Bella. Puan Khatijah senyum gembira. Bella mendaki anak tangga dan menuju ke biliknya.

7.15 p.m. Bella menuruni tangga dan siap berbaju kurung. Ayu.

"Ha dah siap dah anak mama ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ha dah siap dah anak mama ni. Dah bawa telekung?" Tanya mama Bella. Bella mngangguk. "Air wuduk?" Tanya mama lagi. Bella menangguk lagi. "Okay jom" arah mama. Bella membuntuti.

Selesai solat mahgrib dan isyak di surau. Semua ahli di surau dijemput makan di hadapan surau. "Mama kalau nak makan pergi lah. Bella tunggu kat situ eh" kata Bella sambil menundung jari ke arah pokok kelapa dan sudah tersedia kerusi di situ. Agak jauh juga lah dari tempat makan. Puan Khatijah hanya menangguk. Bella berjalan ke situ. Bella mengeluarkan iphone nya. Tiba-tiba ada seseorang sapa di belakang. "Buat apa kat sini sorang sorang?" Bella terkejut dan berpaling. Saat terlihat sahaja muka yang menyapanya tadi Bella menghadap iphonenya kembali. Siapa lagi kalau bukan Afiq? Musuh ketat Bella. "Kau marah aku lagi ke?" Tanya Afiq. Bella membisu dan masih melayan iphonenya. "Woi. Aku cakap ngan kau ni" agak sedikit tegas disitu. Bella masih bermain dengan iphonenya. Afiq merentap iphone milik Bella. "Hei apa ni cikgu" marah Bella. "Ada pun suara" kata Afiq sambil menjeling Bella. "Bagi balik!" Jerit Bella. Afiq menekup mulut Bella saat Bella menjerit. Dan kini mereka terlalu rapat. Bella terkejut. Mata mereka bertatapan. Lama.

"Kamu buat apa ni?" Suara imam masjid menyedarkan mereka. Saat itu Afiq menjauhkan dirinya dan diri Bella. "Kamu tahu tak kamu berdua telah melakukan zina?" Tanya imam masjid lagi. "Apa?! Mana ada kami terserempak sahaja" balas Bella. "Bella kenapa ni?" Tanya mama Bella. "Ni imam masjid ni tuduh Bella berzina dengan Afiq!" Agak marah Bella saat itu. Afiq dari tadi diam sahaja. Terkejut mungkin. "Imam. Jangan salah faham. Sebenarnya, Afiq ni tunang anak saya si Bella ni. Dah lama dah sebenarnya, cuma tidak mahu diheboh-hebohkan" bohong Puan khatijah. "Lah ye ke? Haih maaflah. Pakcik tak tahu. Yelah kamu duduk berdua-duaan kat sini. Orang lain pun boleh salah faham tau" balas imam masjid itu. Afiq dan Bella senyum menayang gigi. "Datanglah nanti bila kami buat majlis ya?" Kata Puan Khatijh. Ramai orang menganggukan kepala. Setelah semua selesai, Bella memeluk mamanya dari arah belakang. "Mama thankyou mama selamatkan Bel tadi. Memang Bel tak buat apa apa pun" kata Bella. "Ya aunty terima kasih" kata Afiq. "Bella tahu mama saja tipu sebab tak nak orang mengata kan? Thanks ma.." kata Bella lagi. "Siapa menipu?" Tanya Puan Khatijhah. Bella dan Afiq mengerutkan dahi. "Afiq kamu busy malam ni?" Tanya Mama Bella kepada Afiq. Afiq menggelengkan kepalanya. Puan Khatijah mengeluh. "Ikut aunty balik rumah sekejap ye" kata Mama Bella. Afiq pada mulanya macam mahu menolak sahaja tapi bila difikirkan balik pergi sajalah. Afiq menganggukkan kepalanya perlahan. Bella mengerutkan dahi sambil berjalan kaki balik ke rumah.

Cikgu Suami ku?!Where stories live. Discover now