Part 38

8.4K 206 2
                                    

Bella tidak pulang ke rumah Afiq tapi terus ke rumah Puan Khatijah. "Assalamualaikum" beri salam Bella. "Waalaikumusalam" jawab mama. "Bella, kenapa datang sini?" Soal mama. Agak terkilan sikit dengan soalan tu. 'Aih takkan tak boleh datang sini dah?' Kata hati Bella. Puan Khatijah yang nampak riak muka anaknya terus berkata "eh jangan salah faham. maksud mama ada hal penting ke?" Soal mama lagi. Bella malas mahu terkilan lama lama. Bella beri satu kertas putih pada Puan Khatijah. "Nah tolong sign, takkan nak suruh suami Bella pula sign kan? Kantoi nanti ma" bagitahu Bella. Puan Khatijah terus ambil dan membaca borang itu. "Aktiviti perkhemahan? Bahaya lah Bella. Siapa nak jaga nanti?" Soal Puan Khatijah. "Ma..jangan risau. Cikgu Afiq ada sekali" jawab Bella. Puan Khatijah dengan muka yang terpaksa terus menandatangani borang itu. "Yeah! Thankyou ma... Bella balik dulu" kata Bella terus menyalami tangan orang tua itu.

Bella pulang tidak berkata apa apa. 'Bagi salam dalam hati jelah' kata hati Bella dan melangkah masuk ke dalam rumah. Belum sempat Bella nak mendaki anak tangga, Afiq memanggil "Bella" . Bella berpaling tapi tidak menyahut sebaliknya membuat kening seperti tanda 'apa?' "Pergi mana tadi? Kenapa lambat balik?" Soal Afiq. Bella mengeluh dan "tanya mama" selepas sahaja menjawab perkataan itu, Bella terus mendaki tangga. Afiq di bawah sudah pening bagaimana lagi cara hendak pujuk si Bella. Afiq bukan reti pujuk perempuan.

Bella turun semula dengan borang tadi. 'Daripada aku simpan baik aku bagi dia. Dia kan cikgu yang join aktiviti tu sekali? Pfft' kata hati Bella. Bella mendekati Afiq. "Nah, borang perkhemahan. Dah tanda dah" kata Bella. "Kenapa bagi aku?" Soal Afiq. Bella mengeluh. 'Aduh harap je cikgu!' Jerit hati Bella. "Cikgu kan cikgu yang sertai perkhemahan tu, so dari saya simpan better saya bagi cikgu terus" jelas Bella. Afiq mengangguk cuma. Bella hendak mendaki tangga tapi tangannya ditarik Afiq. Disebabkan tarikan itu, Bela tidak dapat mengawal keseimbangan badan dan dia terjatuh. Terjatuh atas Afiq?! Bella mengangkat muka dan terus bangun. Kemudian dia terus lari kan diri masuk ke dalam biliknya.

"Ya Allah, kenapa dia buat macam tu" kata Bella. "Ish malunya" sambung dia. "Kenapa jatung aku macam nak terkeluar ni?!" Marah Bella tapi dengan nada yang perlahan. Afiq menyentuh dadanya. Afiq juga rasa apa yang Bella sedang rasa.

Cikgu Suami ku?!Where stories live. Discover now