Part 40

9K 220 0
                                    

Sampai di kem perkhemahan. Bella membuka matanya. Dilihat semua sedang menarik bagasi di atas turun. Naif kelihatan masih tidur lagi. "Okay semua kita dah sampai. Kita turun dulu then kita bincang apa yang patut" kata Cikgu Risha. Semua mengangguk dan cepat turun termasuk Bella.

Afiq kelihatan sedang berbual bersama sama cikgu Ramli. Kemudian cikgu Ramli memberitahu beberapa perkara. "Okay semua, ingat disini ialah hutan, jangan suka sangat, jangan sedih sangat so sedang sedang jelah ya. Lagi satu satu khemah tiga orang je ya. So sekarang buat khemah masing masing dulu. Then rehat. Selepas tu saya akan bagitahu aktiviti aktiviti kita" bagitahu cikgu Ramli. Semua pelajar mengangguk dan memilih tapak masing masing. Bella, Dahlia dan Lin pilih tapak yang tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh dengan sungai begitu juga kawan kawannya. Masing masing masih membina khemah masing masing. Naif memilih tapak di depan khemah mereka. Siap membina khemah mereka semua terus masuk ke dalam dan berehat. "Weh panasnya!" rungut Dahlia. Bella tergelak apabila lihat rungutan Dahlia. "Heh! Jangan risau aku bawa kipas tangan and kipas gantung ni" kata Bella. Hehehe! "Omg! Ni bercuti ke aktiviti perkhemahan?" Soal Lin sambil gelak gelak. Bella mengangkat kening "both" jawab Bella dan mereka semua tergelak gelak. "Nah kipas gantung ni tolong gantungkan kat besi atas tu, kipas tangan ni siapa nak guna dulu?" Tanya Bella. Dahlia terus merampas memandangkan dia terlampau panas sekarang. Bella dan Lin gelak terbahak bahak. "Hei! Tak dengar ke cikgu Ramli kata jangan suka suka sangat?!" Marah cikgu Risha. Dahlia, Lin dan Bella memohon maaf. Kemudian mereka ajuk semula perkatan cikgu Risha. Dah gelak kecil.

"Okay time's up! Pelajar! Sekarang dah pukul 7pm, sebelah sana ada sungai kan ? Kejap lagi masuk waktu Maghrib. Pergi ambil wuduk dan bersedia untuk solat Maghrib" kata cikgu Ramli. "Nasib baik aku bawa telekung" kata Bella, begitu juga rakan rakannya. Usai bersiap untuk solat maghrib, Bella nampak Afiq dengan bersongkok. 'Ya Allah handsomenya dia kalau pakai macam tu' monolog hati Bella. Afiq juga terpandang Bella 'ayu sangat' kata hati Afiq dan senyum kepada Bella. Wake up Bella ! Wake up Afiq ! "Siapa nak jadi imam?" Soal cikgu Ramli. Naif menangkat tangan. "Ha kamu nak jadi imam Naif?" Soal cikgu Ramli. Naif mengangguk. "Saya nak jadi imam untuk Bella Nadelia" kata Naif dan berpusing memandang Bella yang tengah merapatkan safnya. Bella terkejut. Afiq yang dengar berdehem berkali kali. Wah kau berani nak imam kan bini aku?! Sepak kau nanti! . "Takpe cikgu biar saya jadi imam" kata Afiq. Ha aku jadi imam! Untuk bini aku! . Erk? Bella macam tak percaya yang Afiq akan menjadi imam. Sebaik sahaja masuk waktu maghrib , Afiq melaungkan iqamat. Bella membulatkan mata 'Ya Allah merdunya suara' . Lin dan Dahlia sudah menyiku nya. Bella hanya senyum kecil.

Usai solat maghrib. Bella melipat telekungnya. Kemudian di keluar semula. "Malam ni kita akan mula kan aktiviti kita. Kita mula kan dengan aktiviti redah hutan. Masing masing dengan kumpulan masing masing dan kami akan tinggalkan anda semua di dalam hutan. Without anything cuma tali je. Tali tu tanda jalan balik korang. Faham semua?" Jelas cikgu Ramli. Semua membuka suara faham.

"Alah aku takut lah nak masuk. Weh bahaya tahu tak?" Kata Dahlia. "Buatnya ada ular ke, harimau ke, tuuuttt... ke macam mana?" Sambung Dahlia lagi. Bella menepuk bahu Dahlia. "Hey jangan cakap macam tulah, kalau betul betul macam mana? Ha" marah Bella. Lin mengangkat bahu cuma. "Halahh.." Dahlia merengus. "Dah jom!" Ajak Lin.

Bella dan kumpulannya di tinggalkan di tepi pokok. Gelap. Bunyi menyeramkan. Semuanya ada. Paling takut sekali Dahlia lah. Tali ditepi di genggam kuat. Takut terlepas. Mereka perlu tunggu 15 minit dan bunyi loceng mereka perlu cari jalan keluar sendiri mengikut tali itu.

15 minit menanti. Loceng dibunyikan. Bella dan rakan raknmya mengikut arah tali itu. Kemudian Dahlia terkejut kerana ternampak kera yang panjat memanjat. Dahlia menjerit dan dek kerana terkejut dengan jeritan Dahlia. Bella dan Lin juga terjerit sama dan berpecah hala tuju mereka.

Kumpulan yang lain selamat sampai. Kumpulan terakhir ialah kumpulan Bella. Afiq dan cikgu cikgu yang lain menanti. Tiba tiba terdengar bunyi bising. Lin dan Dahlia keluar dan terus jatuh ke permukaan tanah. "Ya allah Dahlia! Lin! Eh tolong tolong!" Jerit cikgu Ramli. Semua merapati mereka berdua. Wait! "Lin, Bella mana?" Soal Afiq. Lin dan Dahlia pandang silih berganti. "Taaa..tadii..a..adaaa... ka...kat..belakang...ni.." kata Lin dengan tergagap gagap. "Tadi?!" Marah Afiq. Afiq meraup kasar rambutnya ke belakang. "Sabar Afiq, mari kita pergi cari dia" kata cikgu Ramli. "Risha jaga mereka. Bagi diorang rest" arah Ramli.

Cikgu Suami ku?!Where stories live. Discover now