Part29

9.3K 229 0
                                    

Bella ditahan wad. Afiq sudah menghubungi Puan Khatijah dan Danial. "Apa dah jadi ni?" Soal Danial pada Afiq. Afiq menceritakan dari mula sampai habis. Danial mengucap. Sedang itu, doktor keluar dari wad Bella. Puan Khatijah meluru ke arah doktor tersebut. "Macam mana dengan keadaan anak saya doktor?" Tanya Puan Khatijah. "Alhamdulillah buat masa sekarang keadaan dia stabil. Dia cuma mengalami masalah kejutan dan berkemungkinan banyak berfikir" jelas doktor tersebut. Mereka semua bersyukur keadaan Bella sudah stabil. "Boleh saya masuk tengok dia doktor?" Tanya Puan Khatijah. "Boleh, tapi jangan terlalu lama ya, pesakit perlukan banyak rehat" . Mereka masuk.

Bella sedang sengih memandang abangnya yang bercekak pinggang. "Hehehe" gelak Bella tapi perlahan sahaja. "Apa gelak gelak? Tahu tak bahaya?" Marah Danial. Bella kemudian mencebik dan menayang muka sedih. "Dah lah tu Danial, dia sakit tu kan. Jangan marah marah dia" sokong mama Bella. Bella mengangguk dan kembali menyengih. Afiq dari tadi hanya lihat sahaja. Dalam hati Afiq, terjentik rasa bahagia semasa Bella dan Danial bergaduh tadi. Rasa suka lihat rajuk Bella. 'Apa aku merepek ni?' Monolog hati Afiq. Kemudian Afiq menggeleng. Danial dan Bella memandang Afiq dengan dahi yang berkerut tanda pelik. Puan Khatijah juga begitu. "Kau okay tak?" Tanya Danial pada Afiq. Afiq laju mengangguk. "Aku nak pergi beli makanan untuk Bella sekejap" kata Afiq lalu terus keluar.

Afiq bungkuskan bubur untuk Bella. Afiq berjalan ke arah wad Bella, mahu sahaja dia menolak pintu wad itu, kelihatan Dahlia, Lin dan seorang budak lelaki tengah bersembang dengan Bella. Afiq musykil dan terus masuk. Semua yang berada di dalam wad lihat Afiq. Alangkah terkejutnya, budak lelaki itu ialah Naif!Dahlia dan Lin tidaklah terkejut akan hal ini kerana mereka sudah tahu yang Bella dan Afiq telah berkahwin tetapi Naif pandang Afiq dengan sangat pelik. Dada Afiq turun naik. "Eh cikgu, Abang Danial dah keluar tadi ada hal kat office, dia suruh bagitahu kat cikgu" kata Dahlia cuba mengawal keadaan dari disyaki Naif. Naif masih tidak faham. "Lah ye ke? Tadi dia suruh saya beli bubur untuk adik dia, katanya adik dia sakit, last last dia cabut dulu" balas Afiq. Naif membuat mulut berbentuk O. Tanda faham. "Tak apalah, Bella, semoga cepat sembuh ya" kata Afiq sambil meletakkan bubur di atas meja sebelah katil Bella dan memandang Bella dengan tajam kemudian senyum dan berlalu pergi. Bella telan liur. "Bella, cikgu tu kawan abang awak ye?" Tanya Naif. Dahlia, Lin dan Bella mengangguk serentak. Naif diam cuma. 'Patutlah rapat semacam' kata hati Naif

Cikgu Suami ku?!Where stories live. Discover now