2

2.1K 95 13
                                    

Mareeya tarik beberapa keping sampul kad undangan perkahwinan untuk diberi kepada kawan-kawannya. Senyum sampai ke telinga bila dia melihat kad itu.

"Ma, Mar nak pergi hantar kad kejap kat kawan." Beritahu Mareeya seraya menyalam tangan mamanya.

"Nanti Mar balik, beli extra ribbon hijau tu. Tak cukup nak buat doorgift." Pesan Puan Siti Amirah.

"Alright. Nak berapa gulung?"

"Beli dua."

"Alright. Bye ma. Assalamualaikum."

Enjin kereta dihidupkan sebelum kereta itu menuju ke sebuah hospital. Orang pertama yang harus dapat kad kahwinnya mesti Mimi!

Sudah hampir dua bulan dia tak bersua muka dengan Syamimi semenjak peristiwa di restoran tempoh hari. Bukan kerana terasa hati, tapi masing-masing sibuk menguruskan hal masing-masing. Kawan tetap kawan.

Mareeya memarking keretanya dan telefon dikeluarkan dari beg tangan. Nama Mimi dicari.

"Mi, kat mana?" suara Mareeya bukan main ceria lagi.

KAKI Mareeya melangkah perlahan-lahan menuju ke kantin hospital. Dia lihat kiri dan kanan. Bila ada mata yang bertembung dengan matanya, ada kalanya dia tersenyum sendiri melihat masa depan itu. Ada masa dia jadi sebak melihat pengakhirannya. Tapi lumrah hidup, mati itu pasti.

Telefon bimbit Mareeya tiba-tiba berbunyi. Dari Mimi.

"Yaa, aku ada hal kejap. So lambat sikitlah. Takpe ke?" tanya Mimi.

"No worries. Aku boleh tunggu dekat sini."

"Alright. Kejap lagi aku datang." Talian mati.

Mareeya ambil tempat di meja kosong sebelum menganalisis mata-mata yang berani bertentang dengannya. Bibirnya mengukir senyuman saat budak kecil berusia 5 ke 6 tahun yang memakai pakaian hospital memandangnya. 'Dia akan sihat. Dia akan baik.' Bisik hati kecil Mareeya.

Melihat air yang dipapar di atas bar kantin, dia jadi dahaga. Lantas dia bangun dan mencapai air mineral dan semangkuk bihun sup. Dia beratur seperti orang lain sebelum ada yang berdiri di belakangnya.

Siku Luth terkena bahu Mareeya yang membuatkan gadis itu menoleh ke belakang. Sangkanya ada orang mencuit bahu.

"Oh, sorry." Ujar Luth. Mata mereka bertentang. Tapi Mareeya tidak berkedip. Jantungnya seakan berhenti berdegup. Kosong! Dia tak nampak apa pun di dalam anak mata lelaki itu.

"Yes?" Luth yang pelik dengan tenungan Mareeya menegur.

"Er, nothing." Mareeya kembali menghala ke hadapan. Dia cepat-cepat cari anak mata orang lain. Jelas. Dia nampak jelas masa depan mereka. Tapi kenapa dengan lelaki ini.. yang dia nampak hanya mata semata-mata? Kenapa dia tak boleh lihat masa depan lelaki ini?

Mareeya toleh kembali kerana rasa tak puas hati.

Luth serba-salah. 'Sakit ke kena siku aku tadi?' fikir Luth.

"Bahu you sakit ke kena siku I?" soal Luth.

"No. Tak." jawab Mareeya dua patah. Tapi masih tidak berganjak dari tenungannya.

"Miss, your turn." Kata Luth menunjuk ke arah kaunter yang sudah kosong.

Mareeya cepat-cepat membayar makanannya dan mengambil tempat di meja kosong tadi. Usai Luth membayar untuk makanannya, dia ambil tempat di hujung kantin. Mareeya masih boleh lihat kelibat lelaki itu.

Deja VuWhere stories live. Discover now