4

1.4K 63 0
                                    

"SAYANG, cepatlah." Panggil Luqman yang sudah jauh ke depan. Kamera di tangan sempat mengambil gambar Mareeya yang jauh ketinggalan di belakang. Salji yang turun buatkan kaki Mareeya terasa berat untuk melangkah.

Dengan senyuman, Mareeya hulur tangannya untuk disambut sang suami.

Mereka berjalan beriringan dan tangan mereka bertaut sesama sendiri.

"You nak berapa orang anak?" tanya Mareeya.

"Cukup satu team bola." Gelak Luqman.

"You ingat I kilang ke apa?" getus Mareeya.

Luqman ketawa lagi. "Orang dulu-dulu boleh aje sampai 14 orang anak."

"Ada aje jawabnya."

Luqman tenung Mareeya dalam-dalam. "I love you. Sangat."

Bunyi penggera telefon mematikan mimpi indah Mareeya. Perlahan-lahan Mareeya buka mata. Pipi kanan yang ditampung bantal masih tidak diangkat. Mata Mareeya terkedip-kedip mencerna mimpi indah itu. Jarum jam menunjukkan pukul 6 pagi.

Dia ambil beberapa saat sebelum duduk termenung di birai katil. Bibir mengukir senyuman terkenangkan mimpi itu. Terus dia ke bilik air untuk mandi dan solat sebelum bersiap menuju ke pejabat.

Mareeya masih cuba untuk mendapatkan kebolehannya memandang masa depan melalui mata sesiapa sahaja yang dia tenung. Tapi pandangannya kabur. Kadang-kadang dia nampak, tapi hanya untuk beberapa saat. Makanya dia tak dapat memastikan apa yang akan terjadi.

Sedang dia menyiapkan kerjanya, kepalanya ligat berfikir tentang mimpi pagi tadi. tangannya berhenti melakar. Jantungnya berdegup laju. Dia pasti dia nampak mimpi itu ketika merenung anak mata Luqman beberapa bulan lepas.

Tiba-tiba kepalanya kosong. Apakah yang dia nampak itu realiti atau hanya mimpi? Dia menjadi gusar. Tertanya-tanya apakah kebenarannya. Macam mana kalau itu hanya mimpi? Macam mana kalau apa yang dia nampak itu tidak akan terjadi?

Mareeya cepat-cepat mencapai telefon bimbit dan nombor Luqman didail. Beberapa saat kemudian, panggilan berjawab.

"Hello?" sapa suara Luqman. Hati Mareeya sedikit lega.

"Hello. You."

"Yep? Kenapa?"

"Er.. Kita akan nikah Jumaat ni kan?" soal Mareeya untuk kepastian.

Luqman ketawa kecil. "Iye. Kenapa?"

"Nothing." Mareeya tersenyum kecil.

"Itu aje ke nak tanya? Call I semata-mata nak tanya kita akan nikah minggu ni je ke?" Luqman tergelak di hujung talian.

"Rasa macam tak percaya yang I dah nak kahwin." Sengih Mareeya.

"Ye, percayalah yang kita ni dah nak kahwin." Suara Luqman hanya mendatar.

"You busy ke?" soalan bodoh dari Mareeya.

"Of course. I tengah kerja la Mareeya."

"Oh sorry. Jumpa Jumaat ni." Mareeya gigit lidah.

Talian terus dimatikan tanpa kata-kata lanjut. Mareeya tenung skrin telefon bimbit. 'Busy sangat kot sampai terus matikan talian.'

Deja VuWhere stories live. Discover now