7

1.3K 66 0
                                    

"So macam mana rasa sekarang?" Luth senyum manis memandang tepat ke arah Mareeya yang buat mata separuh. Mukanya masam mencuka.

"Sihat!" laju jawab Mareeya walaupun sebenarnya dia rasa seperti dunia nak terbelah dua. Ke otak dia yang nak terbelah dua?

Luth sengih lagi.

"Saya check kejap eh." Luth minta izin. 'Eh lembut bukan main pula dia ni.' Mareeya was-was dengan Luth.

Selepas selesai pemeriksaan asas, Luth menulis sedikit nota yang tergantung di hujung katil Mareeya.

Puan Siti memerhati sebelum buka mulut. "Bila dia boleh discharged eh?"

"Oh. Suhu dia masih lagi tinggi. Kita kena buat further check. Kami akan buat blood test and tengok result dia macam mana. Kalau takde apa-apa, dia boleh discharge lah." Jelas Luth.

"I'm fine." Kata Mareeya.

"Itu kata you. But not your body. Rest banyak-banyak. Make sure to take your medicine." Senyum Luth sebelum berlalu pergi. Mareeya mencebik.

"Apa masalah kau ni kak?" Malek pelik dengan reaksi Mareeya bertemu dengan Luth.

"Aku nak balik." Mareeya masih berkeras. Puan Siti dan Encik Mustafa hanya menggeleng. Anak degil seorang ni lah.

MIMI tarik nafas dalam-dalam. Tugasnya tamat tepat jam 5 petang. Tengah hari tadi sempat dia berjumpa dengan Mareeya selepas sahabatnya itu memberitahu tentang keberadaannya di hospital.

Memikirkan Mareeya, Mimi tak jadi balik terus. Dia singgah di katil Mareeya dahulu.

"Kau okay tak?" tangan sejuk Mimi dilekapkan ke dahi Mareeya. Gadis itu sengih kecil.

"Aku okay. Tak boleh ke discharge aku?"

"Badan kau panas lagi, Yaa. Kang kalau apa-apa jadi tengah jalan, macam mana? Tunggulah sampai kau dah okay, doktor kata boleh balik.. kau balik tidur puas-puas kat rumah."

"Kau pun doktor. Bagi lah aku balik." Rayu Mareeya.

"Aku bukan doktor kau." Jeling Mimi.

"Aku bosanlah duduk sini. Banyak lagi kerja aku kat ofis tu."

"Sekarang kau dekat hospital, sayangku intan permata. Kau kena dengar cakap doktor. Jangan sia-siakan kerja keras 7-8 tahun kami ni. Dengar!" pipi Mareeya dicubit sedikit.

"Dr. Luth check kau kan?" Mimi sempat menyoal. Dia masih lagi tidak bertanya apa-apa mengenai hubungan Mardiyah dengan Luth kepada Mareeya. Malas nak ambil tahu tepi kain orang. Tapi dia tahu Luth lah lelaki yang buatkan 'superpower' Mareeya hilang.

Mareeya muka bosan bila dengar nama itu. Mimi duduk di tepi kaki Mareeya.

"Apa kaitan kau dengan dia sebenarnya eh?"

"Mana ada kaitan! Aku pun tak tahu kenapa vision aku boleh hilang time tengok dia." Mareeya ketap gigi. Bila diingat balik, eh geram pula.

"Kau memang tak nampak langsung apa-apa ke sekarang?" Mimi ingin kepastian.

"Nak kata nampak sangat tu taklah. Benda tak jelas. Macam filem rosak kau tau tak? Sikit-sikit aje aku nampak. And most of it, kabur. So memang aku takkan faham apa yang aku nampak. Aku takkan tahu apa yang betul-betul jadi kalau vision aku tak jelas."

Deja VuWhere stories live. Discover now