17

1.8K 87 4
                                    


Mimi baca carta di katil 14. Sekejap-sekejap matanya teralih pada katil 17 yang terletak di tepi tingkap. Gadis berusia 13 tahun terkulai layu dengan pelbagai tiub ditubuhnya. Telinga kanan berbalut kemas dek terkoyak.

Sejak remaja itu koma dua hari lepas, abangnya tidak pernah meninggalkan sisi si adik. Kalaupun waktu melawat sudah tamat, si abang akan sentiasa kelihatan samada di lobi hospital atau kaki lima. Quran tidak lepas dari tangan.

Pergerakan di hujung jari Shila buat Saiful tersentak. Lantas bacaanya terhenti.

"Adik?" panggil Saiful.

Bergerak lagi.

"Adik?!" sedikit keras suara Saiful. Mimi segera mendekati apabila menyedari keadaan itu.

"Ada apa yang saya boleh bantu?" tanya Mimi.

"Jari dia bergerak tadi." beritahu Saiful. Mimi segera mengeluarkan lampu suluh kecil dari kot putih dan menyuluh dalam anak mata Shila yang masih kaku.

"Hm. Itu tindak balas normal. Mungkin dia perlukan lebih masa. Doa banyak-banyak." Ujar Mimi.

"Berapa percent chance dia untuk sedar semula?" soal Saiful.

"50-50."

Saiful mengeluh. Hidup atau mati.

"Tapi dia nampak okay." Perlahan suara Saiful.

"Yup. Luka kat badan dia tak banyak sangat. But the damage dari dalam tu yang lebih kritikal. Hentakan kuat di kepala tu yang buatkan dia koma. Tapi kahak dalam tiub pernafasan dia dah berkurang. It's a great reaction." Meskipun dari hari pertama lagi sudah diberitahu kondisi Shila, Saiful masih tidak puas hati. Kenapa adik dia masih belum mahu sedar?

Tiub terpaksa dipasang ke tubuh Shila untuk bantu dari segi pernafasan. Hari pertama lagi tiub yang tersalur dipenuhi dengan kahak. Cuma hari ini tiub itu sedikit bersih.

Saiful mengangguk lemah.

Yang Mimi sedar, Shila tiada pengunjung lain selain Saiful. Tiada ibu bapa, atau adik-beradik lain. Mana mereka? Tidak perlu Mimi aju soalan itu.

MELIHATKAN progres ubah suai di dalam rumah Intan, wanita itu agak berpuas hati. Belum tahu hasil akhirnya bagaimana.

"Mar, Luth macam mana?" tanya Intan seraya menyedut just lobak merah.

"Okay aje rasanya." Senyum Mareeya nipis.

"Dia still ada nightmare?"

"Pasal nightmare tu, dia tak pernah cakap dengan Mar. So Mar kurang pasti kalau dia masih dapat mimpi ngeri atau tak. Cumanya dia dah jarang terjaga tengah malam. Setahu Mareeya la. Sebab kadang-kadang pun Mar tidur tak sedar apa jadi." Sengih Mareeya.

"Baguslah kalau macam tu."

"Akak nak masuk rumah ni next year kan?" Mareeya ubah topik.

"Aah. Sempat tak?"

"Sempat kalau takde masalah. Bilik air nak kena check balik sebab semalam dia orang cakap ada bocor."

Intan senyum merenung Mareeya yang begitu komitmen dengan kerjanya.

"Mar bahagia tak dengan Luth?"

Mareeya angkat kepala. Dia tak tahu jawapan betul untuk soalan itu apa. Dia angguk perlahan. Iye ke bahagia?

"Good. Akak harap Mar boleh faham jadual kerja dia. Sebab sesetengah orang tak boleh terima dengan orang yang selalu kerja aje. Kalau Mar bosan seorang kat rumah waktu Luth on call, Mar tidurlah rumah akak. Abang Shafiq memang jarang ada kat rumah. Kahwin dengan seafarer memang azab sikitlah."

Deja VuWhere stories live. Discover now