6

1.4K 69 7
                                    

Malek tolak daun pintu perlahan selepas mengetuknya. Kelihatan Mareeya masih di atas katil, dengan tidak mandinya, kusut-masai dan termenung panjang. Kain baju yang bersepah diatas lantai dikutip Malek. Susah juga eh jaga perempuan yang patah hati ni?

"Kak Mar dah makan?" tanya Malek.

Diam.

"Kak Mar tak mandi lagi ke ni?"

Diam.

"Kak. Oh kak." Panggil Malek lagi.

Tetap diam.

Malek merengus. Kalau aku dapat si Luqman ni, aku pulas-pulas kepala dia macam kepala skru. Berani dia buat kakak aku separuh hidup macam ni?

"Kak, pergilah mandi. Kejap lagi Malek teman akak hantar barang-barang ni semua." Ujar Malek. Mareeya masih sepi. Mareeya capai selimut dan kembali baring di atas katil. Sudah masuk ke tengah hari pun kakaknya masih belum mandi.

"Kak, kau nak aku mandikan kau ke?" Malek sedikit geram bila Mareeya tidak respon dengan kata-katanya.

Melihatkan Mareeya pejam mata, Malek ketap gigi. Dia capai baju pengantin yang digantung di hadapan pintu almari. Baju itu disarung dengan beg plastik hitam berzip. Hantaran yang berada di lantai disusun elok. Kaki hantaran dipusing hingga berpisah dengan piringnya. 'Mak ai, berat betul tembaga ni.'

Semua dulang dia masukkan ke dalam tong plastik. Hantaran yang sepatutnya menjadi milik Luqman dipindahkan ke biliknya. Tak mahu kakaknya lihat barangan itu.

"Kak, aku dah kemas semua benda. Bangunlah mandi cepat." Malek tarik selimut yang menutupi tubuh Mareeya.

"Kau jangan sampai aku angkat kau letak dalam bilik air." Gertak Malek.

Melihatkan Mareeya yang tidak peduli langsung, terus dia dukung tubuh kecil kakaknya. Ada manfaat juga kalau badan adik ni cukup gagah untuk mendukung si kakak.

Tuala ditarik dari balik pintu dan tubuh Mareeya diletakkan di dalam bilik air.

"Kau mandi cepat. Kalau aku kira 10 minit kau masih tak keluar bilik air, aku sendiri yang akan jirus kau." Pintu bilik air ditarik dari luar. 'Payah betul ada kakak macam ni.'

"Kak Mar okay tak?" tanya Puan Siti.

"Macam mayat hidup ha. Malek nak letak barang dalam kereta kejap. Kalau dah 10 minit, tapi kakak tak keluar lagi, mama panggil Malek." Beritahu Malek.

"I DAH divorce." Beritahu Mardiyah. Wanita itu memandang tepat ke arah wajah Luth. Dia ingin lihat perubahan mimik muka lelaki itu. Tapi hampa. Sikit pun muka Luth tidak beriak.

"Oh. Sorry."

"Sorry? Takde apa yang perlu di-sorry kan. I buat keputusan ni sebab I still tak boleh move on dari you." Mardiyah berterus-terang. Buat apa nak disimpan-simpan. Sebab dia pasti apa yang inginkan.

Terjungkit kedua belah kening Luth.

"You got kids?" soal Luth.

"Yes. Two."

"Then what the hell dengan tak boleh move on dari I?"

"Luth, I still sayangkan you. Dulu I tak sabar. I insecure. Sebab tu I ambil keputusan paling bodoh yang pernah I buat dalam hidup I."

Deja VuDonde viven las historias. Descúbrelo ahora