8

1.3K 63 0
                                    

(9 tahun lepas)...

Luth terkejut apabila namanya tersenarai dalam salah satu misi kemanusiaan yang dia mohon enam bulan lepas. Bibirnya melebar hingga ke telinga. Sudah lama dia persiapkan diri untuk misi ini. Misi ini akan mengambil masa hampir setahun.

Luth berfikir sejenak. Rancangnya nak memujuk Mardiyah selepas dua bulan tidak berhubung sejak perpisahan mereka.

'Dua bulan break up baru nak pujuk, Luth?'

Bukan apa, dia sibuk dengan kelas dan pelajarannya. Dia sedikit tenang diberi masa untuk menyelesaikan tugasannya semester ini.

Tapi dia silap. Nombor Mardiyah didail setelah sekian lama dia tak mencari nama itu di senarai nama di dalam telefonnya.

Untuk beberapa saat kemudian, talian berjawab dengan sisa gelak-ketawa.

"Hello?" sapa suara Mardiyah.

"Addy."

Mendengarkan suara itu, senyum Mardiyah terus mati. Dingin suaranya tiba-tiba.

"Kenapa? You nak apa?"

"I.. I nak minta maaf pasal hari tu."

"Hari yang mana eh?" sengaja Mardiyah menguji kesabaran Luth.

"Yang pasal break-up tu. I should call you sooner."

"Yeah." Mardiyah menjeling malas sambil mencekak pinggang.

"I tak patut agree dengan break-up tu. Can we just.. berbaik balik?" tanya Luth.

"And then?"

"And then? Kita macam biasa balik lah." Bicara Luth.

"Kahwin?"

"Addy yang tu.. I kena postpone another year."

"Why?"

"I ada misi kemanusiaan for.."

Tawa Mardiyah terus meledak kuat. "Seriously, Luth? You call I sebab nak baik balik. But then you cakap you kena postponed kahwin sebab you ada mission blablabla?"

"I really love you, Addy. I just nak you dengan I."

"And biarkan I tunggu you lama-lama? You don't care about my insecurities, Luth."

"Takde apa yang you perlu takut pun, Addy. I takkan.."

"Blablabla. I malas nak dengar. Cakap mulut takde makna without effort, Luth. I'm just gonna go. Goodluck on your mission." Talian diputuskan Mardiyah. Luth hela nafas lemah.

Keras sungguh hati Mardiyah.

Luth berfikir lama tentang ini. Sampai dengan Kak Intan pun dia tanya. Akhirnya selepas sebulan berfikir, Luth ambil keputusan nekad.

Dia melangkah menuju ke bilik penyelia. Menghulurkan surat rasmi tentang penarikan dirinya daripada misi yang sudah lama dia mohon itu.

"Are you really sure, Luth? Cuz you told me before, you really want this." Dr. Azhar ragu-ragu dengan keputusan jitu Luth.

"Ada benda yang lebih penting untuk I kejar." Senyum Luth melebar.

Deja VuWhere stories live. Discover now