13

1.4K 66 0
                                    

Mardiyah menanti dengan penuh sabar. Seperti yang dijanjikan Luth, mereka akan bertemu. Bukan mudah untuk pujuk lelaki ini untuk berjumpa. Kali ini, Luth sendiri yang menghubunginya untuk atur masa dan tempat berjumpa.

Mardiyah cabut cincin kahwinnya. Meskipun sudah beberapa bulan berpisah dengan suaminya, tapi dia masih memakai cincin itu. Cuma setiap kali dia berjumpa dengan Luth, cincin itu akan dia simpan ke dalam beg tangan.

"Hai." Sapa Luth perlahan sebelum mengambil tempat di hadapan Mardiyah.

"Hai!" Mardiyah sedikit teruja dengan ketibaan Luth. Bibirnya tersenyum-senyum merasa lega meskipu Luth lambat setengah jam!

"So.. aa." Mardiyah tiba-tiba jadi kelu.

Luth memandang Mardiyah lama. Dia perlu lupakan kenangan lama. Dia perlu buang segala rasa benci dan tidak puas hatinya terhadap wanita di hadapan ini. Ini masanya dia perlu betul-betul menerima ketentuan Qada dan Qadar.

"How's your kid?" tanya Luth bagi memecah ais yang jadi dinding dingin mereka.

"Amazing! Aa.. great! Er.. g-g-good." Dek kerana teruja, Mardiyah tidak tahu apa yang dia cuba tunjukkan pada Luth.

"Good." Luth senyum nipis. Mardiyah telan air liur.

"And you? Sihat?"

"Alhamdullilah. Never been better."

Mardiyah mengangguk-angguk.

"I setuju untuk jumpa you sebab nak dengar apa yang you nak suarakan. Let it all out today." Kata Luth. Mardiyah gigit bibir bawah. Dia tarik nafas dalam-dalam.

"Okay. Luth.. I minta maaf dengan apa yang I buat kat you. Dan I menyesal dengan apa yang I buat. I thought happiness can easily be switched. Tapi I salah. Hati I tak pernah berubah. I usaha untuk lupakan you, tapi I tak boleh. Baik macam mana pun ex-husband I pada I, I tetap tak boleh nak sayangkan dia macam mana I sayangkan you."

Luth hanya mendengar. Tidak membalas sepatah kata pun. Dia masih tenang di bangkunya.

"I nak kita yang dulu. I tahu you sayangkan I. I tahu you sentiasa sayangkan I. Sentiasa ada ruang untuk I dalam hati you. Please, just let me in. Kita boleh bahagia macam dulu, Luth. You ingat tak macam mana kita boleh kenal? Macam mana kita struggle untuk make this relationship works? I sayangkan you. More than my own life." Air mata Mardiyah menitik. Tapi sedikit pun ia tidak mengusik jiwa Luth.

"Done? Boleh I cakap?" tanya Luth.

Mardiyah terkejut. Selalunya Luth memang tak boleh tengok dia menangis. Hati lelaki itu terlalu rapuh untuk air matanya. 'Takkan Luth betul-betul dah move on?'

"Jujur, I pernah berfikiran sama dengan you. I rasa kalau kita try harder, we can make this possible. Sebab I dah sacrifice banyak benda untuk you. Ada yang you nampak, ada yang you tak nampak. Tapi I memang ada berkorban untuk you. A lot. I tak nak pengorbanan I ni jadi sia-sia. Yes true, I tunggu you. Hoping for your divorce in your early marriage. And true, I tak bagi sesiapa ganti tempat you cuz I thought you're irreplaceable. I marah sangat dengan you bila you decide untuk tinggalkan I. I patched my heart on my own. Tahun demi tahun, I ingat I kuat. The moment, kita jumpa balik.. I tahu I tak ready for this kind of surprise. I even pernah terfikir untuk just stay single sampai mati. Tapi Addy, Allah is Great. Walaupun dah bertahun I cuba move on dan gagal, tapi Allah make it possible for just in few months."

Deja VuWhere stories live. Discover now