BAB 6: RESORT CEMPAKA

4.8K 211 34
                                    

R A C H E L L A

"Bangunlah tu!" Saya ambil bantal terus baling arah kepala dia. Mau jam 12 sudah pun masih kegutan. Mentang-mentang cuti.

Dia bangun terus tengok arah saya. Rambut macam sarang burung.

"Jam berapa sudah?" Dia soal. Dia menggeliat sikit sebelum berdiri dan buat regangan. Ada juga la otot sikit.

"Mau jam 12 sudah ni. Jam berapa jalan?" Saya soal. Panik terus dia bah. Terus dia lari pg mandi.

Saya hampiri meja makeup dan duduk di kerusi. Hmm mungkin cantik kalau saya pakai rantai. Saya buka salah satu laci.

Secara nda sengaja saya terbuka laci tempat saya simpan cincin kahwin kami. Saya capai itu kotak hitam dan buka. Cantik ni cincin. Si cikgu selalu pakai tapi saya pula nda.

Saya tenung itu cincin. Kalau saya pakai ni, maknanya saya terima kenyataan yang zaman remaja saya akan berbeza dari kawan-kawan yang lain.

Ia juga bermakna yang saya terima kenyataan yang saya ni sudah berkahwin. Saya nda dapat pg blind date... enjoy sorang-sorang. Tapi...

- flashback -

"Chel, berkahwin nda bermakna zaman enjoy kau sudah tamat." Bilang Cikgu Jane, guru kaunsaler di sekolah. Dia panggil saya pg pejabat dia sebab dia risau mungkin saya nda dapat terima kenyataan yang cikgu saya adalah husband saya.

Dia pegang tangan saya dan senyum lembut.

"Bercinta lepas kahwin la siok. Kenapa? Sebab kamu bebas sudah. Mana ada lagi yang membawang pasal kamu kalau kamu pegang tangan ka, kiss ka. Yang itu ka." Cikgu kenyit mata terus ketawa.

"Ish cikgu bah!" Macam panas muka saya sebab malu. Entah kenapa hahaha.

"Betullah. Kalau kamu dua manusia biasa, akan terjadi juga. Cuma masa sahaja yang menentukannya. Ingat nasihat cikgu, Cikgu Azhar memang baik. Cuba terima dia. Buka hati kau yang sudah berkerak tu. Nescaya kau akan bahagia." Macam cikgu baca karangan saja. Saya angguk kepala tanda faham.

- end flashback -

Saya sarung tu cincin di jari manis saya. Cantik macam cincin ni wujud untuk saya saja.

Senyuman automatik terukir di bibir saya tapi kejap saja pudar balik.

- flashback -

"Muda lagi pun begitu sudah perangai." Anti cleaner bilang.

Saya baru mau keluar dari tandas, tapi bila dengar nama cikgu kena mention... automatik kaki saya berhenti. Saya diam membisu.

"Betul. Mustahillah Cikgu Azhar diam saja masa tu. Mungkin ni murid yang gete pg rumah dia." Anti cleaner 2 bilang. Saya? Gete?

"Ada lagi yang cakap dia sengaja pakai baju seksi. Minta kena rogol kali."

Sabar Rachella. Sabar.

"Kalau anak saya tu, lama sudah saya buang. Tapi sayang saya nda boleh bagi zuriat dengan suami saya."

Memang padan pun. Kesian kehidupan anak kau nanti. Entah-entah mewarisi mulut bawang kau tu. Sakit hati saya.

###

Masa saya pg kantin, banyak mata memandang. Ada yang berbisik. Kenapa kalau gosip cepat betul tersebar?

"Kau tau ka yang dia ni pernah berherm sama guru lain. Mungkin dia sengaja target Cikgu Azhar." Pelajar entah tingkatan berapa berbisik sesama diorang sambil tengok saya. Saya buat-buat nda layan ja.

"Eee diam kau. Dia dengar juga." Kawan dia siku perut dia. Saya tengok arah diorang terus senyum.

"Semoga kamu bahagia." Saya bilang terus saya jalan. Batal niat mau membeli makanan.

Cikgu Math Husband Aku✔حيث تعيش القصص. اكتشف الآن