SEMI FINAL

3.4K 210 28
                                    

-1 minggu berlalu -

R A C H E L L A

Si Lia sampai sekarang nda contact saya. Last dia contact, beberapa jam sebelum diorang mula operasi menangkap dalang yang menyebabkan huru-hara dalam kehidupan saya dan Azhar.

"Sayang?" Si Azhar genggam lembut tangan saya. Dia masih buta. Seminggu berlalu sejak si Azhar sedar. Kalau saya pg sekolah, saya bawa juga dia. Bukan apa, tiada yang mau jaga dia di rumah bah.

Selama itu juga saya tau kebenaran yang mama saya kena bunuh oleh si Red. Saya cuba berlagak kuat di depan si Azhar. Saya nda mau tambah buat dia risau lagi.

"Ya, bang?" Saya tengok ke arah dia. Walaupun mata kami tidak bertentangan, saya tau yang dia sedang melihat saya dari hati dia. Chewaaa!

Dia senyum lembut terus geleng kepala.

"Saja mau dengar suara kau." Dia bilang. Ish dia ni!

Saya buka genggaman tangan kiri dia kejap terus cepat-cepat saya pg check air yang saya kumpul di dalam kamar mandi. Selepas saya pastikan yang suhu dan level air betul sudah, saya pg tempat dia balik.

Saya tolong dia duduk di atas kerusi tolak. Dia bukan mandi satu badan. Lap apa yang patut saja hehehe. Saya tolong dia basuh muka, berus gigi dan lain-lain lagi. Sebab itu tugas seorang isteri yang bagus kan?

Lepas tu saya kasi bedak-bedak la baru tambah wangi lagi.

"Jangan kasi pakai lipstick ah." Dia bilang.

"Nda juga. Tapi kalau ya pun, kenapa juga?" Saya bilang terus ketawa. Dia mengeluh. Saya senyum saturang.

Lepas mandi, saya bawa dia pg ruang tamu. Cepat-cepat saya lari pg dapur dan ambil makanan untuk dia. Selepas tu, saya pg ruang tamu balik dan suap dia makan.

"Sorry sebab menyusahkan." Dia bilang. Saya cubit tangan kiri dia terus dia mengadu sakit. Saya belum kasi tau dia yang sebenarnya saya keguguran dulu.

"Ini tanggungjawab sayang. Jangan mengada-ngada." Saya bilang terus dia senyum. Saya sambung lagi suap dia makan.

####

Saya terbangun tengah malam. Saya check si Azhar. Dia masih tidur lena. Ngamlah tu. Saya baring balik di sebelah dia.

Saya harap semua masalah selesai sebelum tamat SPM saya. Saya betul-betul hidup dengan aman. Air mata mula bertakung di mata. Saya cepat-cepat lap. Saya mesti kuat!

Saya baring menghadap Azhar. Pelan-pelan saya dibuai mimpi semula.

  - skip-

Keesokannya saya bangun bila saya terdengar suara si Azhar memanggil saya. Dia mau pg tandas. Lepas tu saya mulakan rutin menjaga dia. Mandi, tukar baju dan makan. Untung hari ni tiada paper percubaan saya jadi pihak sekolah kasi benar untuk nda datang ke sekolah.

####

  - 2 minggu berlalu -

Ding dong!

"Bang, kejap ah." Saya bilang terus dia angguk. Saya lari pg depan rumah dan buka pintu masuk. Di depan rumah, si Lia dan geng dia.

Belum sempat saya soal terus dia peluk saya. Selang beberapa saat kemudian, dia kasi lerai. Senyuman terukir di bibir dia.

"Semuanya selesai sudah." Dia bilang. Saya tengok member dia yang lain. Ada luka sikit di badan diorang tapi nda teruk sangat. Diorang angguk kepala. Saya terus peluk si Liana.

"Thank you!" Saya bilang. Saya nda mau tanya apa diorang buat dengan si Red. Saya takut bila saya tanya, dapat jawapan yang bikin ngeri pula. Saya kasi lerai balik pelukan saya.

Saya jemput diorang masuk. Terus meriah keadaan di rumah. Sebab selama ni kami dua saja. Si Liana tolong saya jaga si Azhar. Si Azhar pun nampak lebih ceria. Lepas makan, saya dengan si Liana kemas dapur sama-sama.

"Tahniah." Dia bilang. Saya berpaling ke arah dia. "Kau tau ka, ada segelintir isteri nda mampu buat macam apa yang kau buat sekarang. Diorang lebih rela tinggalkan suami diorang dari menjaga."

Saya senyum malu-malu. Saya percaya dengan cakap dia. Saya bukanlah jenis yang suka ambil kesempatan atas kesempitan. Saya juga tau yang kalau boleh si Azhar pun nda mau jadi macam ni.

Dari dapur saya boleh dengar gelak ketawa si Azhar dengan kawan-kawan si Liana. Tiba-tiba si Liana berhenti membasuh pinggan. Dia berpaling ke arah saya.

"Dia boleh nampak sudah?" Dia soal. Saya geleng kepala dengan senyuman sedih. Dia angguk kepala tanda faham.

Kami sambung buat kerja masing-masing. Keadaan senyap tapi tidaklah senyap yang kekok. Lepas siap buat kerja, kami join yang  lain di ruang tamu. Entah kenapa bila kami muncul, diorang cepat-cepat membetulkan posisi masing-masing. Kecuali si Azhar la sebab dia mana boleh bergerak hehehehe. Macam diorang cuba sorokkan sesuatu. Siap senyum-senyum kambing lagi.

"Mana kopi?" Si Alpha soal.

"Kopi kepala hotak kau. Pergi la buat sendiri." Kasar cara si Liana balas. Siap menjelir lagi lidah sama si Alpha. Si Alpha ketawa terbahak-bahak. "Gila." Liana bisik tapi saya dengar juga.

Kami luangkan masa dengan bercerita dan bergelak ketawa. Si Liana kasi cerita kisah si Azhar makan rumput. Yes, makan rumput. Dia ingat itu sayur. Malu si Azhar tau.

"Akak!!" Si Azhar mula merajuk.

"Ya la. Main-main je kot." Si Liana bilang. Pancang muncung si Azhar. Comel pula hehehe.

####

Keesokannya saya pg sekolah tanpa rasa risau. Si Liana yang jaga si Azhar hari ni. Hari ni last paper saya iaitu sains sukan.

"Aik? Mana husband kau?" Cikgu Mun soal.

"Dia di rumah. Kakak dia tolong saya jaga. Kenapa cikgu?" Saya jawab soalan dia.

"Ohh. Saja be tanya. Selalu ada dia. Ermm jawab ne paper betul-betul ah. Kau selalu tinggi markah sains sukan. Awas kalau dapat rendah." Cikgu Mun sempat lagi mengugut sebelum jalan. Bila cikgu mention pasal markah, saya rindu pula si Tasha. Selalunya dia la saingan saya. Tapi sekarang... semoga roh dia tenang di alam lain. Amin.

####

  - 1 bulan lebih berlalu -

Dalam masa 1 minggu lagi, SPM bakal menjelang. Tangan kanan si Azhar pun sembuh sudah kecuali kaki dia. Menurut doktor, mungkin pertengahan atau hujung bulan november baru sembuh sepenuhnya. Penglihatan dia juga masih belum sembuh.

"Sayang pg juga dinner form 5 malam ni?" Dia soal.

"Ya. Sebab sayang bertugas sebagai MC." Saya bilang. Terkejut juga la bila saya kena bagi tugas MC. Sebab selalunya budak aliran sains yang kena bagi.

"Ohh. Jangan risau. Ada juga si Liana." Dia bilang sambil senyum. Saya cium pipi dia terus saya ketawa kecil. Dia pun senyum.

####

A Z H A R

"Az! Dah siap ke belum?" Si Liana soal dari luar. Saya jerit sudah dari dalam bilik. Dia masuk dan tengok saya.

"Wuuu hensem adik I ni." Dia kenyit mata. Dia mendekati saya. Selepas si Rachella jalan, terus kami bersiap dengan plan kami.

"Mestilah." Saya balas kenyit mata sama dia. Penglihatan saya sebenarnya lama sudah datang balik, mau 2 minggu sudah tapi saya sengaja berlakon jadi buta. Nanti rosak plan hehehe.

"Dahlah. Cepat sikit. Kang lambat haaa."

"Ye la, akak." Saya jawab. Kotak kecil hitam yang terletak di depan saya, saya capai dan buka. Automatik saya senyum. Harap plan saya menjadi.

Cikgu Math Husband Aku✔Where stories live. Discover now