16

229 37 2
                                    

"ahjumma Tedi bey nampak lagi lawa la."

kalau budak cakap jujur, memang jujurlah kata-kata dia. Chorong dah membahang di dalam kereta Taehyung.

"gumawo sebab sudi makan dengan kami." Taehyung memecahkan suasana yang sunyi. Hyunwoo dibelakang sudah terlena.

"saya pun nak berterima kasih sebab encik belanja saya makan." Chorong kawal malunya. "ah saya berterima kasih lagi, sebab hantarkan saya balik."
tambah gadis itu. Taehyung mengangguk meng-iakan

dan keadaan kembali sepi.

"awak tahu."

"n-nae?"

Taehyung tersengih. Chorong semakin malu. Aduih cover please. "awak tahu kenapa saya tak marah awak? kenapa saya tak marah Hyun bila dia dengan awak?"

"aah la saya pun nak tahu juga. Kenapa ye ? tadi masa makan nak tanya tapi lapar sangat sampai tak sempat nak tanya." Chorong garu tengkuknya yang tidak gatal.

"hari ni, sebenarnya saya kerja dan sekarang waktu saya balik. Tapi disebabkan Hyun demam saya mc. Siapa lagi nak jaga dia? kakak-kakak Hyun sekolah. Saya gembira , selera dia kembali dia tersenyum untuk hari ni lagi dan juga suhu badan dia sudah turun. "

Chorong diam. Hanya meng-ohkan saja di dalam hati. Dia tertanya, mak Hyun mana? kenapa si bapa yang kena jaga?

"Hyunwoo demam?" soal Chorong kerana Taehyung bercakap tentang suhu badan tadi. Lelaki itu mengangguk.

"saya berterima kasih sangat. Sejak hari tu awak selamatkan anak saya, dia kembali tersenyum, ketawa yang sememangnya dia terhibur betul. Dan hari ni , keajaiban berlaku bila dia berjumpa awak lagi. Semua disebabkan awak."

"apa? saya? kenapa saya? saya tak buat apa--"

"Hyunwoo... dia rindukan omma dia. Begitu juga kakak-kakaknya dan saya. Kami rindukan dia. Semenjak isteri saya pergi sebab kanser payudara, kami melayan perasaan sendiri. Tapi sekejap saja bila Seorin , anak pertama saya mengawal suasana . Tapi bagi Hyun..Masa tu, dia baru 2 tahun. Hyun paling rapat dan manja dengan omma dia. Saya tak jangka dia akan murung . Sepanjang  dia kesepian, walaupun kami ada untuk dia.. Hyun tak banyak cakap, tak ketawa, dan kerap tidur..Dan semalam baru saya nampak kegembiraan anak saya kembali. Semua disebabkan awak."

Chorong taktahu nak respon apa. Sama ada tercengang atau sedih. Takkan la sebab aku budak tu normal balik?

"n-nae nae..sama-sama."

Taehyung tarik brek kereta. Chorong membuka tali pinggang lalu keluar dari perut kereta.

"Terima kasih." Dia menunduk kepada lelaki dihadapannya.Kemudian mengatur langkah pergi.
"sekejap!!" Chorong menoleh kembali tatkala dirinya ditahan.

"ye?"

"nama awak. Saya taktahu lagi nama awak..teddy bear. . ."

tersengih Chorong kerana dirinya digelar kostum yang selalu dipakainya itu.

"name's given, Park Chorong."

(h) what am I to you? Where stories live. Discover now