26

208 28 10
                                    

"appa ! tolong berhenti!"

Seorin cuba menahan pergerakan ganas ayahnya namun gagal kerana Taehyung semakin agresif.

"aku pantang kalau seseorang tu lukai orang yang aku sayang! kau faham tak?!"

"appa!" Dalbin dan Hyunwoo menjerit serentak. Mereka mendekati Taehyung.

Chorong sudah menapak di situ tetapi terlalu ramai orang. "maafkan saya, boleh beri saya ruang..."

kawan-kawan Jimin mampu melihat sahaja.Takut mahu mencelah di antara pergaduhan itu.

"appa cukuplah!"

Chorong tak putus asa mahu mencelah di antara ramai orang di situ berkumpul.

darah menitik di hidung Jimin . Di wajah Taehyung tiada kesan lebam kerana lelaki itu tidak membalas tumbukan Taehyung.

"last warning, kau perlu minta maaf pada anak-anak aku. "

"shireo, ahjushii. ."

Taehyung menggengam tangannya lalu dihayunkan akan tetapi terhenti kerana

"berhenti!!!"

Suara lantang seorang gadis yang tidak berapa jauh dari mereka. Seorin dan adik beradiknya memandang serentak ke arah siapa yang menjerit itu.

Chorong berlari mendapatkan adik lelakinya. Taehyung di situ terkejut dengan kehadiran teddy bear, hanya membiarkan Chorong menolong Jimin.

"Apa yang awak dah buat ni encik.."

"Jimin. ." mata Chorong membahang. Darah di hidung adiknya dan juga lebam di permukaan wajah Jimin membuatkan Chorong juga terluka.

"a-apa awak buat dekat sini Chorong?.."

"Jimin? jimin bangun!" Lelaki dihentam itu, jatuh pengsan di pangkuan kakaknya.

"encik dah melampau..saya tak sangka encik seganas ni. "

rakan-rakan Jimin datang membantu Chorong untuk mempapah Jimin.

"kalau adik saya mati. Encik saya cari dulu."

Chorong berjalan mengikuti langkah rakan rakan Jimin.

Taehyung di situ terkedu. Tak sangka orang yang dia pukul adalah adik kepada Teddy bear.

"ahjumma edi bey.." Hyunwoo berjalan mahu mengikuti langkah Chorong tetapi Taehyung menghalang.

"mari balik."

--

Tuan Park berlari mencari bilik di mana Jimin di masukkan.

Bilik 013
- Park Jimin.

Pintu bilik di tarik, dan terlihat anak-anaknya berada di dalam. Chorong sedang merenung Jimin di atas katil sambil mengusap tangan adiknya. Tuan Park datang mendekati katil.

"macam mana boleh jadi ni?"

"papa.."

"cakap dengan papa siapa yang buat dekat adik kamu?"

Chorong tak menjawab malah dia menangis. Menangis di pelukan ayahnya.

"nak..kenapa dengan adik kamu"

  --

Seorin merenung frame gambar mendiang ibunya, Seo Jihye. Dia berasa kecewa dengan sikap ayahnya siang tadi.

Seorin buat sesi mengadu.

"omma, Rin takut. Rin takut kalau appa jadi lebih ganas. Sifat raksasa dia datang lagi. Omma , siapa akan tolong kami... "

frame itu dipeluk erat. Seorin menangis, merindui mendiang ibunya.

"bogoshipeo."

Bunyi pintu terbuka, Dalbin masuk setelah selesai menidurkan Hyunwoo.

"unnie tak tidur lagi?"

"kau rasa lega lepas appa dah selesaikan masalah ni? kau patut pujuk appa untuk selesaikan dengan cara baik. Sekarang, kita yang perlu minta maaf."  ujar Seorin bersama nada tangisannya.

"ini pun bukan apa yang Bin nak. Aku taktahu pula appa jadi serius teruk."

"aku tak sangka, orang yang buat kau dan Hyun tercedera tanpa sengaja adalah adik kepada orang yg kita kenal, Ahjumma. Kau nampak betapa sayangnya makcik kepada adik dia bila makcik takut adik dia sudah rebah? jangan sebab appa, adik dia pergi. Aku taknak Bin."

"tapi betul apa tindakan ap-"

"kau jangan tutup hati kau Kim Dalbin! kau lupa pesan omma? buat baik dengan orang, biar orang jahat dengan kita tapi kita balas dengan kemanisan. Itu akan buatkan kebahagiaan. " 

Seorin mengatur nafas. Terasa sesak dan sakit di dada. Ubat penenang di ambil dari dalam laci, lalu dihembuskan ke dalam mulut.

penyakit asma Seorin datang.

"esok , aku akan cari dimana lelaki tu berada. Aku nak jumpa makcik , minta maaf."

"kau nak ikut?"

(h) what am I to you? Where stories live. Discover now