surat buat suami

559 69 8
                                    



25 Jun.

To,
dear Husband Kim.

-saya tahu bila awak baca surat ini. Saya dah pergi tinggalkan awak dan anak-anak. Jauh dari tempat ni dan takkan pulang semula. Wahai suami, maafkan khilaf dan salah saya sepanjang 8 tahun kita berkahwin. Andai salah kata minta ampun dosa mulut ini. Andai awak pernah rasa saya jahat, itu adalah kehinaan saya. Maafkan saya , sayang.

Maafkan saya juga sebab merahsiakan penyakit saya yang saya pendam selama ni. Apa sebab, saya taknak awak risau. Bila awak risau, Anak-anak diabaikan. Lagi-lagi Hyun. Pesan saya, jadilah bapa yang prihatin dan pegang tanggungjawab sebagai seorang bapa. Jadilah pembimbing yg baik untuk mereka di hari akan datang. Jaga makan minum, Didik Seorin menjadi kakak dan anak yg berbakti kepada awak. Ajar tutur kata Dalbin dengan perkataan yang sopan dan baik. Gembirakanlah Hyun dan kakak-kakaknya sebagaimana kita gembira dulu.

sayang, andai kata mereka mahukan ibu baru ,kahwinlah. Saya izinkan dari awal. Mereka perlukan kasih sayang seorang ibu. Hyun, baru saja 2 tahun bersama saya. Tak lama, baru 2 tahun dia merasa kasih sayang seorang ibu. Saya tahu jodoh saya dengan awak tak panjang.

Saya betul-betul maksudnya. Maafkan saya sekali lagi kerana berahsia. Saya tahu akhirnya awak dan anak-anak akan tahu pengorbanan saya menghadap penyakit kanser payudara ini.Doktor kata, nyawa saya seperti nyawa dihujung tanduk. Masa tu, saya sudah tahap 4. Dan saya tak letak harapan saya akan selamat jika buat pembedahan.

mula-mula memang saya tak boleh terima semua ni. Kenapa tuhan turunkan ujian pada saya seberat macam ni. Saya risau , macam mana nak besarkan anak-anak. Bahagia ke suami dan anak-anak nanti kalau salah seorang ahli keluarga dia pergi. Tapi saya ketepikan perasaan tu. saya rela dan saya tahu saya akan pergi.

Kim Taehyung, sekali lagi kalau awak nak beri kebahagiaan kepada anak anak saya izinkan awak kahwin lagi. Untuk hubungan yg sah, demi saya demi anak-anak.

I love you.

si dungu,
Seo Jihye.

(h) what am I to you? Where stories live. Discover now