22

216 38 8
                                    

Taehyung pasang wajah dingin. Satu persatu wajah anak-anaknya dipandang.

"kenapa Dalbin cedera? kenapa Hyun ada luka dekat siku? Jawab Seorin sebelum siku appa hinggap dekat wajah kamu."
Ujar Taehyung datar. Dia serius dan tak main-main dengan kata-katanya.

"appa sebenarnya-"

"diam Dalbin. Appa tengah bercakap dengan kakak kamu. Hyun juga, jangan masuk campur."

"semalam.." Seorin mula bersuara bersama suaranya bergetar. Kalau Taehyung dah marah, dunia mereka menjadi mendung.

"apa semalam? cakap sampai habis dan terang. Kalau-kalau appa dapat bantu kamu. "

"semalam kami.. semalam.."

"semalam apa Kim Seorin." Nada Taehyung semakin naik. Masing-masing menundukkan wajah. Taknak pandang muka bengis ayah mereka.

"semalam kami main dekat taman yang ramai permainan remaja. Bawa la sekali Hyunwoo sebab takut dia bosan. Lagipun ditinggalkan nanti Hyun masih kecil. Masa hampir kami mahu pulang tu, Hyun dengan Dalbin terjatuh sebab-"

"mana kamu pergi bila adik-adik kamu cedera? jatuh? sebab? Kamu biarkan mereka main apa sampai cedera?!"

"appa.."

"diam Hyun! cakap Seorin, walaupun luka kecil tapi risau appa terlalu besar! "

"masa tu Rin pergi kedai nak beli.."

"kalau nak pergi kedai, ajak sekali adik-adik kamu! susah sangat?!" Taehyung menengking. Adik bongsu mereka sudah menangis. Takut akan nada tinggi dan amarah bapanya.

"appa."

"Diam Dalbin."

"tak , Dalbin kena cakap juga."

"tak faham bahasa atau arahan?"

"Sepatutnya appa marah Dalbin bukan Seorin unnie."

pap! satu hayunan rotan hinggap di kaki Dalbin. Walaupun satu, namun padu.

"appa. . arh.."

"degil. Okay appa akan marah kamu memandangkan itu permintaan kamu."

"anyi, appa salah Rin semua ni."

"Kali ni Seorin pula diam. Kalau taknak kena macam adik kamu. Dalbin , sambung."

"appa benti la." suara pujuk Hyunwoo menyentakkan hati seorang bapa itu. Dengan tangisan kecil budak berumur 4 tahun itu.

Hati Taehyung menjadi lembut sedikit.
Namun dia tetap perlu menjalan tugas sebagai ayah dalam keluarga.

Tegas.

ye, dia perlu tegas.

"Semalam Bin dengan Hyun duduk bangku taman. Bin cuma lihat suasana taman dan taktahu pula Hyun bosan sampai dia berjalan-jalan. "

"lepas tu? Hyun hilang?"

"tak..cuma Hyun berjalan di kawasan tempat mereka yang main papan luncur. Bin yg salah sebab tak prihatin. Hyun hampir dilanggar dengan seorang laki ni main papan luncur. Tapi sempat Bin ambil Hyun dari dilanggar."

Taehyung pejam mata. Hidung dan telinganya kemerahan tanda kemarahan dia naik. Taehyung menghela nafas. Rasa sesak . Dalbin melihat perilakuan ayahnya terdiam

"Sambung."

"lepastu kami jatuh dan itu buatkan kami tercedera. Lelaki tu pun jatuh juga."

"siapa dia? dia minta maaf tak?"

Dalbin menggeleng. Seorin dah rasa aura tak bagus datang dari ayahnya. "appa nak jumpa dia."

"appa tak payah lah. Benda dah berlalu." Seorin meraih lengan ayahnya. Cuba menghalang.

"kalau pasu bunga pemberian omma pada kamu tu pecah. Lepastu si dalang tu taknak minta maaf, kamu sedih dan marah tak? itulah perasaan appa sekarang. Dia tak beradab pada Dalbin dan Hyun. Petang nanti bawa appa pergi ke taman"

fight begin.

(h) what am I to you? Where stories live. Discover now