18

230 39 4
                                    

"selamat pagi."

"pagi." Taehyung datang ke pejabat dengan senyuman ikhlas dan dihadiahkan kepada mereka yang dia terserempak.

"Wui ada bapak orang dalam kegembiraan. Macam baru dapat bulan." kedengaran suara perli Hoseok dari arah belakang. Taehyung sekadar tersengih mendengar.

"anyi, anak aku happy aku happy lah. Apa salah ke?"

"yeke? tapi kau senyum senyum ni macam senyum sebab perempuan."

"eh mana ada hyung." Hoseok sedaya upaya mahu mengorek disebalik senyuman rakan sekerjanya. "hmm aku tak kisah la Tae. Yang penting kau bahagia dapatkan mak baru untuk anak-anak kau. Oh dan jangan kau senyum sebab 'buah hati' aku eh."

Buah Hati. Kali ni Taehyung tergelak . "maksud hyung, Cik Lee? tenang hyung. Tae bukan perampas. Tae takde perasaan la dekat dia walaupun dia cantik. Tapi lagi cantik teddy bear tu.."

Bayangan wajah Chorong bermain di layar minda lelaki itu. "wow kau baru je puji buah hati aku. Wey, aku sorang je boleh puji!" Bentak Hoseok. Kawan sekerja yg berada berdekatan meja dengannya hanya memerhati sambil menggeleng. Nasib dia tak terlepas cakap.

"suka hati kau la hyung. Aku tetap tak suka dia. Itu je kau perlu tahu hyung."

Taehyung menyambung kerja. Dia tak suka sesiapa mahupun Chorong. Dia sukakan sifat keibuan dan kanak-kanak gadis itu saja. Taehyung sangat berterima kasih dengannya kerana dia , Hyunwoo dapat kegembiraannya semula.

--

Seorin dan Dalbin keluar ke taman di petang hari bersama Hyunwoo. Kedua mereka memimpin tangan kecil adiknya.

"yeyy yey taman!! nanti Hyun dapat jumpa ahjumma edi bey tu kan?"

"maksud Hyun?"

"nuna lupa ker?" Seorin dan Dalbin cuba mengimbas. "oh yg haritu buat Hyun gelak ke? rasanya ahjumma tu takde kat sinilah. Ni taman lain. Yang kelmarin taman ramai budak-budak dan tak banyak permainan remaja. " ujar Seorin. Hyunwoo bertukar wajah mencebik. Sudah rasa happy budak kecil ini hilang.

"kenapa saeng suka perempuan tu? biasa je nuna tengok. " Dalbin pula bersuara. Seorin berdecit tanda menjaga percakapan. "ahjumma edi bey macam omma. Bila Hyun jumpa ahjumma, Hyun gembira angat. Macam Hyun bersama dengan omma." Seorin mendengar keterangan adik bongsunya tersentak. Kata-kata Hyunwoo selalunya jujur.

Kim Seorin tertanya-tanya juga. Apa istimewa Chorong sampai adik lelakinya tidak mahu lupakan peristiwa kelmarin?

dia juga seperti Taehyung, berterima kasih kerana buat Hyunwoo menjadi seperti dulu.

seperti , omma mereka ada dulu.

(h) what am I to you? Where stories live. Discover now