17

215 39 3
                                    

"saya Taehyung. Kim Taehyung. Memandangkan kita dah tahu nama masing-masing. Awak tak perlu panggil saya encik dan saya takkan panggil awak dengan gelaran teddy bear. "

"ini kad saya. Saya beri sebab kalau kalau anak saya perlukan awak, dan awak nak jumpa saya. Senang sikit."

Chorong tersengih melihat kad kerja Taehyung. Pekerja designer? seriously? patutlah muka flower boy.

"teddy bear.." perkataan itu membuatkan sebaris senyuman gadis itu terukir dibibir.

--

Suasana sarapan pagi hari ni sungguh janggal. Masing-masing buat hal sendiri.

"Papa, nanti Jimin nak keluar main papan luncur. Boleh kan?"

"boleh je."

"yehet!" Jimin angkat tangan bila dia terlalu gembira. Lempeng bersalut madu disumbat ke dalam mulut.

Chorong dalam diam, hatinya mahu meminta sesuatu namun dia rasa ayahnya takkan izinkan.

"Papa--"

"siapa lelaki yang hantar kamu malam tadi? pergi tak cakap dengan papa. Nasib adik kamu bagitahu. Pulang malam, Lea kamu masih dalam tanggungjawab papa tau? kalau apa-apa terjadi siapa yang susah? bilang dengan papa, siapa lelaki tu. Kawan? Teman lelaki? atau siapa pada Lea?"  Tuan Park mula membebel. Bertubi-tubi soalan dituju kepada anak perempuannya.Chorong dah boleh agak perkara ni akan berlaku. Nasib malam tadi dia dah buat dan susun ayat.

"Dia kenalan baru Lea. "

"iye ? tapi kenapa mesra sangat? macam dah lama kenal..dia ada beri sesuatu dekat Lea ke? papa nampak. Beri pada papa." sifat risau kebapaan Tuan Park sudah keluar. Tangannya dihulurkan ke arah Chorong.

"takde apalah. Cuma kad kerja dia."

"Hey, papa hidup dulu dari kamu tau? dah lama hidup. Papa kenal la lelaki macam ni. Mula-mula beri kad lepastu sengaja nak kenal lebih dalam. Then--"

"wooo woo papa stop overthinking. Jangan naikkan darah tinggi papa ye. Dia bukan orang jahat. Bukan orang yang papa sangkakan. Oh, Chorong nak keluar. Nak jenguk macam mana keadaan biola kesayangan mama."

Gadis itu mengangkat punggung. Beberapa roti diambil dan juga menyisip teh sebelum melangkah pergi.

Tuan Park memerhati anak perempuannya yang semakin hilang dari pandangan. Geleng saja orang tua tu, menahan sifat degil anaknya.

"macam mana dengan bab kahwin? kalau papa pun tak satu hati bila Lea buat keputusan Lea sendiri."

Bait kata gadis itu terngiang di kepalanya.

"takkanlah.."

--

"belum turn kamu."

"ah yeke. Kalau macam tu, bila turn biola saya dibaiki? setakat penggesek dia je rosak kan"

"kira-kira 2 bulan siap."

"apa?! lamanya. Saya nak kena berlatih lagi . Ahjushhi, takboleh ke awalkan dateline tu. Saya janji saya akan cari duit yg banyak untuk biola ni. Eo? "

Chorong merungut. Kalau tak disebabkan paksaan ayahnya dia takkan merayu macam ni.

"macamlah tempat latihan kamu tu takde biola lebih? hahaha, kamu dah lama sangat ke tak jejak ke tempat latihan?" ujar Pakcik Wong si pembaiki biola.

Chorong terdiam. Ada betul jugak..

"saya baru balik dari belajar. Jadi,ehehehe apa pun saya pergi dulu." 

TBC

(h) what am I to you? Where stories live. Discover now