19

214 39 5
                                    

Selesai makan aiskrim, mereka bertiga berjalan-jalan di sekitar tempat. Dalbin mendukung Hyunwoo yang sudah kepenatan.

"Bin, aku nak beli sesuatu untuk appa. Kau tunggu sini eh dengan Hyun."

"okay." mereka duduk di tempat kerusi yang disediakan di taman itu. Hyunwoo mahu memerhati kanak-kanak yang sedang bermain kejar-kejar, cop tiang dan ada juga yang mengayuh basikal.

"Nuna Bin , nak mayen."

"nak main apa? appa pesan kalau nak main nuna pun kena ikut Hyun."

"nak mayen dengan diorang." Hyun menunjukkan ke arah kawasan kumpulan kanak-kanak berkumpul.

"baling selipar? tak , tak boleh. Hyun nanti sakit."

"eo wae??? boyeh la nuna."

"Tak boleh. Hyun tak cukup besar lagi."

Dalbin melarang , kalau adiknya cedera dia dan Seorin juga kena hentam dekat rumah.

Budak lelaki 4 tahun itu memuncungkan bibir. Kalau dah dekat taman, style budak-budak mesti la nak main. Memang bosan untuk Hyunwoo sekarang ni.

dia tak dapat main. Kawan pun tiada langsung.

"Jom main buai. Hyun duduk atas peha nuna. Kita gerak perlahan-lahan je tau?" Dalbin melihat adiknya merajuk terus memujuk . Hyunwoo mengikut saja kehendak kakaknya.

"berapa semua?"

"3 won."

3 keping wang dihulurkan kepada cashier itu. Setelah membuat pembayaran, bungkusan plastik hitam dijinjing.

"appa mesti suka."

Seorin menolak pintu utama kedai 24 jam itu. Baru selangkah dia keluar gegendang telinganya mendengar suara jeritan Dalbin memanggil Hyunwoo.

"eh budak ketepi!!!"

"Kim Hyunwoo!!"

Dalbin berlari mendapatkan Hyunwoo yang sedang lincah tanpa pemantauan kakaknya.

seorang lelaki sedang bermain papan luncur laju mendekati Hyunwoo. Sempat Dalbin mengambil adik lelakinya dan mengelak. Mereka terbaring di tanah.

"arh.."

Lelaki itu pula tak dapat mengawal posisinya lalu tergelincir.

"saeng?! saeng okay?"

"s-sakit.."

Hyunwoo menunjukkan luka pada bahagian siku. Berdarah dan ada kesan luka sedikit.

Dalbin melihat sudah geram. Dia juga tercedera namun sakit di alami tidak kisah. Sekarang dia perlu settlekan lelaki tadi

"Woi setan! kau memang sengaja nak langgar adik aku kan?! kau tak reti nak main ke papan luncur kau tu?! kau tengok adik aku dah cedera!"

Dalbin menghentak kakinya . Lelaki itu mengerang kesakitan sebelum dia bangkit. "perempuan ke ni? kenapa bahasa kasar sangat? bello? adik kau tu yang tak reti duduk diam. Dah tau ni tempat tuk main papan luncur pergi masuk buat apa?! kau kata aku tak pandai main? eh buat pengetahuan kau, aku dah 3 tahun main la! sekarang legend apa!" bidas lelaki sepet itu. Topi merah di atas kepalanya diperbetulkan.

"aku tak kisah la! adik aku tu kecik lagi, kalau dia cedera, aku dengan kakak aku yang susah!"

"heh nampak sangat tak reti jaga adik. Muka kau ni nampak tua tau ? sepatutnya jadi mak dia!"

'mak' perkataan ini. Dalbin terdiam mendengar mulut celupar lelaki itu.

"kau jangan libatkan mak aku!" Kaki Dalbin sedia dihayunkan ke arah pusat sulit lelaki itu tetapi dihalang oleh Seorin.

"Dalbin! cukup! maafkan perangai adik saya. Mianhae.."

"aku perlu ajar dia Rin! dia libatkan omma!"

"sudah! dia taktahu apa-apa kan?!"

"sekarang dia perlu tahu!"

Hyunwoo terkedek-kedek berjalan mendekati mereka yang sedang bergaduh. Orang ramai di situ menyaksikan perbalahan mulut antara mereka.

"nuna janganlah gaduh. Hyun tak apa-apa sangat.."

"Hyun diam! kalau Hyun tak nakal tadi , tak jadi macam ni! kau dengar dan fahamkan, kau nak gaduh dengan aku jangan libatkan parents aku terutama sekali mendiang omma aku! kau faham tak?! sekarang aku marah sangat. Luka adik aku ni appa aku boleh tahu, dan dia akan soal siasat kenapa jadi macam tu. Apa aku nak jawab?! kalau omma aku ada, omma yang akan tolong cover kami. Kau tau kenapa aku marah dan terlalu risau? sebab aku taknak tambah beban appa aku yang tengah sibuk cari rezeki untuk kami yang tiada omma sekarang ni!"

Dalbin menangis setelah meluahkan kemarahan dan kesedihan kepada lelaki itu. Namun lelaki itu juga menitiskan air mata. Bukan kerana dia sedih mendengar luahan Dalbin tetapi dia juga seorang anak yang tiada ibu sejak lahir.

Lelaki itu beredar bersama papan luncurnya tanpa memberi respon kepada Dalbin.

"woi!"

jerit gadis itu kegeraman. Seorin di sisinya menghalang Dalbin dari meneruskan pergaduhan.

"cukup Bin..cukup."

Seorin dan Hyunwoo turut menangis.

(h) what am I to you? Where stories live. Discover now