54

206 32 2
                                    

Sudah 1 minggu Chorong bekerja sebagai seorang pengasuh dan orang gaji. Dia gembira walaupun seminggu tu bukannya jangka yg lama sangat.

Hubungan dengan bapanya , Tuan Park? masih sama. Regang dan juga buat hal sendiri.

Harini Chorong dapat kebenaran mahu keluar ke pasar untuk beli bahan dapur yg sudah kurang bersama Hyunwoo menemani.

Seronok betul budak kecik ni bila diajak berjalan. Setakat tengok ikan yg dah nyawa takde, sayur mayur sudah dipetik dari ladang.

aigoo.

sampai saja di rumah, Hyunwoo merebahkan badan ke sofa. Penat barangkali . Kek ikan dikunyah sambil goyang kaki menonton Tv.

Chorong pula sibuk di dapur sedang mengemas.

sedang sibuk mengemas, nada dering telefonya berbunyi. Panggilan daripada Majikannya, Taehyung .

"nae encik tinggi?"

"encik tinggi? siapa?"

Chorong tepuk dahi bila terlepas cakap. Alamak kantoi terjujur panggil nama contact.

"ah errr..hehe ada apa call saya? nak saya suruh masak apa-apa ke? ada tetamu encik nak datang? atau nak suruh saya balik awal?"

"bukan. Bukan semua tu sebab saya call awak."

"habis tu? nak suruh gapo?"

"saya tertinggal pengukur tape saya. "

"oh..apa lah encik ni. Benda kecik macam tu pun boleh tertinggal ke?"

"diamlah. Tolong ambil dan bawa ke tempat kerja saya. Ada dalam bilik, pengukur tu warna biru."

"tapi..bukan ke saya dilarang masuk bilik encik?"

"ya tohan ni saya benarkan masuk sajalah. Saya lupa letak mana tapi yg pasti ada dalam bilik saya. Oh ye nama tempat kerja saya alamatnya saya mesej nanti. Dah jumpa terus keluar. Faham?"

"baiklah bosku."

tut!

bebola mata wanita itu berpusing. Sakit kepala juga dengar Taehyung membebel. Chorong perlu selesaikan kemas barang dapur. Lepas tu selesaikan masalah tuan majikan yg cuai tu.



Selesai mengemas, terus dia naik ke atas dan menuju ke bilik Taehyung. Tombol pintu dipulas perlahan-lahan.

Apa perkara pertama dia nampak dalam tu adalah, katil yg besar. Saiz King. Boleh muat Tuan dia dengan anak-anak ni.

Chorong sibuk mencari di mana beradanya pengukur tape milik lelaki itu. Mata melilau dan tangan menggeledah.

Matanya tertancap pada frame kecil di tepi katil, gambar perkahwinan Taehyung dan mendiang isterinya. Seo Jihye.

"cantiknya Puan...mesti bahagia mereka kalau puan ada. " Puji wanita itu ikhlas. Tetapi, tiba-tiba dia menggeleng. Hampir dia terlupa akan amanahnya . Syok sangat tengok gambar kahwin Taehyung.

"pengukur tape dah jumpa! Hyunwoo!!! jom keluar lagi!" laung Chorong berlari ke bawah.

"lagi?! Hyun penat la ahjumma!" Jawab Hyunwoo yg masih duduk santai di sofa.

"kali ni nak jumpa appa kamu. Nanak eh ikut?" Chorong memerli sambil mengejek nada pelat budak kecil itu.

bagaikan kilauan emas, eh. . bagaikan kilat di mata Hyunwoo pabila mahu jumpa si ayah di tempat kerja terus bersemangat.

"kajja!"

***

TBC

NEXT CHAP, Akan ada satu bau cemburu di antara....?

🙊

stay tuned!

(h) what am I to you? Where stories live. Discover now