30

240 34 5
                                    

"Lea, boleh kamu jujur dengan papa?"

"hm?"

Tuan Park menyeluk tangannya di dalam poket baju lalu mengeluarkan satu kad dan beri kepada anak perempuannya.

Chorong terkejut sedikit.

"papa dah tahu siapa dia. Papa tahu dia la yg pukul adik kamu."

"papa..macam mana papa-"

"papa terjumpa kad dia di dalam bilik kamu. Papa pergi ke taman untuk tengok apa kamu dan Jimin sedang seronok main. Bila papa sampai, ramai orang sedang berkumpul satu tempat dan hati papa tak senang. Dari situ, papa tahu adik kamu dipukul. Oleh seorang lelaki yang hantar kamu pulang. Papa marah, marah sangat bila dia hentam tanpa henti. Bila papa nak masuk campur, kamu terlebih dahulu menghalang. Papa nampak dan dah dengar semuanya. "

Chorong terdiam seribu bahasa. Ayah mana tak risau dan marah tentang anak-anak? Chorong sebagai kakak dan anak sulung seharusnya bertindak jujur terlebih dahulu.

"papa tahu dia dah berkahwin. Dan seems like, his son ... budak tu, sukakan kamu."

Tuan Park jeda. Chorong dah taktahu nak cakap apa, hanya mendengar.

"kenapa dia panggil kamu teddy bear? semalam, tak silap papa anak sulung lelaki tu datang jumpa kamu mohon maaf. Papa dengar semuanya."

"Hyun nak ahjumma jadi omma dia. Dia sukakan ahjumma, dia nak ahjumma berada di sisinya.Tentang ni, appa taktahu lagi. Saya tak kisah kalau ahjumma nak jadi omma baru kami. Dalbin nampak seperti taksuka ahjumma tapi tak mengapa! saya akan pujuk dia." - Kim Seorin

Tuan Park beri pandangan harapan kepada Chorong. "kalau jawapan kamu mahu, papa akan halang. Sebab... lelaki tu penyebab Jimin masuk hospital."

END FLASHBACK

--

Chorong rasa serabut. Dia taktahu apa nak dilakukan. Seorang budak kecil 4 tahun nakkan dia jadi seorang ibu. Kahwin dengan duda anak 3? ayahnya akan halang jikalau dia terima? adakah Tuan Park bencikan Taehyung?

Chorong mengusutkan rambutnya. Dia merebahkan tubuh badan ke tilam.

"haaaa , apa aku nak buat ni. Impian aku pun tak tercapai lagi. Violin mama belum siap dibaiki, duit juga aku perlukan untuk bayar. Kena berlatih untuk main violin lagi. Dan sekarang, mereka nak aku jadi mak mereka? adoiii aku pun tak reti jadi mak! aku tak sedia jadi isteri orang. Duda anak 3? ahaahaha." Chorong ketawa dalam kebingungan.

"kejap. Tapi Encik Kim tu bukan suka aku pun. Anak dia je suka aku. Kan? so takperlu la aku nak susah hati. Kejap, kenapa aku nak kena terima? Seorin tak taruh harapan tinggi pun dia cuma cakap je , kan? " Wanita itu bangun dari pembaringan. Dia mula berfikir balik.

Kad kerja Taehyung di atas meja bersebelahan katil, di capai.

"010-9822 xxx"

"hello?"

--

Taehyung tolak pintu restoran dengan hati yg berat. Mata sibuk mencari meja di mana Chorong berada.

tak sampai 1 minit, dia sudah nampak keberadaan gadis itu. Taehyung ketap bibir. Takut dan taktahu kenapa gadis itu mahu berjumpa dengannya.

"H-hi...Chorong."

"Eo encik!" Chorong berdiri secara tiba-tiba dan menjerit ke arah Taehyung. Lelaki itu sedikit terkejut.

Taehyung memejamkan mata, pasrah dan redha saja apa nak jadi.

"k-kenapa awak nak jumpa saya. Adik awak...dia dah-"

"encik, saya dah fikir masak-masak! tentang anak encik, Hyunwoo tu. Saya akan jadi babysitter dia! kejap dia bukan bayi lagi. Saya akan jaga dia! demi untuk pulangkan semula kebahagiaan anak encik. Yeseu, saya akan khidmat dengan encik selama 3 bulan. Kalau ada perubahan , baguslah kan. Kalau takde perubahan maknanya saya tak sesuai nak gembirakan anak encik."

Kata Chorong laju selaju turbo memotong kata-kata Taehyung. Taehyung terkebil-kebil cuba menghadam satu-satu ayat gadis itu.

"n-nae? H-hyun..hyunwoo?"

"yelah, encik sendiri cakap Hyunwoo murung. Dia perlukan saya , kan? anak encik Seorin yang bilang dengan saya. Eo , selama 3 bulan tu. Saya akan pura-pura jadi omma mereka. Tak,ini tak bermakna saya ambil kesempatan. Saya takde perasaan dekat encik lagi satu! , Selama saya jadi pengasuh Hyunwoo dan jaga makan minum anak-anak encik.. encik jangan jatuh cinta dekat saya. Faham?" sekali lagi, Taehyung masih bingung.

"a-apa awak cakapkan . Saya tak faham. Boleh ulang?"

Chorong tepuk dahi. Alahai, bapak orang ni apesal susah sangat nak tangkap apa aku cakap ni?

"senang dan pendek apa yg saya nak cakap, saya akan bekerja dengan encik selama 3 bulan. Saya akan pantau jaga Hyunwoo di rumah. "

Taehyung memandu dalam keadaan masih memikirkan kata-kata Chorong tadi di restoran.

"encik sendiri cakap Hyunwoo murung. Dia perlukan saya, kan?"

"ssss, aku tak cakap pun nak minta dia jadi pengasuh Hyun. "

"anak encik , Seorin yang bilang dengan saya."

"bila masa Seorin jumpa dia."

"selama saya bekerja nanti, Encik jangan jatuh cinta dengan saya. Faham?"

Tiba-tiba Taehyung menarik brek kereta. Dan secara tiba-tiba juga, dia ketawa. "jatuh cinta? what's the point? ahaaha. Hahaha. Ahahah.. aku tak faham apa Chorong cakapkan tadi. Jatuh cinta? jadi pengasuh? 3 bulan? pura-pura jadi omma kepada anak-anak aku? ahahaha ini sungguh unexpected. Aku ingat dia nak jumpa aku sebab nak marah aku pasal adik dia. Ahahaha kelakar, ini betul-betul kelakar."  

terhenti tawa hambar lelaki itu tatkala teringatkan sesuatu.

"sekejap... kenapa dia tiba-tiba cakap macam tu. Oh wait-wait. Seorin mesti cakap yg aku suka dia. Oh wow ye aku suka dia tapi sifat dia je aku tabik. Ahaahaha, haha..hahahaha. Anak-anak, bapak kau ni pun taknak kahwin lagi. Kenapa la kau sanggup buat cerita dekat wanita yg baru aku kenal, yang dapat gembirakan Hyun je. Ahaha.. apa aku nak jawab ni oi, terima ke tak dia jadi pengasuh Hyun. Adui, lawak betul."

TBC

Dah kenapa tu Taehyung  dengan Chorong. Masing-masing overthinking dan salah faham. 😂

oh ya, chap kali ni panjang tak? 🌚 900 lebih words sis taip. Kalau rasa pendek hmmmmmmmm k.

(h) what am I to you? Where stories live. Discover now