1

11.9K 1.4K 249
                                    

A/N: Terimalah chapter yang pertama. Selamat membaca. ❤

---

(Misi Hancurkan Hati JJK)

Jungkook menutup pintu locker dengan kasar. Pipinya terasa panas dan kemerahan menahan perasaan geram.

Segera dia ambil semua sticky notes berwarna kuning yang tertampal di luar pintu locker miliknya. Kertas-kertas kuning itu digumpal dan terus dicampakkan ke atas lantai.

Langkah kakinya laju meninggalkan tempat itu bersama iringan perasaan yang menyampah.

"Perempuan ni memang tak kenal erti putus asa. Bila lagi dia nak mampus agaknya?"rungut Jeon Jungkook.

Sempat lagi dia mengepal penumbuk. Giginya diketap tanda geram dan Jungkook menarik nafas lama untuk menenangkan diri.

Jauh dari pandangan Jungkook, seorang gadis menyembunyikan diri di sebalik dinding.

Riak wajah gadis itu bertukar hampa. Lantas skrin telefon pintar ditekannya dengan laju.

Nombor seseorang didail oleh gadis itu.

"Aku dah kata akan gagal. Baru first day dia dah mengamuk lah. Aku nak give up weh."

---
Aku menyandarkan diri di sebalik dinding selepas selesai menelefon Kim Taehyung.

Lelaki berperwatakan alien ni tak habis-habis nak ganggu aku dengan cabaran tidak masuk akal dia tu.

Kalau dia bukan kawan baik aku, dah lama aku humban dia masuk dalam parit.

Aku hela nafas yang terasa berat. Hampa dengan percubaan pertama yang gagal teruk.

Ada ke patut dia minta aku pikat hati si anak Jeon yang garang seperti harimau. Silap haribulan, mahu dibunuhnya aku oleh Jeon Jungkook tu.

Aku terima cabaran Kim Taehyung atas satu alasan.

Aku perlukan wang. Klise kan? Tapi itulah satu cara untuk aku sara hidup aku.

Tawaran 100 ribu untuk menawan hati Jungkook bukan biasa-biasa. Manusia mana aje yang ingin menolak?

Aku mengintai kelibat Jungkook yang sedang berdiri di depan mesin air tin. Bibir aku mengukir senyuman gembira.

Masa sesuai ni nak serang anak Jeon.

Fuh kali ni aku, Park Hae Yoon tak akan sia-siakan peluang yang ada.

Kata-kata Taehyung melekat di minda aku.

"Kau pikat si garang tu. Kau bagi dia gilakan kau. Kau patahkan hati dia. Then, tinggalkan dia meroyan keseorangan. Easy? 100k akan masuk ke akaun kau selepas dua bulan misi ni."

Aku peluk buku-buku yang menimbun. Dengan kadar yang laju, aku menerpa ke arah lelaki bernama Jeon Jungkook itu.

Aku berpura-pura tidak nampak akan kelibatnya. Tubuh badannya aku langgar dengan sengaja.

Buku-buku yang sejak tadi berada dalam pelukan terjatuh berselerakan di atas lantai.

Lengan aku memaut pinggang Jungkook untuk menahan diri daripada jatuh tersembam ke lantai.

Pandangan mata kami bertemu. Aku dapat rasakan genggaman jari Jungkook di lengan aku.

"Aku..alergik dengan perempuan. Kau tak tahu atau buat-buat bodoh?"ujar Jungkook dengan nada sinis.

Dia menolak lengan aku dari pinggangnya. Matanya menikam tajam pandangan anak mataku.

Aku yang tergolek di atas lantai langsung tidak membangkitkan rasa simpati di wajah Jungkook.

Kepala aku ligat memikirkan jalan terakhir untuk berjaya pada hari pertama misi hancurkan hati ini.

Aku baru dapat satu idea.

"A-auch, pinggang saya t-terseliuh. Sakit sangat."jerit aku.

Disertai dengan lakonan mantop, aku mengalirkan air mata kesakitan.

Aku hampir tersenyum bangga apabila riak wajah dingin Jungkook sudah berubah risau.

Tak mengapa Hae Yoon, misi ini kau laksanakan dengan steady and smooth.

🎮
Hohohoho adakah anda menyukainyaaaaa? 🙉

[C]Misi Hancurkan Hati | JJKWhere stories live. Discover now