6

7.5K 1.2K 114
                                    

A/N: Jangan tergoda dengan Jungkook yang menggoda. Eh.

----
[Misi Hancurkan Hati JJK]

Aku berdiri kaku di hadapan cermin bilik. Mulutku membisu tanpa sebarang suara. Jariku menyentuh permukaan bibirku sendiri.

Masih terasa kehangatan sentuhan Jeon Jungkook. Aku tarik nafas begitu panjang sebelum melepaskannya dengan perasaan bercampur-aduk.

Aku sejujurnya takut. Sangkaan aku ternyata meleset. Dia bukan setakat dingin. Malahan, dia sangat misteri. Tindakannya pada petang kelmarin menyebabkan aku tidak keruan.

Aku membetulkan pakaian dan mencapai beg galasku. Kali ini, akanku jaga diri betul-betul agar tidak goyah hendak berhadapan dengan anak Jeon itu.

Langkahku terhenti di pintu bilik. Aku genggam hujung baju sweater biru yang dipakai.

"Aku takkan bertolak ansur dengan perempuan tak reti bahasa macam kau. Aku tahu..kau ada misi untuk laksanakan ? Betul kan Yoon?"

Kata-kata akhir Jungkook terngiang-ngiang dan tertanam elok di dalam fikiran.

Mengganggu tidurku yang lena.

Kau bahaya dan mengancam Jeon.

---
Hae Yoon masuk ke dalam kelas dengan tergesa-gesa pada pagi itu. Terus dia duduk di sebelah Taehyung.
Gadis itu diam tidak terkutik di tempat duduknya. Kim Taehyung di sebelahnya pun tidak dilayan.

"Kau dah kenapa, Cik Yoon. Dah angau dengan Jungkook?"tegur Taehyung disertai dengan nada mengusik.

Hae Yoon membalas pertanyaan kawan baiknya dengan merenung tajam.

Sempat dia menumbuk perut Taehyung perlahan.

"Kau jangan bagi aku geram boleh tak Taehyung? Sudah-sudahlah sebut nama lelaki pelik tu."

Taehyung mengerutkan kening apabila terdengar jawapan Hae Yoon. Kepalanya segera menoleh ketika kelibat seseorang melangkah masuk ke dalam kelas.

"J-jeon Jungkook?"

Terkebil-kebil mata Taehyung memandang wajah Jungkook yang tersenyum sinis di hadapannya.

---
Aku segera mengangkat kepala. Jari telunjuk Taehyung tak henti-henti mencuit pipiku.

Aku pandang Taehyung terlebih dahulu. Lelaki itu seolah-olah ketakutan. Matanya mengisyaratkan aku agar memandang ke hadapan.

Aku menoleh dengan kadar pantas.

Ah , sudah.

Jungkook berdiri di hadapan mejaku. Kedua-dua tangannya diletakkan di atas meja aku.

Ditariknya kertas kosong milik Taehyung. Pen yang dipegang Jungkook bergerak-gerak menulis beberapa perkataan.

"Apa kau nak Jungkook?"soalku. Dia hanya menjelingku tajam. Kertas yang sudah siap ditulis digumpalkan menjadi bola dan dibaling tepat ke batang hidung aku.

"Pelik betul cara dia nak berkomunikasi dengan kau. Seram gile weh aku. Si Jeon tu pandang aku macam nak gigit hidup-hidup je tadi."adu Taehyung.

Taehyung menarik- narik hujung baju sweater biru yang dipakai aku.

"Bukalah. Aku nak tahu dia tulis apa?"

Aku mendecit geram. Segera dibuka oleh aku gumpalan kertas tersebut.

Aku pegang hujung kerusi dengan kemas. Mataku terus menjeling Jungkook yang duduk di meja paling belakang dalam kelas.

Mulutnya bergerak menuturkan sesuatu dan jelas sekali aku dapat menangkap butiran kata-katanya.

"Don't let him know about this."

Aku mengigit bibir keresahan. Taehyung setia menunggu jawapan daripada aku.

Aku simpan segera gumpalan kertas tadi ke dalam poket seluar.

"Dia maki aku je Tae Tae. Kuat mencarut rupanya anak Jeon ni."ujarku dengan nada palsu.

Satu baris ayat yang terkandung lima bait perkataan membuatkan fikiranku kusut.

Secara tak langsung juga, misi hancurkan hati Jeon Jungkook pasti akan menjadi lebih mudah.

Aku tahu Jungkook cuba perangkap aku. Namun, dia tak sedar. Dia bodoh.

Aku juga sedang menarik dia masuk ke dalam perangkap.

Nak tahu apa Jeon Jungkook tulis?

"Kau bikin hati aku gelisah."

Itulah ayat yang dicoret Jungkook.

Gelisah? Kau dah jatuh hati dengan aku ke Jeon?

Aku mencuri pandang wajah Jungkook. Hujung anak matanya masih leka memandang tepat wajah aku.

"Ikut aku."bisiknya apabila menyedari renungan aku.

Aku menuruti langkah Jungkook keluar dari kelas.

Jungkook , kau penuh dengan kejutan.

🎮
A/N: Suka chapter ini? 🙊

[C]Misi Hancurkan Hati | JJKWhere stories live. Discover now