15

7.1K 1K 122
                                    

[Misi Hancurkan Hati JJK]

Amaran
Babak imbas kembali dengan tapisan umur 15 tahun ke atas.


----

Jungkook menarik brek tangan. Pintu kereta dibuka dan langkahnya longlai menuju ke dalam rumah.

Rumahnya yang sunyi sepi tanpa kehadiran keluarga tersayang semakin menambahkan rasa sedih di hati Jungkook.

Lelaki itu melangkah masuk ke dalam bilik tidur. Dia mengambil keputusan untuk menuju ke dalam bilik air. Pili air tab mandi dibuka sehingga habis.

Butang baju kemeja dibuka sehingga habis. Jari-jemarinya laju menanggalkan baju tersebut.

"K-kenapa kau buat aku macam ni Yoon? Aku dah tergila-gilakan kau. Adakah n-nasib aku akan sama dengan ayahku sendiri?"

Tangannya terketar-ketar menutup pili air. Jungkook masuk ke dalam tab mandi. Seluruh badannya direndam ke dalam air panas itu. Kepalanya disandar lemah di hujung tab mandi.

"Kau berjaya pikat hati aku Park Hae Yoon. Kau bijak."luah Jungkook sambil matanya memerhati segenap ruang bilik mandi.

Kelopak matanya hampir tertutup. Fikirannya sudah terbang menuju ke kenangan bulan lepas.

Kenangan di mana Park Hae Yoon berjaya memikat hatinya yang kebal dari cinta.

---
Throwback sebulan yang lalu.

Selepas sesi luahan perasaan oleh Jungkook kepada Hae Yoon di tempat lepak kegemarannya, hubungan antara mereka semakin erat.

Dalam diam, perasaan Jungkook terhadap Hae Yoon mulai mekar. Perasaan gadis itu pula?

Perasaan kasihnya kepada Jungkook hanya penuh kepura-puraan.

Tipu jika dia mengaku dia tidak tersentuh hati dengan layanan Jungkook.

Namun, misi yang dijanjikan pulangan wang lumayan daripada Taehyung membutakan Hae Yoon daripada melayan Jungkook secara tulus dan ikhlas.

(Di dewan kuliah)

Aku merenung Jungkook dalam diam. Wajah kacaknya membuatkan hati aku gembira melihatnya.

Wajah serius Jungkook menjentik perasaanku sejak dari tadi. Tangannya fokus mencatit jalan pengiraan tugasan yang baru diberi oleh Puan Oh.

"Jungkook..jeon Jungkook."aku bisik namanya berulang kali di telinga lelaki itu. Keningnya berkerut kerana fokusnya untuk menyelesaikan tugasan sudah terganggu.

"Nak apa kawan baik aku yang cantik lagi gojes ni?" Usik Jungkook tetapi anak matanya masih tertumpu kepada kertas yang sudah penuh dengan contengan.

"Saya nak awak. Nak kasih sayang awak, Kook!"ujarku manja. Sengaja ingin menggoda perasaan lelaki itu.

Riak mukanya masih kosong dan langsung tidak terusik dengan kata-kataku. Jungkook menyambung semula tugasannya.

"Kau silap makan ubat eh , Cik Yoon?"rungut Jungkook.

Aku tidak menunggu lama. Hatiku sendiri dapat merasakan si Jeon ni dah menyimpan perasaan terhadap diri aku.

[C]Misi Hancurkan Hati | JJKWhere stories live. Discover now