20

9.4K 1.2K 253
                                    

A/N: Kita sudah sampai ke bab 20.

[Misi Hancurkan Hati|JJK]
Status : Completed/Tamat

---
BAB 20| AKHIR ✓
---

[Empat tahun berlalu/ four years later]

Jeon Jungkook.

Aku bersyukur kerana dapat bertemu dengan kau.

Kau hadir mengejut. Hati aku diceroboh tanpa amaran. Aku jatuh tersungkur kerana cinta dan kasih kau.

Terima kasih Jungkook untuk segalanya.

Tanpa misi hancurkan hati, kita tidak akan bersatu dan menjalin kasih.

Aku termenung di tingkap. Babak-babak pertemuan aku dan Jungkook kembali segar dalam ingatan.

"Fikir apa tu sayang? Tak sejuk ke duduk tepi tingkap ni. Jomlah tidur."

Satu kucupan mesra singgah di dahiku. Kepala aku segera dongak untuk memandang wajahnya.

"Tak mengantuk lagi. Nak ambil angin kejap. Encik Jeon pergi tidur dulu."usikku manja.

Aku membalas pertanyaannya. Serentak dengan itu, Jungkook terus merangkul tubuh badanku ke dalam pelukannya.

Rasa hangat . Rasa diri begitu dihargai.

Tangannya ditekap di perutku yang masih nipis. Bunyi Jungkook menyanyikan lagu kegemaranku kedengaran di gegendang telinga.

"Puan Jeon , jangan degil. Kena tidur awal. Tak kasihan dekat baby?"

Aku tergelak halus mendengar bebelan Jungkook. Pantas aku menarik tangannya untuk menuju ke katil.

Jungkook, kenapa kau begitu menggoda hati?

Buat aku makin sayang.

----
Mata aku terkebil-kebil memerhati dinding bilik.

Bunyi bising yang datang dari bilik air membuatkan aku terus jaga dari lena yang panjang.

Takkan lah Jungkook?

Bunyi muntah yang agak teruk memenuhi ruang bilik air. Aku segera melangkah pergi untuk melihat keadaan Jungkook.

Jungkook sibuk membilas wajahnya yang sudah tidak bermaya. Aku segera memeluk tubuhnya yang lemah.

"K-kenapa ni Jungkook? Morning sickness lagi?"ujarku penuh kerisauan. Aku mencapai tuala kecil dan aku lap dahinya yang sudah basah dengan peluh.

Jungkook angguk kepala. Aku hanya mampu menggosok badannya.

Aku pimpin Jungkook keluar dari bilik air. Kami berdua duduk menghadap masing-masing di atas katil.

Aku mengambil kesempatan untuk mengurut belakang tubuh badannya untuk menenangkan Jungkook.

"Saya yang mengandung. Papa Jungkook yang kena alahan. Comel kan baby Jeon?"

[C]Misi Hancurkan Hati | JJKWhere stories live. Discover now