7

7.9K 1.2K 294
                                    

A/N: Semoga menyukainya. 💖

--

[Misi Hancurkan Hati JJK]
Loading 100% complete.

Aku menurut sahaja langkah Jungkook yang semakin laju. Dia membelok ke kanan. Aku pun sama. Banyak songeh betul lelaki garang ni.

Setelah berjalan mengikuti Jungkook hingga hampir mencecah lima minit perjalanan, Jungkook tiba-tiba berhenti mengejut.

Pantas dia menarik pergelangan tanganku untuk terus terduduk di atas rumput padang yang terletak jauh dari dewan kuliah tersebut.

"A-awak nak apa Jungkook?"soalku ingin tahu. Aku cuba mencari jawapan daripada riak wajahnya yang kosong tanpa perasaan. Namun, gagal.

Jungkook melabuhkan punggung di sebelah aku. Kepalanya segera ditoleh menghadap wajah aku.

Kedudukan kami yang berdua yang begitu rapat membuatkan aku kurang selesa. Lantas, sepantas lipas terbang aku jarakkan tempat aku duduk daripada terlalu rapat dengannya.

Dah kenapa lelaki harimau dingin ni nak ajak ponteng kelas semata-mata untuk dating?

Hek eleh. Dating lah engko. Tengok-tengok dia nak balas dendam.

Mata aku mencerlung tajam. Kali kedua aku mengesot jauh daripada Jungkook.

"Awak makan ubat miang ke Jungkook?"

Aku jerit sekuat hati. Tindakan aku menyebabkan Jungkook terus menerkam aku jatuh terbaring di atas rumput.

Pfft, tolonglah tengok keadaan dulu anak Jeon. Takkanlah di tengah-tengah padang kau nak ajak aku berasmaradana.

"J-jap awak kata awak gelisah dengan saya. Apehal hah?"

Shit. Soalan silap dilontarkan lah Park Hae Yoon.

Aku membulatkan mata dan kening aku jengket untuk meminta jawapan dari Jungkook.

---
Jungkook menahan debaran yang semakin menggila di atas dada. Niatnya hanya ingin menakutkan gadis itu tetapi lain pula yang dia dapat.

Badannya diangkat untuk menjauhi tubuh badan Hae Yoon. Dia hanya memandang jauh ke hadapan tanpa menjawab soalan yang diberi oleh gadis itu.

Gelisah?

Dia sememangnya gelisah.

Sebab apa?

Hatinya sudah terusik begitu banyak disebabkan kelakuan Hae Yoon yang tidak henti-henti ingin mengoratnya.

"Kau jangan haraplah aku nak suka kau. Mati hidup semula pun aku tak ingin lah kau. Sedar diri sikit."jawab Jungkook dengan tegas.

Postur duduknya dibetulkan. Susah Jungkook nak terima Hae Yoon atau mana-mana gadis di dalam hidupnya.

Ada satu batu besar yang menghalangnya dan dia sebagai seorang lelaki teramat malu untuk mengakuinya.

Dengan personaliti dingin dan garangnya, sudah tentu penerimaan orang akan menjadi teruk jika rahsia gelapnya terbongkar.

"Tipu. Awak tipu kan Jungkook? Saya tahu hati awak mesti berbunga-bunga dah sekarang sebab awak dah jatuh hati dengan saya. Kan kan kan?"ujar Hae Yoon bersama sekelumit perasaan teruja.

Jungkook mengedipkan kelopak mata dan sinis memandang Hae Yoon atas bawah.

Tak ubah seperti harimau kelaparan. Seperti mereka berdua berada dalam situasi prey and predator.

"Kau bukan taste aku."balasnya angkuh. Jungkook memandang ke langit yang sudah mula meredup. Daun-daun kering yang berguguran ditepisnya lembut.

Jarinya meraba-raba sekitar poket seluar. Jungkook gigih mencari kelibat telefon pintarnya.

"Eh sial, mana henfon aku."maki Jungkook.

Telinganya menangkap bunyi whatsapp masuk.

Bunyi yang tersangat familiar. Tu bukan ke bunyi dari telefon miliknya?

"J-jungkook, apa maksud semua ni?"

Hae Yoon menyerahkan telefon pintar Jungkook yang setia tergolek di atas rumput.

Skrin telefon pintarnya yang cerah dan dihiasi dengan background gambar seseorang.

Jungkook meramas rambutnya kasar. Telefon pintarnya diambil dan dimasukkan laju ke dalam poket seluar.

Hae Yoon duduk melutut di hadapan Jungkook. Mulut gadis itu terlopong luas seperti ikan emas.

Matanya menikam pandangan anak mata Jungkook.

"Awak seriouslah ? Gambar Kim Taehyung , kawan baik saya tu jadi penghias skrin telefon awak. Garang-garang macam ni pun g-ga..y. Sakitlah hanat!"

Jeritan Hae Yoon membingitkan suasana tenang di padang tersebut. Jungkook menekup mulut gadis itu.

Jari telunjuk Jungkook letak di atas bibir untuk memberi isyarat agar Hae Yoon senyap membisu.

"Aku sanggup jadi boyfriend kau jika rahsia ni kau simpan ketat-ketat. Setuju?"

Penawaran Jungkook mendiamkan Hae Yoon sebentar. Otaknya ligat berfikir dan pada masa yang sama masih dilanda kejutan akibat pendedahan rahsia gelap anak Jeon.

"Deal?"ulang Jungkook untuk mendapatkan persetujuan Hae Yoon.

Hae Yoon menganggukkan kepala. Serentak dengan itu, Jungkook melepaskan tekapan tangannya pada mulut Hae Yoon.

"D-deal. Jadi boyfriend saya dan rahsia awak terjamin e-elok."

Terkejut?

Jangan bimbang. Author pon kaget banget sih . Jungkooknya nngak straight. Waduh. 😕😂

🎮

"Rahsia 'gelap' aku terbongkar lah hanat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Rahsia 'gelap' aku terbongkar lah hanat."-JJK

[Komen anda?]

[C]Misi Hancurkan Hati | JJKWhere stories live. Discover now