12

6.9K 1K 207
                                    

[Misi Hancurkan Hati JJK]

Kekok.

Atau dalam perkataan inggeris boleh dirujuk sebagai awkward.

Jungkook tersipu malu memandang wajah cinta hatinya. Sesekali matanya terjuling ke atas. Penat mengawal rasa gembira di hati kerana kedatangan Kim Taehyung secara mengejut.

Siapa je tak suka if crush sendiri tunjuk muka tanpa warning. Tak gitu?

Aku mengetap gigi untuk menahan rasa geram yang sudah meletus seperti gunung berapi di dalam hati.

Wajah Kim Taehyung aku renung tanpa mengendahkan si anak Jeon yang sudah ralit melayan perasaan.

Gila kan semua ni? Gara-gara Kim Taehyung jebon ini nak turut serta date pertama kami, misi aku mula terancam dan sedikit goyah.

Dia ni betul-betul boleh bagi 100k ke tidak?

"Kim Taehyung."aku sebut namanya. Setiap suku kata namanya aku suarakan dengan nada yang ditekan untuk memberi amaran.

"Why? Takut bocor ke erm?"ugut Taehyung berbaur sindiran.

Kau minta aku lakukan misi gila ni. Kau sedap je perli aku.

Memang kau lapar kaki alien Tae.

----

Dalam diam, kaki Hae Yoon sudah sedia menunggu untuk bertindak balas. Kaki kanannya dihalakan tepat ke celah kelangkang Kim Taehyung.

Sempat lagi dia memandang sahabat baiknya dan menuturkan kata sorry . Senak lah si Taehyung tu selepas ini.

Siapa suruh dia ganggu misi cik Hae Yoon?

Bukk.

Kaki Hae Yoon dengan naifnya menendang khazanah kelelakian teragung milik Taehyung. Mata Taehyung terbeliak. Hampir sesak nafas dadanya memproses oksigen.

"Jilake kau Hae Yoon."terkumat-kamit bibir Taehyung menyumpah seranah gadis yang sudah menendangnya.

Lelaki itu menekup depan seluarnya dan berlari meninggalkan mereka berdua.

Hae Yoon bersorak di dalam hati atas kemenangan pantas yang diraih. Bahu Jungkook ditepuk lembut dan dia menarik Jungkook untuk beredar dari situ.

"Jom date. Cepatlah jalan Jungkook!"

Jungkook bangun menuruti langkah Hae Yoon. Tanpa sedar, dia tersenyum bahagia.

Bunga-bunga di hati semakin mekar tanpa kawalan Jungkook.

---

Langkah Jungkook dan Hae Yoon terhenti di tengah-tengah taman. Suasana di taman kelihatan redup. Anak-anak kecil sedang galak bermain.

Juga, beberapa pasangan kekasih yang sedang asyik memadu kasih. Jungkook menggosok belakang lehernya.

Lelaki itu diserang rasa janggal yang teramat sangat. Dia gelabah dan tidak tahu cara yang betul untuk berfungsi sebagai seorang lelaki yang bercinta.

"Yoon..aku cuba ya?"

Suara Jungkook menuturkan soalan itu kedengaran serak dan garau. Serba sedikit mencuit perasaan Hae Yoon.

Hae Yoon menarik nafas dalam-dalam. Wajah Jungkook dipandangnya beberapa saat.

"Saya kasi green light. Cubalah sekarang Jungkook."

----
Aku merasakan jari-jari Jungkook mula menjalar di pinggangku. Lengannya melilit di sekeliling pinggang dan aku terus ditarik rapat untuk mendekatinya.

Bau cologne yang dipakai Jungkook menyentuh deria bau aku. Lututku dirasakan lembik. Hampir aku lemas dengan tarikan yang ada dalam diri Jeon Jungkook.

Jungkook pun dah tunjuk tanda-tanda yang dia mula sukakan aku walaupun pada dasarnya dia masih gay.

Misi ini kena bagi kuat dan kukuh lagi.

Melalui cinta. Aku kena pastikan Jungkook benar-benar gilakan aku.

Gila disebabkan cinta.

---

Setelah selesai membeli aiskrim, mereka berdua duduk di atas rumput. Dedaun kering yang mendarat di bahu Jungkook ditepis oleh Hae Yoon.

Gadis itu mengukirkan senyuman manis. Dalam hatinya, tidak henti melaungkan perkataan benci.

Benci dan rimas kerana sikap Jungkook yang sudah mula rapat, manja dan mesra terhadapnya.

Demi wang, dia sanggup gadaikan perasaan Jungkook.

Bibir Jungkook yang comot dengan kesan aiskrim Vanilla ditenungnya dengan rasa hati yang sebal.

"Kenapa pandang aku macam nak telan aje, Yoon? Kau nak aiskrim lagi ke?"soal Jungkook apabila dia menyedari perlakuan aneh gadis tersebut.

"Nak. Saya nak aiskrim.."

Kata-kata Hae Yoon terhenti tatkala wajahnya sudah mendekati Jungkook.

Nafas yang dihela terasa panas. Kedua-dua makhluk tuhan itu saling berlawan pandangan. Berlawan juga menahan gelodak rasa di hati.

"Di bibir awak, Jeon Jungkook."

Bibir munggilnya ditekan ke bibir Jungkook.

Tanpa rasa menyesal.

🎮
Jangan cair pula dengan chapter terbaru ini. (^^)

[C]Misi Hancurkan Hati | JJKWhere stories live. Discover now