8

7.5K 1.1K 128
                                    

A/N: Ramai yang terkejut dengan chapter lepas. Fuh. Tenangkan diri.

---
[Misi Hancurkan Hati JJk]

Hae Yoon merenung jam di pergelangan tangannya. Sudah sejam dia duduk di sini bersama Jungkook.

Selepas pendedahan yang mengejutkan itu, mereka masing-masing terdiam. Salah seorang pun tak berani hendak memulakan bicara.

"Haish..bertambah malang aku lepas jumpa kau Hae Yoon."rungut Jungkook. Dia hela nafas kecewa berulang kali.

Bibirnya terkumat-kamit menyebut sesuatu untuk menenangkan dirinya. Rahsia besarnya telah terbongkar. Ada kemungkinan boleh pecah berderai begitu sahaja.

Dia, Jungkook juga yang akan tanggung malu nanti. Si Taehyung kawan baik Yoon tu pun pasti akan turut serta mengusik Jungkook.

"A-awak jangan risaulah Jungkook. Saya janji saya simpan rahsia awak."tutur Hae Yoon dengan lembut. Ingin dipancingkan belas kasihan daripada lelaki itu.

Jika tidak, sudah tentu gagal misi hendak hancurkan hati Jeon Jungkook nanti.

Jungkook menoleh kepala memandang gadis itu. Dia mengetap bibir bagi menahan perasaan malu dan geram.

"Kau kena pegang janji. Aku pun akan laksanakan janji aku dekat kau. Kau dedahkan nanti, tahulah aku nak lupuskan kau macam mana."ugut Jungkook.

Dia bangun dan berdiri di hadapan Hae Yoon. Tangan kanan dihulurkan betul-betul di hadapan mata Hae Yoon.

"Cepatlah. Capai tangan aku. Kena rasmi sikit kita ni dah couple."

Hae Yoon mencebik sinis dan mencapai tangan Jungkook. Genggaman tangan mereka dieratkan. Jungkook menarik tubuh Hae Yoon merapati dirinya.

"H-hai boyfriend."ujar Hae Yoon penuh kegembiraan. Hatinya sudah menjerit riang. Jungkook masuk ke perangkap yang pertama.

"Hai girlfriend. Fake girlfriend."sapa Jungkook beserta sedikit peringatan keras untuk Hae Yoon.

Dia hanya girlfriend palsu di mata Jungkook. Sekadar untuk menutup sisi gelap yang ada dalam diri Jungkook.

---
Aku melihat tangan kanan aku yang berada di dalam genggaman Jungkook. Haba yang terasa di tangannya menenangkan aku.

Aura Jungkook yang menyerang diri membuatkan aku goyah. Aku tak sangka perasaannya bertukar arah untuk lelaki.

Sudah pasti menyukarkan misi untuk menghancurkan hatinya kelak. Aku mengangkat kening ketika pandangan aku bertemu dengan Kim Taehyung, kawan baikku.

Lebih jelas lagi kesayangan hati Jeon Jungkook.

Genggaman tangan Jungkook menjadi kuat. Aku dapat rasakan tapak tangannya berpeluh.

"Relaks lah Jungkook. Kau tak nak Taehyung sedar kan?"bisik aku di telinga Jungkook.

Taehyung melangkah ke arah kami. Bahu aku dia tepuk kasar. Kemudian, Taehyung menepuk pula bahu Jungkook.

Pipi Jungkook memerah. Anak matanya sudah juling memandang ke atas.

Oh, macam tu ke rasanya kalau crush mengusik kita?

Jujur aku rasa sangat geli. Aku ambil kesempatan untuk menyiku perut Taehyung. Nak pergi ke arah Taehyung tapi terhalang dengan genggaman tangan Jungkook.

"Don't. Jangan bergerak Yoon."
Jungkook memberi amaran. Walaupun suaranya perlahan, namun masih dapat didengari Taehyung.

Taehyung memandang aku lama. Riak wajahnya seperti berpuas hati dengan pencapaian aku pada hari keempat.

"Good. Aku gerak dulu. Tak nak ganggu pasangan kekasih terlajak manja ni. Jumpa esok."pamit Taehyung sebelum beredar meninggalkan kami.

Apabila pasti sahaja Taehyung sudah pulang, Jungkook melepaskan tangannya daripada genggaman. Jarinya menyentuh bibir aku.

Aku terkesima. Hanya memandang perlakuan Jungkook.

"Kan dia dah pergi. Awak nak buat apa lagi?"soalku keliru.

Jungkook meletakkan kedua-dua tangannya di leher aku. Wajahnya disengetkan sedikit.

"Orang kata yang ini..umpama perasmian yang kau adalah kekasih aku."balas Jungkook.

Deruan nafasnya singgah di pipi aku. Sepantas kilat bibirnya menyentuh bibir aku tanpa amaran.

Hidung kami bersentuhan. Bibir kami bersentuhan.

Cuma, hati sahaja yang tidak jelas arah tujunya lagi.

Syabas, Jungkook. Kau buka laluan mudah untuk misi ini.

🎮
Chapter yang akan datang selepas ini sudah menghangatkan suasana. Mohon jaga hati dan duduk diam, jangan tergoda.💖👄


[C]Misi Hancurkan Hati | JJKWhere stories live. Discover now