14

6.8K 984 180
                                    

[Misi Hancurkan Hati | JJK]

Orang kata terlajak kata tidak boleh diundur, itu sememangnya benar.

Janji dusta yang meniti di bibir Hae Yoon seakan-akan membalas dendam terhadap gadis itu.

Karma is a bitch . Kifarah itu pasti akan tiba.

Sudah hampir dua bulan misinya berjalan lancar. Baru hari ini Hae Yoon menjadi tidak tentu arah.

Lagi 6 hari misi menghancurkan hati akan tamat. Wang yang dijanjikan Taehyung sudah dapat dihidu dari jauh.

Namun, hatinya diserang rasa bersalah yang menggunung tinggi. Wajahnya yang dioles mekap tipis hanya ditatap dengan riak kosong.

Cincin pasangan yang berada di jarinya diteliti dengan khusyuk oleh Hae Yoon. Sempat lagi dia calit gincu untuk memerahkan bibir.

"Satu minggu yang akan menyeksakan kau, Jeon Jungkook. Hati kau akan hancur."

Matanya melihat pesanan whatsapp yang dihantar oleh Kim Taehyung.

Terketar-ketar tangannya menaip balasan untuk mesej daripada rakan baiknya itu.

"M-maafkan aku Jungkook. Aku harap kau faham. Ada perempuan yang lebih baik untuk aku. Aku tak layak."

Tubir matanya mula goyah dan air mata memenuhi sekitar mata. Jarinya menggenggam erat hujung meja solek.

Hae Yoon merenung wajahnya yang tidak bermaya di cermin. Telapak tangan kanannya ditekap di dada.

Cuba mengusirkan perasaan sedih di hati.

---
Jungkook menanti penuh sabar kedatangan Hae Yoon ke restoran itu. Baju kemeja ungu pudar yang dipakainya dikemaskan sedikit.

Anak matanya memandang lilin yang menyala di tengah meja makan tersebut. Jarinya menyentuh cincin yang tersarung di jari manisnya.

Cincin pasangan yang menandakan betapa bernilainya kasih dia kepada gadis itu.

"Aku berubah normal kerana kau. Kau hadir sebagai satu cahaya kepada aku Yoon. Terima kasih."bisik hati Jungkook dengan jujur.

Sudah menjangkau dua bulan usia perkenalannya dengan Hae Yoon. Bermula daripada musuh, kawan biasa, sahabat baik dan bertukar kepada cinta hatinya.

Pergelangan tangan kirinya diangkat. Jam sudah mencecah angka 10 malam. Susuk tubuh gadis yang dicintainya langsung tidak kelihatan.

Jungkook menggelengkan kepala untuk mengusirkan rasa kurang enak di hati.

Jambangan bunga rose dirapatkan di dada. Hidungnya menghidu haruman yang terbit dari kelopak bunga tersebut.

"Aku sanggup tunggu kau, Hae Yoon."tutur Jungkook dengan ikhlas.

Diperhati olehnya suasana restoran yang mula lengang daripada kelibat manusia.

Lilin yang semakin cair tidak menjentik perasaan Jungkook walaupun sedikit.

Fokusnya hanya pada kedatangan gadis itu.

----
Jungkook bergerak keluar dari restoran mewah itu. Pipinya yang sudah merah kesejukan ditepuk perlahan.

Lelaki itu menggosok kedua-dua telapak tangan untuk mengurangkan kesejukan yang dirasainya.

Tangan kirinya masih setia menggenggam bunga yang menjadi favorite Hae Yoon.

Manakala, jari-jemari kanannya mendail nombor gadis itu. Namun, tidak berjawab.

"D-dia ada hal emergency agaknya ni."Jungkook bersangka baik.

Jungkook membutangkan kot yang dipakainya. Bibirnya terbuka untuk menuturkan sesuatu.

Susuk tubuh Hae Yoon sedang melangkah ke arahnya. Senyuman Jungkook yang manis mula pudar tatkala matanya terpandang bibir Hae Yoon yang sudah comot dengan kesan lipstick.

Rambut gadis itu kelihatan tidak terurus.

"Maaf sebab lambat sayang. Ada emergency tadi."Hae Yoon laju memberi alasan.

Jungkook menarik gadis itu ke dalam pelukannya yang hangat. Kelopak matanya tertutup rapat. Sedaya upaya dia cuba memadam imej leher Hae Yoon yang sudah tercemar dengan kesan gigitan manja seseorang lelaki yang bukannnya perbuatan dia sendiri.

"It's okay, Yoon. A-aku faham."

Kali pertama pada malam itu, Jungkook sanggup menipu untuk menutup perasaannya sudah hancur.

Satu-persatu kenangan mereka bersama terutamanya saat Jungkook jatuh cinta kepada Hae Yoon bermain-main di fikiran lelaki itu.

Dahi Hae Yoon dia kucup lembut. Jungkook cuba mengingatkan kembali kenangan manis dia dengan Hae Yoon.

'Hati aku kena kuat. Setiap manusia ada buat salah. A-aku maafkan Yoon kali ni.'hati kecilnya berbisik ayat ini untuk menguatkan semangatnya yang mula rapuh.

🎮
Peringatan mesra: Ada 20 bab untuk story ini.

Chapters seterusnya adalah imbas kembali situasi Jungkook terpikat dengan Hae Yoon.

Jaga hati, jangan cepat goyah. ;)))

 ;)))

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C]Misi Hancurkan Hati | JJKWhere stories live. Discover now