2

8.3K 1.2K 63
                                    

A/N: Tak sangka story ni ada sambutan. Terima kasih 💞💖💞

---
(Misi Hancurkan Hati JJK)
°°°°loading 100%°°°°

Jungkook merenung gadis yang meraung kesakitan di atas lantai itu. Dia kawal riak mukanya daripada berubah menjadi risau.

Ego yang tinggi masih menjadi cabaran hebat kepada Jeon Jungkook. Dia masih tidak mahu mengalah dengan ego sendiri.

Kakinya menguis pinggang Hae Yoon dengan perlahan-lahan. Jungkook cuba elak daripada bersentuhan dengan gadis itu.

"Kau okay ke tak? "Soal Jungkook dingin.

Hae Yoon menahan diri daripada memaki Jungkook. Bibirnya tertutup rapat dan hatinya tak henti-henti mengutuk perlakuan biadap anak Jeon itu.

---
Aku rasa tiada perempuan pun mahukan Jeon Jungkook ni. Muka je kacak tapi hati tak sekacak tuannya.

Bikin panas hati aku apabila pandang muka lelaki ni.

Namun, demi lambakan wang yang begitu banyak seperti dijanjikan oleh Kim Taehyung, aku cekalkan hati.

Aku kerutkan lagi ekspresi muka yang dalam kesakitan. Mata aku pejam rapat.

"S-sakit sangat. Rasa nak pengsan."ujarku lemah.

Aku dapat mendengar bunyi dengusan kasar yang keluar dari mulut Jungkook. Terus aku buat-buat pengsan.

Aku kakukan tubuh badan. Seminit kemudian, sehelai kain tersarung di tubuhku.

Aku dapat rasakan tubuh badanku melayang seperti didukung seseorang. Hidung aku menangkap bau daripada orang yang mendukung aku.

Bauan yang menggoda. Bauan khas yang datang dari lelaki yang menjadi target aku.

"Kalau dia ni tak pengsan, dah lama aku biarkan dia bergolek-golek je masuk dalam kelas. Annoying."rungut Jungkook.

Aku tersedar sesuatu. Kedua-dua tangan aku melekat elok di dada Jungkook.

Aku menahan diri daripada mengukir senyuman kecewa. Degupan jantungnya masih normal dan tidak berdegup laju.

Misi menghancurkan hati ini pasti sukar. Namun, aku tak boleh mengalah.

Kan?

🎮
Chapter untuk story ni pendek-pendek je tau. Tapi, jangan risau setiap hari ada dua update jika author tak busy.

[C]Misi Hancurkan Hati | JJKWhere stories live. Discover now