Part 3

6K 441 32
                                    

 KINAH berjalan seperti orang hilang punca. Tegak saja dengan langkah sekata dan mata yang kosong sehingga sampai ke meja.

"Kau kenapa Kinah? Muka semacam je akak tengok." Kak Mun memandang pelik. Tadi katanya hendak ke tandas. Tak mungkin lah hari cerah begini pun hantu sudah keluar.

"Tadi ..." Bicara Kinah terhenti. Dahinya berkerut merenung permukaan meja. Minda berulang kali mengulang tayang imej yang dilihat tadi.

Indah dan Kak Mun berpandangan. Tingkah Kinah boleh bikin penasaran!

"Nampak hantu ke?" Indah yang lebih lepas mulutnya, sengaja menggiat.

"Tak." Kali ini Kinah tidak melatah seperti selalu. Malah boleh menjawab dengan penuh yakin pula.

"Dah tu, kenapa macam ayam berak kapur je mukanya?"

"Rasanya tadi macam nampak ..." Sekali lagi tergantung. Telunjuk Kinah tegak menuding ke arah tandas yang letaknya di hujung kiri bangunan sebelum menunjal dahi sendiri. Memikirkan sesuatu. Selalunya mereka menggunakan tandas yang dekat sahaja. Tapi memandangkan tandas itu sedang dicuci, Kinah terpaksa menapak lebih jauh dari selalu.

"Nampak apa?" Kuat Kak Mun menyergah. Tanda sabarnya sudah mula menipis.

"Encik Rie dengan Saila!" Mungkin terkejut, sedikit kuat suara Kinah mengeluarkan lebihan ayat yang tersekat di kerongkong tadi.

"Itu je?" Hilang selera Indah mahu bergosip. Fikirnya ada cerita gempak tadi.

"Diorang tengah ..."

"Cakap cepat sikit boleh tak? Sengaja nak buat suspense kan?" Bengang Indah dibuatnya bila dia terpaksa menunggu begitu.

"Macam tengah bergaduh." Riak wajah Kinah sekejap begini, sekejap begitu. Sendiri tidak yakin. Mahu menyampaikan cerita pun boleh menjadi beban besar jika kisah yang dibawa itu tidak sama dengan apa yang berlaku.

"Dekat mana ni?" Kak Mun sudah bangun dari duduknya. Bergerak mendekat ke arah meja Kinah. Rasa teruja mahu tahu lebih menguasai.

"Tandas belakang tu. Tadi tandas yang dekat ni tengah cuci. Kinah guna yang jauh tu."

"Apa yang Encik Rie dengan Saila buat dekat belakang tu?" Indah berbisik sendiri. Bisikan yang sepatutnya perlahan, tetapi mampu didengari oleh Kak Mun dan Kinah.

"Masa saya tengok tu, Encik Rie tengah pegang tangan Saila tau." Kinah pegang tangan kiri sendiri dengan tangan kanannya. Melakonkan semula apa yang dia lihat tadi. Pegangan itu cuma di hujung jari, tepatnya seperti sedang memegang sesuatu di jari.

"Pegang gaya apa? Tarik, atau pegang manja-manja?" Kak Mun pegang tangan Indah. Memberi contoh pegangan gaya tarik juga gaya mengada-ngada. Dua gaya itu membawa makna berbeza.

Kinah diam lama. Merenung tangan Kak Mun dan Indah yang masih tercantum bersama.

"Encik Rie kan ... macam tengah tarik cincin Saila." Kinah tayang 5 jari tangan kanannya. Jari manis dilipat sedikit. Wajahnya berkerut memandang tangan. Sendiri merasa pelik dengan apa yang sedang sedang dia sampaikan. Tanggal cincin? Untuk apa?

"Heh?" Serentak wajah Kak Mun dan Indah berubah kering. Hilang semangat mahu mengorek cerita tadi.

"Kinah, awak pergi tadi tak pakai spec kan?" Baru Indah perasan yang cermin mata Kinah terdampar elok saja di atas meja. Tanda Kinah keluar tadi tidak membawa mata ketiga dan keempatnya.

"Rabun saya bukannya teruk pun." Bunyi suara Kinah berubah tidak puas hati. Jarak di antara dinding tempatnya membelok dengan kedudukan Qairie dan Saila ketika itu pun tidak lah terlalu jauh. Dia sampai kan boleh mendengar sepatah dua perbualan mereka.

'Tak boleh' Lunak suara manja Saila memang jelas sampai di telinga Kinah selepas adegan tarik menarik tangan mereka berakhir.

'Kalau tanggal tak, nanti makin banyak lah lelaki macam Encik Rie datang kacau saya.'

Urghhh!! Bahu Kinah menggeletik geli. Apa sebenarnya hubungan mereka sampaikan Qairie tanpa malu memaksa Saila untuk menanggalkan cincin tunangnya? Mudah pula hendak disentuh anak dara orang begitu? Entah-entah selama ini Saila selalu dipanggil ke bilik atasan mereka itu kerana ada sesuatu sedang berlaku di balik tabir!

"Encik Rie tu gatal tak agaknya?" Terpacul soalan luar alam dari mulut Kinah. Bila memandang sekeliling, baru sedar yang cuma tinggal dia seorang saja sedang berdiri. Kak Mun dan Indah sudah kembali duduk di meja masing-masing.

"Ada nampak macam dia gatal ke?" Malas-malas nada Indah bertanya. Mata sudah kembali terpaku di skrin komputer. Tanda minat untuk menyambung cerita sudah mula menghilang.

"Tak." Kinah geleng kepala. Tak pernah walau sekali dilihatnya Qairie punya tanda-tanda lelaki gatal. Walau 10 wanita melenggang punggung di depannya pun, atasan mereka itu tidak akan mengangkat kepala. Kerlingan tanpa sengaja itu mungkin pernah, tapi tak pernah pula dilihatnya lelaki itu menoleh untuk kali yang kedua. Gaya, sikap dan segala perlakuannya semua menunjukkan rekod bersih. Kalaupun ada rungutan keluar tentang Qairie, semuanya cuma berkaitan dengan kerja sahaja. Tidak pernah tentang hal peribadi.

"Dia gay eh?" Terpacul perkataan terlarang itu dari mulut Kinah di luar sedar.

"Choiii...." Kak Mun dan Indah serentak membidas. Meniru trademark Siew Ping, clerk dari bahagian Purchasing yang selalu diusik tentang hantu kerana sikap penakutnya.

"Kan dia dah kahwin. Kalau gay, bini dekat rumah tu simpan buat apa?" Indah menempelak acuh-tidak acuh. Mula merasakan yang Kinah trelalu jauh merapu. Bagaimana dari tersalah nampak tadi, sampai boleh timbul isu gay?

"Mungkin kahwin paksa?" Kinah mengeluarkan buah fikirannya.

"Logik juga. Sebab parents suruh kan?" Kak Mun menambah di belakang.

"Hmm ... betul jugak tu. Kalau kena paksa kahwin, mesti diorang tak sehaluan dan tinggal asing-asing. Sebab tu kita tak pernah nampak wife dia!" Indah petik jarinya kuat. Memberi penutup untuk teori tanpa kepala yang direka oleh mereka bertiga.

"And sekarang tiba-tiba ....."

Krekkk.....

Pintu pejabat yang ditolak dari luar mematikan bicara Kinah.

Mata mereka bertiga serentak memandang Saila yang baru melangkah masuk dengan senyuman di bibir.

" .... dia terjumpa perempuan yang dia suka." Kinah menyambung sedikit perlahan di hujung. Mulutnya sedikit terlopong. Tekaan sekadar rekaannya itu terasa seperti satu kenyataan saat matanya terbias dengan imej wajah Saila.

"Siapa?" Saila memandang Kinah dengan penuh minat. Sempat mendengar ayat terakhir dari mulut Kinah. Teruja juga mahu mendengar kisah cinta di petang-petang begitu.

"Awak pergi mana Saila?" Tidak peduli dengan kenyataan gila Kinah dan soalan Saila, Indah terus bertanya.

"Pergi IT jumpa Encik Jep."

"Tapi saya nampak awak datang dari sebelah sana. IT kan dekat sebelah sini." Indah menuding ke sebelah kanan bangunan sebelum menuding ke sebelah kiri pula. Pejabat mereka yang berdindingkan kaca separuh itu jelas menunjukkan yang Saila datang dari sebelah kiri bangunan.

"Oh, itu sebab saya pergi tandas pula lepas tu. Tandas dekat ni tengah cuci, jadi saya pergi yang jauh sikit." Jujur dan tulus saja Saila menjawab. Kemudian dia menuju ke mejanya dan terus duduk. Langsung tidak sedar ada tiga pasang mata hampir terjojol keluar mendengarkan jawapannya tadi.

Wajah Kak Mun mengecut bila bibirnya dimuncungkan ke bawah. Gaya mulut kepoh yang sedang terikat.

Indah sudah mengurut dagu. Gaya cendekiawan sedang membuat tafsiran .

Kinah pula, terangguk-angguk dengan wajah penuh yakin. Diberi isyarat mata pada dua temannya. Bertanya di dalam diam. Nampak tak persamaan di antara ceritanya tadi dengan kenyataan Saila?

Confirm! Memang ada sesuatu dia antara Si Qairie Misteri dan Si Saila Stress!  

..............................

INI , APA YANG BERLAKU DI BALIK TABIR....

"Saila." Qairie raih tangan Saila yang sudah berjalan jauh ke depan. Memaksa wanita itu untuk berpaling memandangnya.

"Eh, lepas lah! Nanti orang nampak!" Kalut Saila menarik tangannya kembali. Mata melilau melihat sekeliling. Bimbang ada mata asing memerhati tingkah mereka berdua.

Qairie berdegil. Dikuatkan lagi pegangan tangannya di hujung jemari Saila. Marah Saila tidak pernah bersungguh.Dengan suara bernada rendah dan lembut begitu, siapa saja yang mahu menganggap Saila sedang serius?

Mata Qairie mencerun ke arah tangan Saila bila jarinya yang tanpa sedar mengulit cincin di jari manis wanita itu dapat merasakan satu kelainan. Bila dilihat dengan matanya sendiri, terus dirasakan panas meruap naik ke kepala.

"Cincin apa ni?"

Bahu Saila mengecut. Dalam beraninya, ada juga rasa takut bila diterjah soalan begitu. Sangkanya Qairie tidak akan sedar tentang cincin di jarinya.

"Cincin tunang." Saila telan liur. Sudah bersedia mahu mendengar hamburan ayat yang seterusnya.

Tapi nampaknya Qairie sudah penat menggunakan kata-kata sebagai pujukan. Kali ini dia lebih senang bertindak dari memujuk. Cincin di jari Saila cuba diloloskan keluar.

Sepantas kilat Saila menarik tangan menjauh. Namun gagal kerana Qairie tetap tidak mahu beralah.

"Nur Saila!" Suara Qairie naik tinggi dari nada biasanya.

Terhenti terus segala usaha Saila melepaskan tangannya dari genggaman tangan Qairie.
.
.
.
.
.
okay, sampai sini je bahagian Behind The Scene

Mister Rie punya Miss Stress ( ✔ )Where stories live. Discover now