Part 5

5.7K 455 32
                                    

Hai (^_^)

A quick sorry from me untuk readers yang tinggalkan komen tapi tak dapat balasan.

Lately I have this disease that we normally call 'sombong'. Sombong in my term is, I'm lost for words. Saya baca semua komen, saya senyum bila tengok reaksi reader..but still, I didn't reply. And for that ... I'm sorry ... truly sorry.

Ini memang masalah terbesar saya sejak dari dulu lagi. Saya saaaangat PEMALAS reply komen. Bukan tak appreciate, bukan juga tak suka. I love all of you equally.  Readers di wattpad and FB, sangat2 supportive. Very sweet and very helpful in so many ways that you can't imagine.  Saya selalu dapat idea and happiness untuk menulis tu daripada komen reader. Tapi sayang, saya selalu 'ambil', tapi tak 'memberi'. Ambil, ambil, dan ambil positive energy from all comments, tapi tak pernah beritahu how much I love them. Ada time je saya reply. But most of the time, saya tak reply.

So tonight, instead of giving excuse, saya berterus terang terus pasal kelemahan saya yang satu ni. In hope that you guys will understand and stay strong everytime you guys leave comment. I'll be honest here. Kalau saya sendiri di tempat reader, lama kelamaan saya pun akan terasa hati bila penulis tak layan langsung saya berceloteh. 

I'll end my babbling here. Thank you kerana sudi mendengar.

Happy reading =)

.................................

"Sakit kepala?" Spontan berubah terus riak muka Qairie yang tadinya seperti singa lapar. Lengan kemeja yang masih tidak terlipat kemas ditinggalkan separuh jalan. Dia mula menapak ke arah meja Saila.

"Eh, jangan kacau dia Encik Rie. Tertidur agaknya. Nak suruh balik pun, matahari petang tengah terik ni. Saya yang suruh dia tidur sekejap sebelum balik kejap lagi. Mana tahu boleh lega sikit sakitnya." Dalam hati Kak Mun sudah berdoa sakan. Jangan lah Saila angkat kepala. Kantoi nanti!

Langkah Qairie terhenti. Tangan sekejap terkepal, sekejap dilepas. Hilang tingkah. Tak tahu apa yang perlu dilakukan dalam keadaan ada tiga mata sedang memerhati.

"Panggil dia bangun, pergi sick bay. Saya taknak ada sesiapa nampak staf saya slack off."

"Ya, nanti saya panggil." Setuju saja lah dengan apa saja arahan. Seboleh mungkin mereka mahu lelaki itu pergi dari situ.

Qairie menapak sampai ke muka pintu, kemudian berpaling semula."Sekarang."

Berkerut dahi Kak Mun dibuatnya. Apa kalut semacam Encik Qairie ni? Nak lari ke mana Si Saila tu? Tak akan lah hal begitu pun perlu dipantau.

"Ha, iya lah. Saya nak kejut ni." Lambat-lambat Kak Mun bangun. Sengaja melengah. Tapi taktiknya tidak menjadi bila mata singa Qairie memerhati sampai lah dia berdiri di depan meja Saila.

"Saila ..." Bukan main lembut lagi Kak Mun menyeru. Siap diusap-usap lagi bahu Saila sebelum dia tunduk merapatkan kepala ke telinga wanita itu.

"Buat-buat bangun Saila. Lepas tu cakap awak nak pergi tandas dulu." Dibisikkan pesan sekali lalu untuk Saila. Pandai juga berlakon cik stress ni.

Lebih kurang beberapa saat kemudian, Saila pura-pura terkejut. Bergerak sedikit sebelum menegakkan tubuh.

"Kenapa Kak Mun?" Nasib baik duduknya membelakangkan pintu masuk. Jadi Qairie tidak nampak wajah Saila yang langsung tidak ada gaya baru terjaga dari tidur. Matanya pun bulat seperti ikan. Segar bugar, langsung tidak mengernyit ditujah cahaya.

"Jom akak temankan Saila pergi sick bay. Tidur sana lagi selesa."

"Eh tak payah susah-susah Kak Mun. Rasanya dah elok ni. Basuh muka sikit dekat tandas nanti ok lah." Memandangkan Kak Mun sudah mula mereka cerita, Saila pun jadi terpaksa mengikut di belakang. Payah juga. Ini lah namanya, satu penipuan akan membuahkan penipuan yang lebih banyak selepasnya.

Mister Rie punya Miss Stress ( ✔ )Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt