Part 7

5.4K 420 18
                                    

QAIRIE mengerling sepintas lalu semasa melalui pejabat yang menempatkan staf bawahannya. Pejabatnya sendiri tidak lah terlalu jauh. Cuma perlu menapak dalam beberapa langkah sahaja. Tetapi kerana sentiasa ditutup dan penanda kecil di tepi pintu biliknya yang sering menunjukkan perkataan 'OUT', ramai selalu tidak alert dengan kewujudannya. Dia sendiri pun lebih memilih untuk hidup dalam dunianya sendiri.

Saila tiada di mejanya.

Itu adalah maklumat yang dapat dikumpul hanya dengan satu pandangan tadi.

Biar lah. Qairie malas mahu mengambil tahu. Semalam pun, beria Saila memujuk. Memasak makanan kegemarannya. Berpakaian lebih daring dari selalu. Qairie juga perasan, cincin di jari manis Saila sudah bertukar. Cincin tunang sudah ditanggalkan.

Tunggu lah! Kalau Qairie jumpa cincin itu, dia akan ambil dan simpan sendiri! Biar sampai ke sudah tidak dijumpai Si Saila.

Tidur Qairie malam tadi terasa lebih dingin dari biasa. Tengah malam, baru dia sedar yang Saila tiada di sisi. Sangkanya wanita itu tidur di ruang tamu. Mana tahu bila bangun pagi, jejak Saila memang langsung hilang. Tiada bantal dan selimut di ruang tamu yang memberi tanda ada seseorang tidur di di situ. Bilik tamu juga kosong. Bila melihat kasut di rak, baru Qairie dapat meneka ke mana Saila menghilang.

Malam tadi Saila keluar pulang ke rumah lama tanpa pengetahuannya. Itu pun dia tidak menukar pakaian tidur seksi yang sepatutnya hanya untuk santapan mata Qairie sahaja!

Sebelum masuk mandi, sempat Qairie menghantar mesej pada Cik Saila yang dalam penakut dan lemah lembutnya itu, masih ada juga degil yang tersimpan. Berani hanya di belakang, tapi bila di depan mata, terus jadi tikus!

+ Kalau saya tahu awak keluar semalam dengan baju tidur merah tu, siap awak!

Ya, bunyinya garang. Tapi bila bersama Saila, perasaan marah dan geram tidak pernah mahu surut.

= Saya sarung baju lain dekat luar. Abang.... jangan marah lagi ya?

Qairie mendengus tidak percaya. Saila fikir hanya dengan tidur semalaman, marahnya boleh hilang seperti angin?

.

.

.

.

Kira ni macam jemput-jemput minum petang (^_^)

Mister Rie punya Miss Stress ( ✔ )Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt