Part 18

6.4K 468 20
                                    

Second Last Update. The next update will be the last. Enjoy (^_^)

.................................

SAMPAI ke tempat kerja keesokan hari, Saila mengambil masa yang lama di luar pintu masuk jabatan. Terjengket-jengket kakinya menari sesama sendiri untuk cuba menghilangkan gemuruh.


Tiba-tiba dia terasa belakang tubuhnya ditekan sesuatu. Toleh sedikit ke tepi, Qairie sudah berdiri tegak di sisi. Fail yang dipegang lelaki itu sedang menampan belakang tubuhnya.

"Company ni ada CCTV. Tak ada kes pembunuhan pernah berlaku dekat sini."

Cemberut terus wajah Saila. Tidak suka dengan usikan berupa ejekan suaminya.

"Abang nak teman saya berdepan dengan diorang ke?" Pun begitu, masih ada terselit secebis harapan yang Qairie tiba untuk membantu. Menjadi peneman memberi semangat. Berdirinya suami di belakang saja pun sudah mampu menambah keberanian di dada.

Qairie memandang lama wajah Saila. Jelas di situ yang dia sedang menuduh isterinya itu berhalusinasi. Mengharapkan Qairie tiba menjadi penyelamat? Mimpi!

"Can you please for once, believe in yourself? Setakat yang abang kenal 3 staf dekat dalam tu ..." Fail di tangan Qairie tegak menuding ke arah dalam pejabat jabatan.

" ... mereka tak pernah buat masalah. Lain dari perangai busybody tu, semuanya okay."

"Emosi perempuan lain dari lelaki." Saila tunduk memandang kaki sendiri yang sedang menguis lantai.

"Are you underestimating your own gender?" Kening Qairie terjongket tinggi. Sengaja pura-pura terkejut. Ini bukan kali pertama Saila membuat alasan untuk menegakkan masalah dirinya yang mudah kecut hati. Sedar atau tidak, isterinya itu sudah terbiasa mencipta alasan untuk menenangkan diri sendiri. Saila sangat pandai mengubah perkara remeh menjadi sesuatu yang besar, juga hebat menggunakan perkara mengarut sebagai alasan untuk mengambus masalah lain.

Mata Saila terkebil-kebil seketika. Cuba mengingat kembali ayatnya secara tepat. Adakah dia sedang memandang rendah kaun sejenis dengannya?

"Okay stop." Qairie menutup wajah Saila dengan fail di tangan. Hilangkan dari pandangan. Wajah kosong terpinga Saila bakal menggugah hati. Nanti dia pun ikut berlembut kasihankan si isteri. Bukan itu yang diperlukan untuk melatih Saila menjadi lebih berani.

"Encik Rie!" Kecoh tangan Saila menolak-nolak fail poket yang tiba-tiba ditempek ke atas hidungnya. Kepalanya ditarik menjauh ke belakang.

Hilang saja fail dari depan mukanya, hanya belakang tubuh Qairie saja yang sempat dilihat sebelum lelaki itu membelok hilang di balik hallway yang menghala ke foyer.

Saila menggosok tapak tangannya beberapa kali sebelum menarik nafas panjang. Memberi semangat pada diri sendiri sebelum melangkah masuk. You can do it!

"Assalamualaikum..." Dilakukan perkara yang sama seperti hari-hari lain. Beri salam dan terus duduk di mejanya.

Terus dia pura-pura sibuk meletakkan handbag ke dalam laci paling bawah, kemudian menyusun meja yang langsung tidak bersepah. Muk alat tulis yang terletak elok di tepi monitor diambil. Dibelek habis segala pen di dalamnya. Kemudian diletakkan kembali ke tempatnya. Ditilik juga semua kepingan kertas di dalam tray out dan in.

Tingkahnya jadi makin kekok bila suasana sekeliling masih sunyi. Dia tahu ada 3 manusia lain di sekelilingnya ketika itu. Tapi sepi yang mencengkam itu terasa seperti hanya dia seorang saja yang berada di situ.

"Saila."

Saila pejam matanya rapat. Tidak berani hendak menegakkan tubuh dari tunduknya mengemas laci meja. Isi laci yang asalnya kemas, sudah berselerak dikecahkan Saila yang tadinya tidak mampu berfikir dengan lurus.

Mister Rie punya Miss Stress ( ✔ )Where stories live. Discover now