Part 8

5.4K 419 11
                                    

Nah, ni hidangan untuk supper pula =p

................................

SAILA gelisah tidak menentu selepas pulang dari tandas tadi. Sekejap melihat ke arah luar pejabat, sekejap memandang skrin telefon.

Dia tahu tingkahnya sedang diperhatikan Indah yang duduknya betul-betul berdepan dengannya. Tapi dalam keadaan gawat begini, pandangan mereka semua sudah tidak dipedulikan lagi.

Kali ini Qairie benar-benar marah. Bukan lagi rajuk yang boleh dipujuk dengan keletah manja dan kata maaf. Dan perkara ini makin membuatkan Saila tertekan kerana semua sikap Qairie itu terlahir dari permintaannya sendiri yang dirasakan semakin melampau untuk dipenuhi.

+ Nain ajak lunch lagi hari ni.

Mesejnya kepada Qairie tadi masih tidak berbalas hingga sekarang. Makin membuatkan dia dirundung suram. Terkepit di antara dua lelaki yang sangat tidak difahami apa yang berada di dalam kepala mereka. Qairie yang begini, Nain yang begitu.

Qairie sangat suka memendam. Tidak banyak bercakap. Lebih suka berbicara menggunakan mata yang sekejap menajam, sekejap terjegil, sekejap menjeling. Kerana pandangan tajam lelaki itu malam tadi juga lah, Saila akhirnya mengambil keputusan untuk turun tidur di kondonya sendiri. Biarkan Qairie bersama rajuknya. Mati akal Saila mahu memujuk. Sebelum dia menangis tidur bertemankan lelaki kayu begitu, lebih baik dia mengundur diri dahulu.

Nain pula sangat outgoing. Ramah dan sangat pandai mencuri hati dengan tingkah bersahaja dan usikan ringannya. Berbeza benar dengan Qairie. Seperti langit dan bumi.

Tapi sedalam mana pun kemelut yang sedang membendung, Saila tetap tahu hatinya berada di mana. Dia tahu di mana tanggungjawabnya terletak. Qairie itu yang perlu diutamakan, bukannya Nain.

Tidak pernah Nain.

Berbekalkan kesedaran yang baru itu, baru Saila berani mahu membalas ajakan Nain tadi.

+ Sorry Nain. Hari ni saya dah janji dengan orang lain.

- Dengan siapa? Rie? Kalau macam tu, ajak lah dia datang sekali.

Bum!

Terbeliak mata Kak Mun dan Indah bila terdengar bunyi dentuman dari meja Saila. Wanita itu sudah tersembam mukanya di atas meja.

"Saila!" Kalut Kak Mun meluru. Bimbang Saila pengsan tiba-tiba. Digugah bahu wanita itu kuat. Indah dan Kinah hanya berdiri menunggu di sebelah depan meja.

Tapi bila Saila kembali menegakkan tubuh, matanya masih elok terbuka. Hanya dahinya saja sedikit merah kesan dari hentaman kuat tadi. Sakit yang sengaja dicipta sendiri.

"Stress la ..." Bibir Saila tercebik. Sudah ada gaya mahu menangis di situ.

"Hei la budak ni!" Kuat Kak Mun menolak belakang bahu Saila. Orang kalut risaukan dia. Dengan muka tak bermaya Saila, disangkanya wanita itu pengsan kerana tidak sihat. Mana tahu rupa-rupanya cuma tukul stress saja yang mengetuk kepala sehingga tersembam begitu.

Mister Rie punya Miss Stress ( ✔ )Where stories live. Discover now