Part 10

5.5K 424 6
                                    

Klik!

Bunyi pintu terbuka membuatkan Saila yang sedari tadi tunduk menekur lantai terus mengangkat kepala. Lengannya tiba-tiba ditarik kuat. Tubuhnya terdorong ke depan, terus masuk ke dalam bilik pejabat Qairie.

"Cari siapa?" Dari tadi Qairie mengintai Saila yang berdiri seperti patung cendana di luar bilik pejabatnya. Penat menunggu, akhirnya dia mengambil keputusan untuk bertindak sendiri. Buka pintu dan terus menarik Saila masuk.

Terkebil-kebil mata Saila memandang leher Qairie yang berdiri rapat di depannya.

"Tuan bilik ni la." Kecil suara Saila. Seperti sedang mengomel.

Qairie mendengus lembut. Ditilik wajah Saila yang masih tunduk ke bawah. Saila ... Saila ... tak pernah berani. Tak pernah mahu bersuara. Tapi merungutnya hebat. Mengomel pun sama naik juga. Semuanya dibuat di belakang saja dan akhirnya ditelan tanpa sebarang bantahan masuk jauh ke dalam hati.

"Dagu ni ..." Telunjuk Qairie naik menampan bawah dagu Saila untuk didongakkan ke atas.

" ... jangan selalu menunduk."

"Bahu ni ..." Kemudian dua tangannya naik memegang bahu Saila. Ditolak sedikit ke belakang supaya kelihatan lurus tegap.

"... tegakkan sikit."

"Ya, tahu." Wajah Saila sudah mendongak, tapi matanya masih memandang ke bawah. Hanya lebat bulu matanya saja yang dapat dilihat oleh Qairie. Sudah selalu lelaki itu berpesan. Ajar diri menjadi lebih berani. Cara berdiri, berjalan dan bercakap, semua itu membantu dalam membina keyakinan diri. Itu semua juga salah satu dari punca Saila sentiasa merasa rendah diri, down dan stress tanpa sebab.

"Pandang abang." Kali ini suara Qairie sudah mengendur sedikit. Makin ditekan, silap hari bulan Saila akan terus lari tanpa memberitahu tujuannya datang mencari. Pejabat bukannya tempat untuk dia membuat kelas tambahan tentang konsep kendiri.

"Kenapa datang sini?"

Lambat-lambat Saila mengangkat pandangan. Tunduk untuk sesaat sebelum kembali mendongak.

"Saya ... "

"Saya?" Qairie mengerling jemari Saila yang sudah hilang warna kerana terlalu kuat meramas sesama sendiri.

"Saya nak minta maaf."

"Untuk apa?"

"Sebab saya degil."

"Degil yang macam mana?"

"Abang!" Tangan Saila naik cuba menarik hujung baju uniform Qairie. Lelaki itu sedang menyakat!

Qairie berinjak ke belakang. Membiarkan tangan Saila terawang di udara.

.

.

.

.

Sikit je untuk hari ni. Ini sebenarnya sedikit bahagian yang dicubit keluar dari bab selepas2 ni. Kira macam iklan acah. Esok kita up next bab (^_^)

Mister Rie punya Miss Stress ( ✔ )Where stories live. Discover now