Part 15

6.3K 384 28
                                    

Part tak sebenarnya tak berapa berkait dengan Mr.RIE's Ms.STRESS. Saja2 tulis.

Update ni is kind of boring. Boleh lah di baca untuk buang masa sambil minum petang.

.............................

UNTUK kali pertama sepanjang mereka berteman, Indah dan Kak Mun mengunci mulut lebih daripada setengah jam dalam waktu makan tengah hari mereka.

Dari dalam kereta lagi, mereka seperti sedang berada diawangan. Masing-masing sedang cuba mengumpul alasan-alasan logik yang mungkin adalah penyebab Saila dan Qairie berahsia.

"Kak Mun rasa diorang ni kahwin sembunyi. Sebab tu taknak orang tahu." Sekejap saja terkejutnya. Selepas perut kenyang berisi, enjin membawang kembali panas.

Kinah sudah menghela nafas panjang.

"Mungkin juga sebab Saila taknak kita tuduh dia masuk kerja guna cable. Betul tak?" Mata Kinah tajam bersilih ganti memandang Kak Mun dan Indah. Cuba menanam yang baik-baik saja dalam kepala mereka.

"Hmm ... mungkin." Indah angkat bahu. Bibirnya tercemik sedikit. Bermakna, dia tidak ikhlas mahu ikut bersetuju.

"Tapi sebenarnya tengok kan pada perangai Saila tu, Kak Mun sendiri pun dah mula tertanya-tanya, dia memang pakai cable ke nak masuk kerja dekat situ?" Kak Mun kembali memercikkan api.

"Encik Rie tak join interview staf hari tu. Dia outstation seminggu. Tak ingat ke?" Sekali lagi Kinah mencelah menjadi peacemaker.

"Mestilah ingat! Masa tu dia datang office sebelum naik flight dengan pakaian casual kan? Handsome sangat Encik Rie masa tu! Muka ketat dia tu boleh tolak tepi sekejap." Indah sudah tersenyum angau. Terbuai mengingatkan imej Qairie dengan jeans dan shirt berlengan panjang. Tapi wajahnya kembali cemberut bila menyebut tentang riak wajah Qairie yang sentiasa serius saja sepanjang masa.

"Isyh, bohong lah Saila tu wife dia! Tak match langsung!" Sekejap saja Indah sudah berubah pendapat. Langsung terlupa dengan tindak balas melongonya tadi semasa Qairie memecahkan rahsia hubungannya dengan Saila.

Kak Mun tiba-tiba mengeluh. Menggeleng kepala. Penuh drama dan lakonan.

"Kak Mun rasa, Encik Rie cemburukan Saila dengan adik sendiri. Sebenarnya Saila bukan wife dia pun, tapi dia mengaku sebab dia tak suka Kak Mun cakap adik dia tu suami Saila. Ingat tak bunga yang Saila dapat hari tu? Ada nama Zul kan? Itu mesti nama samaran Encik Rie. Nama penuh dia kan Zul Qairie. Dia suka adik ipar sendiri!"

"Kita tak tahu pun apa nama penuh adik Encik Rie. Mungkin ada Zul juga kat depan. Nama Zul tu pun tipikal. Banyak orang lain guna nama tu." Kinah mula lelah. Kenapa dia sahaja yang punya suara rasional di antara mereka bertiga? Perlu kah dibentangkan satu persatu semua klu di depan mata Kak Mun dan Indah?

"Kalau betul Saila tu wife Encik Rie, kenapa dia suka buli Saila awal-awal dulu?" Indah keluarkan satu lagi teori.

Bumm!!

Kinah hentak meja makan yang mereka bertiga duduki dengan dua tapak tangannya.

"Boleh tak berhenti dari buat spekulasi liar pasal diorang?"

Mata Indah dan Kak Mun membulat seketika. Sekali lagi terkejut dalam tempoh masa satu jam waktu rehat mereka untuk hari itu. Garangnya Kinah!

"Encik Rie takkan semudah tu mengaku hal besar macam tu tanpa fikirkan akibatnya. Kak Mun ingat dia tak tahu yang kita bertiga ni ada mulut? Kalau dia bohong macam tu, takkan dia tak takut kita cerita dekat semua staff dalam company tu?"

Hendak tak hendak saja Kak Mun mengangguk. Tampak tak rela mahu mengaku kebenaran yang ada dalam bicara Kinah.

Kinah jegil pula mata ke arah Indah.

"Awak rasa kalau Encik Rie bias dengan cara layanan dia pada Saila, rahsia hubungan diorang tu boleh kekal lama ke? Mesti awal-awal lagi dah kantoi semua benda ni. Logik lah kan diorang act macam tu kalau memang diorang dah niat nak berahsia."

Indah lempar wajah ke arah dinding. Menyampah! Kinah suka membasuh mereka dengan soalan-soalan yang membuatkan mereka mati akal.

"Indah." Suara Kinah kembali kendur.

"Kak Mun." Dia pandang Kak Mun sekilas.

"Encik Rie dah bertahun kahwin. Tapi kita tak pernah nampak isteri dia dekat mana-mana event company. Saila pun ada cakap dulu dia PJJ dengan suami dia. Itu je boleh dikira sebagai satu klu." Ibu jari Kinah tegak berdiri sambil jemari lain dikepalkan menjadi penumbuk. Memulakan kiraan.

"Kita semua pun pelik kenapa Encik Rie suka sangat buli Saila hari tu. Sikit-sikit panggil Saila. Sikit-sikit marah Saila. Dekat situ pun dah nampak bezanya cara dia layan Saila. Itu point yang kedua." Telunjuk pula ikut sama ditegakkan bersama ibu jari.

"Kinah nampak diorang argue dekat tandas belakang. Selamba je pegang tangan Saila." Jari hantu Kinah pun ikut serta masuk ke dalam kelompok jari yang ditegakkan. Itu yang ketiga.

"Hari yang Encik Rie pergi kursus kat Penang, cepat dia balik semula ke pejabat. Balik pun, cari Saila. Bila Kak Mun tipu Saila sakit kepala, nampak kan muka Encik Rie dah lain masa tu? Ha, itu klu yang keempat." Empat jari sudah tegak berdiri. Kelingking saja yang masih separa terlipat. Tidak sabar mahu ikut sama naik berbaris bersama jemari yang lain.

"Lepas Saila keluar makan dengan driver perasan handsome tu, Encik Rie dah taknak bersapa dengan Saila lagi. Bertembung pun dia buat tak peduli. Ini yang Kinah nampak hari tu, ingat tak?" Lima jari sudah elok kemas terbuka dari genggaman. Mewakili 5 klu tentang hubungan atasan mereka yang misteri itu dengan cik adik pencinta stress, teman pejabat mereka.

"Ada banyak lagi benda lain yang boleh diteka dari 5 klu tu lah Kinah ..." Indah masih tidak mahu beralah. Selagi ada ruang, dia tetap mahu menegakkan teorinya.

"Kak Mun bukan macam Kinah. Mudah yakin dengan tekaan sendiri. Kak Mun suka buat list dulu, lepas tu baru pilih yang mana satu paling logik dan paling terbaik." Kak Mun pun ikut sama membenarkan cara berfikirnya.

"Oh macam tu ke...." Kinah tersenyum lebar. Lebar yang dibuat-buat. Terangguk-angguk sambil menyandarkan tubuh ke penyandar kerusi. Jelas sedang mengejek.

"Ha, kami jenis tu. Perhatikan apa yang berlaku, lepas tu baru bincang apa kemungkinan yang ada." Indah menyokong di belakang.

"So sekarang ni kita tengah berbincang ke? Ini namanya berbincang ke?" Kinah buat riak wajah teruja. Beria menggengam tangan sesama sendiri di atas meja. Tubuhnya juga condong merapat ke meja. Excited!

Serentak Kak Mun dan Indah mendecit. Perli lah tu! Menyampah!

"We meet again, ladies ..." Muncul satu suara baru dalam perbualan mereka. Garau dan kasar. Suara lelaki.

Seirama kepala Kak Mun dan Indah menoleh ke kanan. Hanya Kinah saja yang menoleh ke kiri dengan wajah bosan. Kenapa mesti di sini lelaki itu singgah? Itu pun selepas baru setengah jam bertemu di depan pagar company tadi?

"Eh, adik Encik Rie yang tadi tu kan?" Ramah Kak Mun bertanya.

Nain mengangguk. Seperti biasa, tayangkan senyuman sejuta megawatt. Pasti akan berjaya mencairkan hati tiga wanita di hadapannya ketika itu.

Eh ... tiga?

Baru Nain perasan kemudiannya yang salah seorang dari tiga wanita itu sedang memandang ke arah lain.

"Ini cik yang ada secret crush dengan my brother tu ke?" Nain tunduk sedikit. Cuba mengintai wajah wanita yang datangnya tadi bagaikan kilat. Beria mempertahankan Qairie sebelum menyambar dua temannya itu dan terus menghilang tanpa menjawab soalan Nain.

"Encik ni adik ipar Saila ke?" Soalan berbalas soalan. Tenang Kinah berlawan pandang dengan lelaki yang riuh dipuji kacak dan bergaya oleh Kak Mun dan Indah tadi.

Mata Kak Mun dan Indah sudah terkejip-kejip memerhati drama yang sedang dibintangi Kinah dan adik Qairie.

"If you answer my question, I'll answer yours." Nain pun bijak bermain tarik tali.

"No, Encik Rie bukan secret crush saya. Encik ni adik ipar Saila ke?" Masih tenang. Kinah menjawab senada dan terus menyambung dengan soalannya tadi.

"Yes." Hilang terus riak ramah mesra di wajah Nain. Mengakui hal yang satu itu umpamanya seperti dia sedang memijak jari tangannya dengan tapak kaki sendiri. Mulut sendiri yang menjawab dan hatinya juga perlu ikut sakit. Tapi kata mesti dikota. Jawapan wanita itu jujur, jadi dia juga perlu berlaku jujur.

"Dengar kan semua? Encik ni, adik ipar Saila." Kinah tersenyum memandang Kak Mun dan Indah. Tapak tangannya menunjuk ke arah lelaki yang disebutnya.

Mata Nain mencerun memandang tangan Kinah yang terbentang di hadapannya. Siapa wanita ni? Tak pernah seumur hidupnya Nain merasakan perasaan diperlecehkan seperti itu.

"Jom balik. Dah lambat ni."

Lama merenung, Nain tidak sedar bila masanya teman sekerja abangnya itu bangun berdiri. Dan wanita yang berlawan kata dengannya tadi sedang membuat isyarat meminta laluan untuk keluar kerana Nain sedang menghalang laluannya.

"What's your name?" Tidak dapat ditahan mulutnya dari bertanya. Hampir saja Nain menggigit lidah sendiri yang terlepas bicara.

Kinah hanya memandang adik Qairie itu sekilas sebelum berjalan pergi. Sedikit pun tidak berminat mahu berkongsi namanya dengan lelaki itu.

"Kinah, dia tanya nama Kinah tu." Semangat Kak Mun menggiat. Ditarik lengan Kinah berkali-kali.

Kinah menarik lengannya menjauh. Digelengkan kepalanya. Tidak mahu. Menonong laju dia berjalan keluar dari kedai makan. Sedikit pun tidak menoleh walaupun Kak Mun dan Indah hampir teleng kepala dek terlalu kerap berpusing ke belakang.

Tinggal Nain masih berdiri di tempat yang sama. Memerhati rakan sepejabat Qairie menghilang di dalam perut kereta. Fikiran masih fokus pada wanita bermulut laju tadi.

Tertarik?

Nain geleng kepala. Tak. Bukannya cantik pun.

Tercabar?

Kali ini Nain mengangguk. Ya. Naik sedikit suhu kepala bila melihat cara wanita itu memandangnya. Dipandangnya Nain itu seperti sedang melihat semut. Kecil dan dalam sekelip mata boleh dipijak mati.

Nak cuba cucuk jarum?

Nain ketawa. Tapi dikawal bila sedar yang dia sedang kelihatan seperti orang sewel. Angguk, geleng dan ketawa seorang diri.

Cuba cucuk jarum? Oh please ... she's not in his league. Lelaki yang namanya Zul Qarnain ini cuma suka kan wanita yang tubuh badannya berpotongan seperti model. Hidung terletak dan ulas bibirnya seperti delima. Sempurna luarannya.

Bukan kah itu bermakna, Saila juga mempunyai rupa paras seperti seorang model?

Wajah Nain terkemut sedikit. Err ... Saila itu kes berbeza. Kes yang mana, failnya berwarna hitam dan isi di dalamnya semua dipenuhi dengan gambar dearest brother, Zul Qairie.

Jika ada melibatkan si abang, Nain akan sentiasa menjadi yang pertama berdiri di barisan hadapan.

Tapi berdirinya itu bukan sebagai pelindung. Berdirinya di barisan hadapan itu adalah sebagai penggempur. Gempur, serang dan gugah, sehingga Qairie jatuh dan mengaku kalah!  

.

.

.

Nota kaki :

Cerita ni hanya akan berakhir dengan penamat ringkas tentang Saila adn Qairie SAHAJA.

Tak ada penjelasan tentang Nain dan masalah peribadinya dengan si abang. 

My bad, sebab saya yang mula drag Nain masuk dalam cerita ni. Minta maaf sebab pancing reader dengan watak Nain ni. Tapi sebab kekangan masa, saya tamatkan dengan yang simple2 je. 

Kisah Nain dengan Rie, kita sambung bila ada kesempatan lain. Ada lagi dalam 6-7 part sebelum cerita ni habis. Harap tak menyakitkan hati sangat endingnya (^_^)



Mister Rie punya Miss Stress ( ✔ )Where stories live. Discover now