Prolog

1.5K 110 59
                                    

Putih.

Mesti semua orang teringin nak memiliki kulit yang putih.

Tetapi aku berbeza dengan semua orang.

Aku langsung tak teringin nak memiliki kulit yang putih walaupun sejak dari lahir lagi aku sudah dikurniakan dengan kulit yang putih.

Putih yang teramat sangat sehingga semua orang takut dengan aku.

Putih yang telah menjauhkan semua orang daripada aku.

Putih yang menyisihkan aku daripada semua orang.

Putih yang telah membuatkan semua orang memulaukan aku.

Putih yang menjadikan aku takut.

Aku takut dengan diri aku sendiri.

Aku takut untuk berhadapan dengan semua orang.

Aku takut semua orang tak dapat terima keadaan diri aku.

Semua ketakutan itu telah bercantum membentuk satu ketakutan.

Ketakutan yang nyata mengubah kehidupan aku.

Aku takut untuk membuka mulut.

Aku takkan pernah buka mulut lagi sebab aku tahu.

Aku tahu kalau aku buka mulut,pengakhirannya nanti aku sendiri yang akan sakit.

Aku takkan buka mulut lagi.

Aku tak nak rasa sakit lagi macam apa yang aku dah pernah rasai sebelum ini.

Hanya kerana aku membuka mulut.







Amacam prolog?Best tak?Mesti readers tertanya-tanya kan siapalah makhluk yang dok putih-putih dari tadi tu?Nak tahu?Kalau nak tahu,bacalah chapter seterusnya ye.

Dengan ini tepat pada pukul 10 pagi bertarikh 4.11.2018,maka terlahirlah Misi Membuka Mulut ke muka bumi watpad ini.

Mohon support ff myg yg first yg author buat ni ye.Jgn lupa vote dan comment tau.Bye.Take care❤

[C]Misi Membuka Mulut | | MYGWhere stories live. Discover now