Bab 5:New Neighbour🙆

344 36 34
                                    

"Encik ni siapa?Cari siapa?"tanyaku kepada seorang lelaki yang berada di hadapanku sekarang.
lelaki

Aku memandang yang berada di hadapanku dengan pandangan yang sedikit pelik.Lelaki itu juga memandang aku dengan pandangan malu-malu kucing.

Lelaki itu mempunyai rambut yang putih,kulit yang tersangatlah putih mengalahkan kulit aku sendiri dan yang paling menarik perhatian aku ialah warna anak matanya.Anak mata lelaki itu berwarna biru kehijau-hijauan.

Ini pertama kali tau aku tengok anak mata dengan warna macam tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ini pertama kali tau aku tengok anak mata dengan warna macam tu.Unik sangat.Lagipun,jarang lelaki nak pakai contact lense.Selalunya perempuan je yang pakai contact lense.Cantik warna contact lense lelaki ni.

Lelaki itu menggaru-garu kepalanya sambil melarikan pandangan matanya ke arah lain.Kedua-dua belah tangannya yang sedang memegang sepinggan kek beras kelihatan sedikit terketar-ketar.Aku tertawa perlahan melihat perlakuannya itu.

"Encik?Encik cari siapa ye?"

Aku menanyakan soalan ini sekali lagi kepada lelaki itu yang nampak macam dah berada di dalam dunianya sendiri.Dia dengar ke tak soalan aku tadi?Ke dia pekak?

Dia menyerahkan pinggan yang berisi kek beras itu kepada aku.Aku berasa teragak-agak untuk menerima kek beras daripada lelaki yang tidak dikenali ini.

Pinggan yang berisi kek beras itu akhirnya diambil olehku.Bukannya aku nak ambil sangat pun sebenarnya.

Aku ambil sebab kesiankan lelaki tu yang asyik pegang pinggan tu dari tadi.Dahlah dengan tangan terketar-ketar pegang pinggan.Silap hari bulan jatuh mencium tanah kek beras tu.

"Kenapa encik bagi saya kek beras ni?Encik siapa ye?"tanyaku lagi buat kali yang ketiga.

Kalau kali yang keempat lelaki ni tak jawab jugak soalan aku,sudah terang lagi bersuluh lelaki yang ada kat depan aku ni pekak.

Lelaki itu mencari sesuatu daripada beg sandangnya.Dia mengeluarkan sticky note berwarna biru muda dan sebatang pen dari dalam beg sandangnya.Dia menulis sesuatu di atas sticky note itu.

"Lelaki ni tak faham bahasa ke?Aku tanya nama dia je kut.Bukannya aku suruh dia tulis kat sticky note.Pelik betul lelaki ni."desisku di dalam hati sambil memerhatikan lelaki itu yang sedang menulis.

Selesai menulis,lelaki itu kemudiannya menyerahkan sekeping sticky note kepada aku.

Aku pun dengan ringan tangannya terus ambil sticky note.Amboi,nampak sangat aku nak tahu apa yang lelaki tu tulis.

Annyonghaseyo.Nama saya Min Yoongi.Saya dan keluarga baru je pindah sini hari ni.Saya ni kiranya jiran baru awak la kan.

"Annyonghaseyo.Saya Na Yumi.Saya dah 18 tahun duduk kat sini.Awak asal daripada mana?"

Aku bertanyakan soalan kepada lelaki itu dengan penuh ramah tamahnya macam dah lama kenal walaupun baru je kenal tadi.Tangan kananku dihulurkan untuk bersalaman dengan lelaki itu.

Lelaki itu menyuakan tangan untuk menyambut salaman tangan aku.Tangan kanannya yang putih terlebih lepak itu bersalaman dengan tanganku lalu dia cepat-cepat menarik semula tangannya.

Lelaki itu kembali menulis sesuatu di atas sticky note.Dia menyerahkan sekeping lagi sticky note kepadaku.

Saya berasal dari Seoul.

Lelaki itu menulis lagi sesuatu di atas sticky note.Dia menyerahkan sticky note yang ketiga kepada aku.

Saya harap awak dan keluarga boleh terima kehadiran keluarga saya kat kawasan kejiranan ni.

"Mestilah saya dan keluarga boleh terima kehadiran awak sekeluarga kat sini.Lagipun,rumah yang awak baru pindah masuk tu dah lama tak ada orang duduk.Tak adalah sunyi sangat kawasan kejiranan ni bila awak sekeluarga pindah masuk rumah tu."balasku panjang lebar.Aku memang macam ni kalau bercakap.Terlebih peramah.

Lelaki itu kembali menulis sesuatu di atas sticky note.Dia menyerahkan sticky note yang keempat kepada aku.

Saya balik dulu ye.By the way,salam perkenalan,Na Yumi aka jiran baru.

Sebaik sahaja lelaki itu menyerahkan sticky note yang keempat,dia membongkokkan sedikit badan tanda hormat.

Dia kemudiannya berjalan pergi daripada kawasan rumahku dan memasuki rumahnya yang berada betul-betul di hadapan rumahku.Oh,jiran depan rumah la ni kiranya.

"Salam perkenalan juga,Min Yoongi aka jiran depan rumah."balasku kuat kepada lelaki itu yang sedang memasuki kawasan rumahnya.

Lelaki itu membalas semula salamku dengan melambai-lambaikan tangannya sambil berjalan memasuki rumahnya.

Aku juga dengan penuh riangnya melambaikan kembali tangan kepadanya.

Sebaik sahaja selesai sesi melambai tangan,aku juga mula berjalan memasuki kawasan rumah sambil tersenyum nipis memandang kek beras pemberian lelaki tadi aka jiran depan rumah.








Hai,kita berjumpa lagi di bab 5.Amacam bab 5?ok tak?Sorry sesangat kalau bab 5 hambar.

So,korang dapat teka tak lagi siapa yang kena buka mulut tu?Misi membuka mulut nak buka mulut siapa sebenarnya?Ha,eyka dah bagi klu sikit kat bab 5.

Anyway,enjoy reading chapter 5 ok.Till we meet again in the next chapter.See ya.Love you❤

[C]Misi Membuka Mulut | | MYGWhere stories live. Discover now