Bab 37-Blue Butterfly

136 15 31
                                    

Misi Membuka Mulut¤MYG

Misi Membuka Mulut¤MYG

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

👄👄👄

"Saya tahu siapa awak di mata dan hati Yoongi."

👄👄👄

Amaran keras:Bab ini mengandungi scene yang acah2 macam 18+ so korang yang tak cukup umur tu disarankan jangan baca.Kalau nak baca gak,aku tak kisah.Jangan blushing sorang2 sudah.Aku yang type ni pun blushing😂

¤ ¤ ¤

"Gwaenchanhayo naega anajulgeyo.Jeongmal sugohaesseoyo."

Aku menyanyikan rangkap terakhir lagu Breath nyanyian Lee Hi.Yoongi masih menekan jubin piano hitam dan putih mengikut not muzik.Dia akhirnya berhenti menekan jubin piano.

Yoongi menundukkan kepalanya menghadap piano.Dia menundukkan kepala sehingga rambut hadapannya menutupi mata.

"Yoongi,are you okay?"

Aku menanyakan keadaan Yoongi setelah hairan melihat Yoongi yang tertunduk sebegitu rupa selepas bermain piano.

Yoongi hanya menganggukkan kepala kepada pertanyaan aku.Badannya tersengguk-sengguk seperti orang yang sedang menangis.

"Yoongi,awak okay tak ni?"

Yoongi sekali lagi menganggukkan kepala kepada pertanyaan aku.Tetapi aku tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Yoongi.

Tangan aku memegang dagu Yoongi.Kepalanya yang ditundukkan itu aku dongakkan dengan tangan aku.

Muka Yoongi basah dengan air mata.Air mata tidak berhenti mengalir daripada tubir matanya.Hidung dan matanya juga kemerah-merahan kerana menangis.

Yoongi menolak tangan aku.Dia menutup mukanya dengan kedua-dua belah tangan.Dia kembali menangis.Tetapi kali ini dia menangis teresak-esak.

Tangan Yoongi yang menutupi mukanya aku jatuhkan perlahan-lahan dengan tangan aku.Kedua-dua belah tangannya aku genggam erat.

"Yoongi,tengok saya.Pandang mata saya.Saya tahu ada sesuatu yang mengganggu fikiran awak.Luahkan segalanya pada saya.Saya sedia mendengar walaupun tak ada siapa yang nak mendengar.Tangan saya sentiasa ada untuk awak pegang jika awak terjatuh."

Aku cuba menenangkan Yoongi dengan harapan dia akan berhenti menangis.Nampaknya pujukan aku tak menjadi.Dia semakin teruk menangis.

"Nana."panggil Yoongi dengan suaranya yang serak kerana menangis.

"Ya."balasku sambil memandang Yoongi yang juga sedang memandang aku.

Sebenarnya aku pelik dengan Yoongi.Dia sekejap bercakap.Sekejap dia tak bercakap macam biasa.Aku keliru dengan Yoongi.

[C]Misi Membuka Mulut | | MYGWhere stories live. Discover now