Bab 47-The Hidden Truth

134 12 4
                                    

Misi Membuka Mulut¤MYG

👄


"Aku dah lama hidup dalam jiwa Yoongi."


¤


"Cygnus Y?J-jadi anak Cygnus A yang dikatakan dah mati ialah kau?Kau hidup dalam badan Yoongi selama ni?"ujar Taehyung yang terkejut dengan kata-kata aku tadi.

Rantai besi yang dijerut di leher diperkuatkan lagi jerutannya.Taehyung tercungap-cungap mencari nafas.

"Aku Cygnus Y,anak Cygnus A,anak kepada maharaja malaikat maut.Pembetulan,aku tak hidup dalam badan Yoongi.Yoongi ialah Cygnus Y.Cygnus Y ialah Yoongi.Cuma..."

"Sekejap.Kalau Yoongi dah mati,macam mana Cygnus Y boleh hidup kembali kalau Cygnus Y ialah Yoongi dan Yoongi ialah Cygnus Y.Kalau Yoongi mati,Cygnus Y mestilah mati sekali."

Bicaraku dipotong oleh Nana.Jelas sekali dia keliru dengan apa yang aku katakan.

Aku pasti mesti Yoongi tak pernah beritahu tentang kewujudan Cygnus Y pada Nana.Macam mana Yoongi nak beritahu Nana sedangkan dia sendiri tak tahu Cygnus Y wujud dalam diri dia.

"Secara zahirnya,Min Yoongi dah mati.Tetapi secara batinnya,Cygnus Y masih hidup.Aku dah lama hidup dalam jiwa Yoongi.Cuma Yoongi tak pernah tahu tentang kewujudan aku.Kau..kau kenal Minmin noona dan Agust D?"soalku kembali.

Leher Taehyung aku jerut dengan menggunakan seluruh kekuatan yang masih bersisa.

Setelah Taehyung bergelut beberapa kali untuk melepaskan diri,pergelutannya menjadi semakin lemah.Dia akhirnya jatuh menyembah bumi.

"Saya kenal Minmin noona dan Agust D.Kenapa awak tanya?"tanya Nana yang pelik dengan soalan aku.

"Baguslah kalau kau kenal Minmin noona dan Agust D.Senang sikit aku nak jelaskan pada kau.Sekarang,bagi aku selesaikan Taehyung dulu."

Kedua-dua belah tangan aku tekapkan di lantai untuk menampung badan aku.Sesuatu sedang bergerak di dalam belakang badan aku.

Sayap yang aku sembunyikan rapi daripada pengetahuan Yoongi selama 18 tahun akhirnya mampu melebarkan sayapnya dengan bebas.

Kilauan emas menyinari segenap pelosok gudang.Kilauan emas itu milik sayap emas aku.Sehelai bulu pelepah aku cabut daripada sayap aku.

Bulu pelepah emas itu aku tikam ke dada Taehyung.Taehyung menjerit kesakitan tatkala bulu pelepah emas menembusi jantungnya seterusnya mematikan jiwa syaitannya.

Taehyung memuntahkan darah keluar daripada mulutnya.Darah yang mengalir keluar bukan berwarna merah tetapi berwarna emas.

Warna darahnya yang berwarna emas menandakan bulu pelepah emasku sudah berjaya membunuhnya.

"Semoga kau dimasukkan ke neraka atas semua perbuatan jahat yang telah kau lakukan di muka bumi.Inilah pengakhiran yang selayaknya kau terima kerana kau bersekongkol dengan syaitan.Selamat tinggal,Kim Taehyung."

Sejurus aku mengucapkan kata selamat tinggal yang terakhir kepada Taehyung,badan Taehyung terus bertukar menjadi debu-debu halus.Debu-debu halus itu kemudiannya lenyap begitu sahaja.

Setelah urusan aku dengan Taehyung selesai,langkah kaki diatur menuju kepada Nana.Riak muka Nana menunjukkan dia takut dengan aku.Mungkin dia takut melihat aku yang bersayap.

"Back to your question.Kau nak tahu kenapa aku tanya kau kenal tak Minmin noona dan Agust D?"

Nana menganggukkan kepalanya perlahan kepada pertanyaan aku.Kepalanya ditundukkan rapat ke bawah.Pasti dia takut mahu bertentang mata dengan aku.

[C]Misi Membuka Mulut | | MYGOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz