Bab 29:Minmin Agust?👩😏

199 17 80
                                    

Misi Membuka Mulut¤MYG

Misi Membuka Mulut¤MYG

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

👄👄👄

Aku boleh jadi penyebab untuk kau terus tersenyum

👄👄👄

Berhati-hati dengan si dia di hujung bab.Selamat berjumpa dengan seseorang di hujung bab☺

¤ ¤ ¤

"Minmin bangun pagi tepat pukul lima.Minmin bangun pagi siram pokok bunga.Pokok bunga Melur tanam dalam kasut.Kasut Min Woozi tak basuh lima hari.Min Woozi jatuh dalam parit.Minmin ketawa jerit-jerit."

Aku menyanyi riang sambil menyiram pokok bunga.Pokok bunga matahari yang diberikan oleh mendiang Hoseok aku siram dengan penuh kasih.Kelopak bunga matahari yang sedikit layu itu aku belai perlahan.

"J-Hope,kenapa kelopak awak layu?Awak tak dapat air yang cukup ke?Awak tak dapat baja yang cukup ke?Tapi Minmin rasa Minmin doah bagi air dan baja yang secukupnya pada awak.Kalau semua dah cukup,kenapa awak masih layu?"

Daun pokok bunga matahari kering di hujungnya.Kelopak bunga matahari gugur beberapa helai tatkala angin pagi bertiup.

"Yoongi,memandangkan kau tak mampu lagi untuk munculkan diri  buat masa ni,aku nak minta maaf bagi pihak kau pada Hoseok.Hoseok,aku mewakili Yoongi untuk minta maaf pada kau sebab aku tak mampu nak jaga J-Hope.J-Hope yang kau titipkan untuk Yoongi jaga dah layu.Aku minta maaf."

Bening-bening air mata gugur daripada tubir mata.Mata aku berair.Penglihatan aku menjadi kabur kerana dihalang oleh air mata yang semakin lama memenuhi tubir mata.

"Air mata?Minmin tak sepatutnya menangis.Minmin muncul untuk gembirakan Yoongi.Bukan untuk buat Yoongi bertambah sedih.Minmin tak boleh sedih.Minmin kena gembira demi Yoongi."ujarku sambil mengelap air mata yang membasahi muka.

"Kalau kau sedih,kau pandanglah bunga matahari yang aku bagi pada kau.Kau bayangkan muka aku tengah tersenyum pada bunga matahari tu.Mesti kau akan gembira balik."

Bicara Hoseok ketika dia menyerahkan pokok bunga matahari miliknya kepada Yoongi terlintas di benak fikiran aku.

Wajah Hoseok yang tersenyum ceria ketika Yoongi bersama-sama menyiram pokok bunga mataharinya bermain-main di fikiran aku.Wajahnya yang seceria bunga matahari itu mengingatkan aku kembali kepada hari dia menitipkan pokok bunga mataharinya kepada Yoongi.

. . .


Flashback to 17 Febuary 2018

1 day before Hoseok birthday

1 day before Hoseok die

. . .


"Hoseok bangun pagi tepat pukul lima.Hoseok bangun pagi siram pokok bunga.Pokok bunga Melur tanam dalam kasut.Kasut Min Yoongi tak basuh lima hari.Min Yoongi jatuh dalam parit.Jung Hoseok ketawa jerit-jerit."

[C]Misi Membuka Mulut | | MYGWhere stories live. Discover now