Bab 14-Hide and Seek👀🙈

249 19 3
                                    

"Bom asap?"ujarku sebaik sahaja aku melihat benda yang sedang dipegang oleh Yoongi.

Aku melihat Yoongi.Dia sedang mengeluarkan sesuatu daripada beg sekolahnya.Nampak macam pemetik api.

"Macam mana Yoongi boleh ada bom asap?Dia nak buat apa dengan bom asap tu?"getusku di dalam hati sambil memandang Yoongi.

Yoongi menyalakan bom asap dengan mencucuhnya pada pemetik api.Dia melemparkan bom asap ke lantai lalu asap putih keluar berkepul-kepul daripada bom asap itu.

Bilik stor kini dipenuhi dengan asap tebal daripada bom asap.Hanya asap yang menghias pandanganku sekarang.

Patutlah Yoongi suruh aku tutup hidung dan mulut.Dia nak lemparkam bom asap rupanya.Aku rasa macam aku dalam game counter strike pulak dengan bom asap bagai.

Dalam keadaan yang berasap itu,aku dapat merasakan tanganku ditarik oleh Yoongi.Dia menarik tangan aku lalu kami berlari keluar daripada bilik stor bersama-sama.

Aku menggagahkan diri untuk berlari juga walaupun kaki aku sakit sangat sekarang.

Aku berlari dengan kelajuan yang perlahan walaupun Yoongi yang sedang berlari dengan kelajuan yang agak laju.

Aku tidak tahu ke mana aku sedang menuju sekarang.Aku hanya mengikut sahaja ke mana Yoongi ingin membawaku asalkan aku boleh terlepas daripada 4 perempuan durjana tu.

                      
                         ☆☆☆

                《Yoongi pov》

Pintu bilik muzik ditolak lalu aku dan Na Yumi memasuki bilik muzik bersama-sama.

Mataku meneroka pantas ke segenap ruang di dalam bilik muzik untuk mencari tempat yang boleh dijadikan sebagai tempat persembunyian sehinggalah mataku tertumpu kepada sebuah objek.

Objek yang aku maksudkan itu ialah sebuah piano yang ditutupi dengan sehelai kain putih.

Aku rasa aku dah tahu tempat persembunyian yang paling selamat buat masa sekarang.

Aku menarik tangan Na Yumi menuju ke piano itu.Dia pula hanya mengikut sahaja aku tanpa sebarang pertanyaan.

Sampai sahaja di hadapan piano,kain putih yang menutupi piano diangkat sedikit olehku.

Aku terus menarik Na Yumi untuk bersembunyi di bawah piano.

Kami berdua duduk di bawah piano dalam keadaan memeluk lutut.Walaupun keadaan sudah semakin reda,aku masih memegang tangan Na Yumi.

Dia juga masih menggenggam erat tanganku macam dah tak nak lepas.

Mesti dia takut dengan budak-budak perempuan.Agaknya sebab tulah bukan main kuat lagi dia genggam tangan aku.

Tidak sampai beberapa minit kami berdua bersembunyi di bawah piano,bunyi tapak kaki melangkah masuk ke dalam bilik muzik jelas kedengaran.

Tap

Tap

Tap

"Jennie,kau ada nampak tak dua budak tak guna tu?"tanya sebuah suara kepada seseorang yang dipanggil Jennie.

"Tak,aku tak nampak langsung kelibat dua budak tak guna tu.Cepat betul diorang larikan diri.Kau ada nampak tak,Jisoo?"tanya Jennie kembali kepada Jisoo.

Beberapa saat selepas itu,bunyi tapak kaki melangkah masuk ke dalam bilik muzik kedengaran.

"Macam mana?Korang ada nampak tak budak-budak tak guna tu?"tanya sebuah suara yang aku kenali.

[C]Misi Membuka Mulut | | MYGWhere stories live. Discover now