Bab 15-Ice Cream🍦

293 21 10
                                    

Angin petang yang bertiup agak kuat menyerabutkan rambut panjangku yang sememangnya sudah berserabut.

Aku membiarkan sahaja perkara itu kerana aku tengah seronok menikmati pemandangan.

Yoongi yang sedang mengayuh basikal di hadapanku juga senyap.Dia langsung tak beri tanda-tanda untuk bercakap.

Eh,aku lupa.Dia kan tak pernah bercakap.Dia bercakap dengan aku pun guna sticky note je.

Aku terus leka memandang pemandangan sekitar sehingga mataku tertarik dengan sebuah trak ais krim berwarna pink.

"Yoongi,Yoongi,Yoongi.Ada trak ais krimlah kat depan tu.Jom kita makan ais krim."ajakku dengan penuh terujanya kepada Yoongi yang sedang fokus mengayuh basikal.

Yoongi tidak mempedulikan ajakkanku.Dia mengayuh basikal terus ke hadapan dengan lajunya.

Aku memuncungkan mulut tanda tidak berpuas hati dengan Yoongi walaupun aku tahu dia tidak dapat melihat mulutku yang muncung seperti mulut itik ini.

Baru sahaja aku ingin memuncungkan mulutku dengan lebih panjang,basikal yang ditunggangku membelok ke arah kanan

Yoongi tiba-tiba mengubah haluan dan mengayuh basikal menuju ke arah trak ais krim.Mulutku yang panjang terlebih muncung tadi terus mengukirkan sebuah senyuman riang.

Yoongi mengayuh basikal sehingga ke bawah satu pokok besar yang terletak agak berdekatan dengan trak ais krim.

Sebaik sahaja Yoongi meletakkan basikal di bawah pokok besar,dia terus berlari dengan penuh riang rianya menuju ke trak ais krim.

Sebaik sahaja Yoongi meletakkan basikal di bawah pokok besar,dia terus berlari dengan penuh riang rianya menuju ke trak ais krim

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia berlari ke arah trak ais krim tanpa menoleh langsung ke belakang.Tadi bukan main dia buat macam tak berminat bila aku ajak dia makan ais krim.

Sekarang ni dia yang terlebih excited nak makan ais krim daripada aku.Nampak sangat dia dah lupa yang aku ada kat sini.

Amboi,nampak trak ais krim terus lupa aku ye.Nak kena betul seketul Yoongi ni dengan aku.

                       
                        ☆☆☆

Ais krim berperisa coklat dijilat pantas sambil mataku memandang Yoongi yang juga sedang menjilat ais krim berperisa vanilla.

Ais krim berperisa coklat dijilat pantas sambil mataku memandang Yoongi yang juga sedang menjilat ais krim berperisa vanilla

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C]Misi Membuka Mulut | | MYGWhere stories live. Discover now