Bab 51-Ending(part 2)

251 18 42
                                    

Misi Membuka Mulut¤MYG

A/N:

Disebabkan ramai yang murung dengan ending MMM,aku dengan baik hatinya buat ending part 2.

Harap korang tak murung dengan ending part 2 eh😂

👄

Kot hitam labuh kepunyaan Namjoon aku sarungkan ke tubuh bagi melindungi baju pesakit hospital Grim Reaper yang dipakai.

Bahaya kalau ada mana-mana malaikat maut yang menyamar sebagai manusia perasan akan aku.Nanti rosak rancangan aku dengan Nana.

Kaki aku melangkah pantas ke arah sekumpulan orang yang mengerumuni mayat Nana.

Aku berjalan menembusi badan mereka menuju ke arah Nana.Mereka langsung tidak berasa apa-apa kerana mereka tidak dapat melihat aku.

Setelah sampai di hadapan mayat Nana yang berlumuran darah dan sudah tidak bernyawa,aku mencangkung untuk melihat wajahnya dengan lebih dekat.

"Nama Na Yumi atau Kozume Yumi.Umur ketika mati 18 tahun.Waktu kematian 8:00 pagi.Tarikh kematian 27.11.2018.Sebab kematian ialah membunuh diri."

Butiran diri Nana yang tertera di dahinya aku baca sebagai syarat untuk aku menjemput keluar roh daripada badannya.

Telapak tangan aku buka.Serbuk emas muncul di tapak tangan aku.Aku menghembus perlahan serbuk emas itu ke arah Nana.

"Jom ikut saya.Kita pergi ke dunia malaikat maut."ujarku lembut.

Tangan aku hulurkan ke arah jasad Nana yang kaku.Menanti Nana untuk menyambut huluran tangan aku.

Roh Nana bangkit daripada jasadnya.Dia memegang tangan aku.Aku membantunya untuk bangun daripada mayatnya.

"Rancangan kita dah berjaya.Kita akhirnya dapat bersama juga,Yoongi."ujar Nana riang sambil melihat tepat ke mata aku.

Mata aku larikan ke arah lain kerana tidak mahu bertentang mata dengan Nana.Malulah rasanya.

"Kenapa awak tak nak pandang mata saya?Awak malu eh?"tanya Nana membuatkan aku bertambah malu.

Mulut aku terkunci rapat.Kepala aku semakin menunduk ke bawah.Pipi aku kian hangat.

"Betul tekaan saya.Awak malu dengan saya.Awak ni comel la,Yoongi."

Pujian Nana membuatkan perasaan malu aku menggunung tinggi sampai tertutup mata aku.

Saat aku menutup mata,bibir aku bersentuh dengan sesuatu yang lembut.

Kelopak mata segera aku angkat untuk melihat apakah yang telah menceroboh kawasan mulut aku.

Aku terkejut tetapi suka dengan apa yang aku lihat sekarang.

Nana sedang mencium aku.Maksud aku,roh Nana sedang mencium aku.

"Kenapa awak cium saya?"soalku malu-malu kucing setelah dia meleraikan ciuman antara kami.

"Itu ciuman pertama saya untuk awak sejak saya secara rasminya menjadi roh.Saya cium awak sebab saya nak beritahu awak perkara yang saya tak dapat nak beritahu awak masa saya masih manusia."balas Nana sambil tangan aku masih digenggamnya.

"Awak nak beritahu apa?"soalku tidak sabar-sabar.

"Saya nak beritahu awak saya cin..."

"Ops,maaf mengganggu saat indah korang berdua.Maaflah tapi aku terlalu jahat sangat untuk nak biarkan korang berdua hidup bahagia.I'm back,kids.Miss me?"

[C]Misi Membuka Mulut | | MYGWhere stories live. Discover now